Rabu, Jun 22, 2011

:: Kisah Satu Hari ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 7:01 PTG
Assalamualaikum...


Minggu nih minggu yang sangat banyak kejutan dan memenatkan. Minggu lepas, aku amek cuti kecemasan sebab pakcik sakit tapi nampak macam beransur sembuh. Tapi kalu da janji Allah tuh, takde sesiapa yang mampu mengubahnya. Malam selasa, along call kata, pakcik tenat. Kalu ikutkan hati aku, memang aku nak balik malam tuh jugak tapi memikirkan jarak perjalanan dan hari yang dah malam sangat, aku tangguhkan untuk satu hari lagi.


Keesokkannya, Subuh lagi dah dapat mesej dari mak kata takyah balik aritu sebab pakcik dah ok sket. Jadinya, aku amek keputusan untuk teruskan kerja seperti biasa. Around pukul 11 pagi, along call kata pakcik da takde, Hati aku da dapat agak sebab dulu angah jua pegi saat keadaan dirinya kembali stabil.


Capai beg, packing barang-barang then terus pecut kereta macam orang gila. Pada aku saman ke ape ke belakang cerita, yang penting aku harus sampai secepat mungkin. Perjalanan memakan masa selama 3 jam dengan kelajuan 140km/j tanpa henti. Perghh... risau jugak sebab kereta comelku dah bergegar tapi pada Allah aku berserah. Pelbagai dugaan sepanjang perjalanan aritu, dahla nak cepat. Kebetulan terjadi eksiden pulak kat jalan tuh. Penyebab jem, Ok fine, aku sabar lagi. Then, banyak pulak lori. Adeh, kereta depan macam siput pun ada. Kalu dah kata Allah aku sampai pada sekian masa dan sekian tarikh, mana mungkin aku mampu ubah apa-apa. Yang penting, aku sampai dalam keadaan selamat around pukul 3 lebih.


Pakcik dikebumikan lepas aje solat Asar. Sebaik aje semua sedara mara aku sampai, berangkatlah satu jasad anak adam untuk dihadapkan pada PenciptaNya. Suasana sebak walau tak sesebak kehilangan arwah angah dulu. Acik sangat tenang, sungguh aku bangga dengan acik. Pemergian pakcik Lias, acik terima dengan hati yang sangat tabah. Walau aku tahu, hidup acik pasti sukar lepas nih. Doa ku panjatkan agar acik mampu sabar.




Wan [panggilan nenek dalam negeri sembilan] asik pengsan. Puas kami cuba tenangkan dia. Namun jiwa tuanya tetap juga sebegitu. Pengsan dan sedar kemudian pengsan semula. Bila da tak tahu nak buat ape, kami biarkan aje. Airmata mengalir perlahan tanda sebak dengan keadaan.


Abes aje settle semua perkara tentang pengkebumian arwah pakcik. Sedang kami bersiap-siap untuk tahlil, kami dikejutkan dengan satu lagi berita. Dua orang sepupuku terlibat dengan kemalangan di hujung simpang. Lagi pelik, kemalangan tuh bukan disebabkan moto ke ape. Tapi disebabkan kereta sorong jenazah yang ditugaskan kepada mereka untuk dipulangkan pada masjid yang berkenaan.


Kalu cedera biasa-biasa takpe jugak, ini kecederaan yang agak serius wokeh. Keadaan kampung yang berliku-liku dan berbukit antara punca barangkali. Silap dorang jugak, mende macam itu, mane buleh buat main-main sangat. Mulanya ingat tak berapa serius, then abang sepupu aku anta depa ke klinik yang berhampiran. Tetibe, one of them sesak nafas dan diberikan bantuan pernafasan. Lalu depa berdua dikejarkan ke hospital Tampin. Lepas hospital Tampin, depa dianta ke Seremban sebab nak check internal organs whether luka ke idak.


Keesokkannya barula sepupuku dibenarkan balik, itupun dia asik muntah sepanjang perjalanan. Maklumla, mulut berjahit. Gigi dipasang besi
Haiihhh.. begitu banyak cerita dalam satu hari. Itu belum lagi karenah sedara mara yang pemalas tak hingat walhal patutnya bantulah aku yang sorang-sorang buat keje macam orang gile. 


Sekian, entry merepek...

0 comments:

 

~Workshopgurlz~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea