Selasa, Jun 14, 2011

::No more counting::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 10:43 PTG
Assalamualaikum....


Hye blog..I'm back.. tergendala misi aku mengira untuk melupakan buntal. Btw, aku baru balik dari kampung, pakcik Lias sakit teruk baru-baru ni. Tercutila aku 2 hari secara mengejut. Moga dia cepat sembuh, InsyaAllah. Aminn...

Baru-baru nih, aku ada terbaca satu buku ni kepunyaan kak pujah iaitu "Ya Allah, Aku tak ingin sendiri". Seriously, buku nih sangat-sangat memberi inspirasi bagi insan-insan seperti aku. Actually, kehilangan nih sebenarnya mengajar aku menghargai orang-orang yang sayangkan kita yang wujud disekeliling kita samada tanpa sedar atau dengan sedar. Itulah juga nasihat buntal untuk aku. Belajar menghargai kerana andai insan itu tiada, kita pasti merinduinya. Perginya buntal, semakin aku redhai walau nama dia masih lancar meluncur dibibir. Aku pasti, satu hari nanti, aku pasti berjaya.





Doa nih betul-betul buat aku sebak. Dan aku nak share dalam entry kali ni... Doa yang aku panjatkan agar aku berjumpa dengan insan yang lebih baik dari buntal. InsyaAllah..

Ya Allah,
Seandainya telah ENGKAU catatkan 
dia akan menjadi teman menapaki hidup
Satukanlah hatinya dengan hatiku
titipkan kebahagiaan diantara kami
Agar kemesraan itu abadi

Dan Ya Allah, Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah, 
Seandainya telah ENGKAU takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku

Dan peliharalah daku dari kekecewaan
Serta Ya Allah, Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan untuk melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku dapat berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya

Dan Ya Allah yang tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdir-MU
Sesunggunya apa yang telah ENGKAU takdirkan adalah yang terbaik buatku
Kerana ENGKAU Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba-MU ini

Ya Allah, 
Cukuplah ENGKAU saja yang menjadi Pemeliharaku
Di dunia mahupun di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini
Jangan ENGKAU biarkan aku sendirian
Di dunia mahupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran

Maka, kurniakanlah aku seorang pasagan yang beriman,
Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang ENGKAU redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.
Amin.



1 comments:

M e r p a t i B i r u berkata...

Thanks for the DOA angah...
bley pinjam buku tuh tak?

 

~Workshopgurlz~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea