Jumaat, Jun 03, 2011

:: Moga ada sinar selepas ini ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 12:50 PG

Assalamualaikum...


Kurang dari 48 jam buntal nak nikah... Last aku dapat mesej ym dari incik buntal, pkul 9.13 pagi tadi. Reaksi aku??? Aku tersenyum sambil hati berbisik sedih. Kenapa kamu begini buntal? Pergilah jauh-jauh kerana aku sedang cuba bertahan untuk kehilangan kau. 


Buntal, setiap mesej ym ko, masih aku simpan buat kenangan. Pathetic gile kan.. Sori, tapi itulah cara untuk aku sedut kekuatan. Yang mana kekuatan itu makin luruh dua tiga hari nih. Aku pasti rindu setiap ym dari kamu wahai buntal.


Buntal, ko ingat lagi tak, masa kite di tingkatan 1. Kau jadi posmen aku tuk pos surat pada abang Apis. Kiranya kau orang tengah masa zaman gedik-gedik dulu kan..hahahhahha. Setiap pesanan aku tuk abang apis kau sampaikan dan pesanan balas jua kau serahkan pada aku. Terima kasih untuk itu. Tapi tuh, cinta kura-kura, malah tak boleh dipanggil cinta pun...


Buntal, mase kau jadi Ketua Pengawas dulu, aku memang amat kagum dengan kau walau ada sedikit meluat. Kau KP yang sangat baik dan disukai ramai tapi kau tak adil sebab kau lebihkan S/U ain sedangkan dia ntah pape je jalankan tugasnya. Maklumla, korang kan kapel mase tuh. So, tak dapat den nak komen lebih-lebih.


Alam universiti, ditakdirkan aku masuk U yang sama dengan kau. Bezanya kau senior 1 sem dari aku sebab aku daftar lambat. Aku ingat lagi woo, kite balik cheras sama-sama. Naik komuter, naik teksi, naik lrt. Sumpah, kau memang gentleman mase tuh. Kau angkat beg aku letak atas beg kau. Kau protect aku and pastikan aku dapat tempat duduk. Ya Allah, sumpah aku masih ingat segalanye masa tuh. Tacink i tau..hohoho. Mase tuh, hati aku dah tersentuh sket tapi masih kukuh ditempatnya. hahahahah


Beberapa bulan lepas tuh, kita split kampus, aku di bandar, kau jauh di hutan. Terus kita lost contact. Kita baik balik pun ujung tahun 2009. Mase tuh, kita memang baik as friend. Lama-lama kita naik satu tangga lagi ke arah kawan baik. Dan sekarang aku adalah sahabat terbaik yang engkau ada, barangkali. 


Aku tak tau macam nak bayangkan hidup selepas nih tanpa ym dari kamu. Tanpa mendengar bicara tulisan kamu. Rindu akan kabaran dari kamu buntal. Buntal, mase kau kata yang kau sayang akan aku. Aku terkedu, tertanya-tanya dalam diri. Adakah itu satu ayat pujuk agar aku redha dengan pemergian kau? Tertanya-tanya, ikhlaskah kau bile kau kata, kau rindu akan aku. Barangkali, ayat tuh dah selalu sangat kau sebut kot. Tapi bilemana kau kata, yang kau pernah suka sama aku, pernah admirer aku. Sungguh mase tuh, rasa nak letup dada den. Kalu betul bicaramu, awat kau tak cakap dulu, sengal. Aku ke yang terlambat???


Buntal, bukan jenis aku nak rampas hak orang. Lalu dengan itu, aku dengan rendah dirinya mahu menjadi orang pertama yang wish
 "SELAMAT PENGANTIN BARU BUNTAL"
 Semoga menjadi suami mithali pada isteri yang solehah, kerana lelaki sebaik kau layak untuk mendapat wanita yang terbaik.[kau sangat baik, sayang kau bukan milik aku....] Doa aku sentiasa ada buat kau sepertimana doa yang selalu kau titipkan buat aku. Terima Kasih untuk itu. 


Buntal, terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup aku dan bawak bahagia itu. Terima kasih sebab jadi kawan yang terbaik buat aku. Terima Kasih buntal sebab buat aku hepi dua tahun nih...Terbaik wokk...






nota kaki: Buntal... selamat tinggal... Moga ada sinar buat aku selepas ini..

1 comments:

ze@L z@R@ berkata...

kalo akk tgk gmbr buntal ni sure akk knl kn org..atleast pnh gak la akk terserempak ngn dia ms kt unisel dl..

 

~Workshopgurlz~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea