Isnin, Ogos 06, 2012

:: Boleh tak nak serabut ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 11:43 PTG 1 comments

Assalamualaikum...


Mood tengah swing, jadinye entry ni tercipta. 
Kadang-kadang rasa macam susah orang nak paham diri sendiri. Ke aku yang susah nak memahamkan orang. Serius rasa macam nak lempar semua ni keluar dari minda, pastu takyah pikir pape. 
Kan best kalu semua perkara semudah yang dikata, kan senang kalu sekali mintak je terus dapat.
Berangan jelah kau wahidah!!!!


Banyak sebenarnya perkara yang aku nak kena pikir, nak kena setelkan sebab masa tu aku yang kejar bukan masa yang kejar aku. Tapi sekarang aku rasa macam masa tuh semangat betul berlari tinggalkan aku. Boleh je kalu aku taknak amek peduli semua perkara pastu lalui hidup macam biasa tapi endingnye macam mane nanti.


Rasa macam nak amek cuti panjang, nak tangguh study, lepas tuh setel satu-satu perkara. Sebab bukan mudah, berkerja tapi pada masa yang sama sambung belajar. Kalu takde kelas, masa tuhla nak balik kampung. Exam masa kerja, tak sosial kan diri dengan kawan-kawan sebab jadual yang clash. Pastu buleh dikatakan setiap malam tido lambat sebab nak study. [adakah kau sedang merungut wahidah????]


Seriously, aku bukan merungut. Cume melepaskan resah hati. Resah hati yang kerap buat aku sakit kepala memikirkan. Resah hati yang kerap buat aku termenung panjang. 


"Rabbi Yassir Wala Tu 'Assir"


Moga Allah permudahkan laluan hidup aku selepas ni. InsyaAllah.. Kena banyak-banyak muhasabah diri ni.





 

~Workshopgurlz~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea