Khamis, Julai 19, 2012

:: Jodoh ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 11:31 PTG 3 comments





Assalamualaikum..


Dear blog,
Harini nak membebel kisah sebelum berjumpa dengan tunang. Begini kisahnya….
Mase tuh, ada seorang kakak ni yakni one of my colleagues ajar cara nak dipermudahkan jodoh. Haha, nampak sangat macam ko nak kawen kan wa… hish hish. Tapi tak salah kan, bukankah perkahwinan itu menambah lagi banyak pahala bagi seorang wanita yang taat pada suaminya dan melengkapkan sebahagian lagi agama. Kalu nak pahala, sila kawen yea kawan-kawan. Teeeheee~~~~


Disebabkan aku masih dalam fasa broken hearted girls dan sesi-sesi melupakan, why not aku try kan. Lagipun, aku bukan muda lagi plus I don’t like to fall in love again then broken hearted back. Mase tuh aku da mula doa agar lepas ni kalu nak jatuh cinta, biarla dengan suami sendiri, dengan zauj yang telah Allah tetapkan buatku, insyaAllah.


Aku sedar kot aku taklah baik mana, jadinya tak salah bukan kalu aku nak cari seorang suami yang mampu didik aku. Yang aku buleh hormat dan ajar aku banyak perkara. Aku jumpa ciri tuh dalam diri tunang aku sekarang, insyaAllah. Aku percaya dia jodohku sebab dia yang Allah ilhamkan padaku ketika di Tanah Suci.


Balik pada cerita asal, kak KB ajar satu cara ni. Kome buleh cuba yea. Buatlah solat hajat selama 40 hari berturut-turut [kalu datang bulan, sebaik je suci sila sambung balik tanpa stop yea]. Lepas tuh baca doa dipermudahkan jodoh macam ustaz haron din tulis dalam buku dia tuh.. Macam ni….




Buatla sungguh-sungguh sambil bergantung harap hanya pada Allah, kebetulan masa tuh kalu buleh, buatla istikarah sekali. Aku buat istikarah tuh tau [sejak belum kenal dia lagi], tapi tak pernah nampak muka sesape. Tido dengan lena, takde sape-sape pun muncul [masa tuh aku bajet-bajet, ilham datang dalam bentuk mimpi walhal banyak je lagi cara kot]. Ditakdirkan Allah, aku dipertemukan dengan tunangku sekarang selepas solat hajat yang ke 40++, masa tuh hati takut-takut lagi. Istikarah diteruskan, still tak nampak pape.


Orang nak pi umrah ni, biasanya peel dia lain sikit. Sehabis daya dia akan cuba bersihkan diri dan hati kan. Begitu jugak aku, nasihat aku pada bakal-bakal tetamu Allah yang lain, sila bersihkan diri anda terlebih dahulu sebab Allah tuh kan Maha Pengampun. DIa lebih tahu niat kita. Amalkan solat-solat sunat dan segala ibadah yang berbentuk kebaikan. InsyaAllah, perjalanan akan jadi lebih teratur [ceh, cara aku cakap dah macam ustazah dah tau, hehe].


Dalam masa yang sama, di Bumi Anbiya jugak aku still beristikarah tentang banyak perkara termasuk isu jodoh. Mase tuh memang taknak pikir sesape. Memang tak mimpi apa-apa pun tapi bayangan incik tunang yang datang. Tuh pasal tetibe tangan gatal nak mesej dia. Eh, 4 orang je yang aku mesej tau sepanjang umrah yakni emak, baizura, kak KB dengan dia [eh, kenapa dia termasuk sekali. Tuh yang sampai sekarang aku confuse]. Tapi aku takdelah mesej dia mase tengah buat ibadah ke ape, lepas balik hotel mase tengah rehat-rehat yea. Lepas call emak ke, baru terlintas. Part yang aku duk ingat sampai la nih adalah, kenapa aku mention nama dia dalam doa aku yea [sambil garu-garu kepala]. Spesifik tau!


Aku doa dijodohkan dengan dia. Siap sebut nama penuh lagi dalam doa tuh. Asal singgah tempat mustajab doa, itu jugak sebahagian doa yang aku duk selit. Rasa nak tergelak pun ada sekarang. Sungguh besar kuasa Allah.


~ share gambo yea cik dil, gracias ~


“Kalau Muhammad Izwan Ismail itu benar jodohku, jodohkanlah. Jika bukan Ya Allah, damaikanlah hatiku dan temukanlah aku dengan orang lain yang lebih baik darinya dan jodohlah dia dengan orang yang lebih baik dariku.” ~~~ Moga panjang jodohku dengannya, amin.
 [dalam hati duk harap-harap jugak terserempak dengan mana-mana artis ensem yang masih bujang pastu berjodoh, haha.. Nonsense btul]


Sampailah balik Malaysia, macam entry yang aku dah cerita aritu, rombongan merisik pun datang. Pantas betul dunia nih berputar, syukur Alhamdulillah. Terus rasa jatuh cinta [haiipppp, simpan sket cinta tuh lepas kawen yea wahidah].


Pasal istikarah tuh, even aku tak mimpi pun aku percaya pada gerak hati. Ada satu hari tuh, aku dengar ceramah seorang ustazah ni. Isu pasal istikarah, sume orang duk bayang mimpi mimpi mimpi, walhal sedarkah kalian, ilham itu buleh datang dalam bentuk pelbagai cara. Salah satunya, Allah lembutkan hati pihak insan di sebelah sana untuk approach anda. Boleh jadi juga, Allah mudahkan laluan pertembungan jodoh anda, ataupun ilham anda sendiri atau juga, keselesaan ketika bersama dengannya. Maksud saya, dengan dia anda tak rasa serabut dan rasa tenang. Hurmmmm… Semoga tunang saya tak rasa serabut dengan kehadiran saya, jika yea sila maklumkan yea wahai bakal imamku.

Rabu, Julai 18, 2012

:: Moment yang terindah ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 6:53 PTG 0 comments



Assalamualaikum….


Dear blog,
Entry umrah masih tergendala, meh sambung kat entry ni yea.
Berada di Tanah Haram, moment yang cukup indah. Menangisla airmata banyak mana pun, tak mungkin dapat ganti perasaan tika tuh. Sungguh aku berharap, biarla nyawa dan jasadku bersemadi di sana. Di bumi anbiya, tanah yang dijanjikan tidak akan dimasuki Dajjal.





Sampai di bumi Madinah, terpikir-pikir sejarah Rasulullah SAW. Kerdilnya aku kalu nak dibandingkan dengan baginda. Jauh sangat kot. Peribadi insan yang cukup mulia, Rasulullah junjungan kita. Bumi Madinah, bumi yang sejuk, nyaman, sangat tenang, tanah yang tenteram. Masjid Nabawi yang cukup cantik. Rindunya~~~~~


Aku rindu suasana Raudah, karpet hijau yang menjadi idaman setiap jemaah yang hadir. Biarpun perlu beratur, aku tak kisah asalkan dapat ku jejak kaki di sana. Di sebelah itulah letaknya makam Rasulullah. Kawasan raudah bagi nisa’ agak kecil jika dibandingkan dengan para rijal. Jadinya ape je ruang yang ade, harus dimanfaatkan dengan secukupnya. Pantang ada ruang kosong, buatla solat selagi yang terdaya. Bagi rijal, depa buleh masuk kawasan raudah bila-bila masa je tetapi buat nisa’, ada masa-masa tertentu, selepas isyak dan di sebelah pagi je. Raudah tuh kan taman-taman syurga, antara tempat yang dikatakan mustajab doanya, insyaAllah.









Imam di masjid Nabawi, suaranya lebih lembut dan tenang. Bacaannya memukau. Tangisan disubuh hari kerap kedengaran, jadinya para jemaah pun terasa sekali. Setiap laluan di kawasan masjid disediakan tong-tong air yang berisi air zam-zam. Patutla hati macam rasa lebih bersih, mau tak. Minum air zam-zam setiap hari, sambil tuh berdoalah agar disucikan hati yang kotor tu kan [pesanan ni lebih merujuk pada diri sendiri tau]. Masjid Nabawi ni besar, punyai banyak tiang menara yang berbeza. Setiap tiang tuh punyai nama dan kisahnya tersendiri. Oh yea, di sinilah letaknya jasad rasulullah dan para sahabat. Di sini jugak letaknye perkuburan baqi’ yakni tanah perkuburan setiap para syuhada yang syahid di jalan Allah.


Hurm.. panjang sebenarnya kisah semasa umrah ni. Pasti akan ku sambung cerita ini satu ari nanti semula. Sedang mengumpul kerajinan disaat terlalu banyak kerja lain. InsyaAllah. Kbai...


p/s: hanya gambar yang menerangkan bicara hati

Selasa, Julai 17, 2012

:: Hajat Yang Tertunai ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 6:26 PTG 0 comments


Assalamualaikum


Dear blog,
Hampir 4 bulan berlalu sejak aku balik dari Bumi Anbiya. Hingga la nih, masih terbayang bau dan suasana di sana. Satu lagi anugerah yang tertunai, Alhamdulillah. Bila semak balik kotak hajat yang pernah aku isi satu masa dulu, rasa macam semua hajatku Allah dah makbulkan. Terasa macam diri sangat kerdil bilamana terpikir apa je yang dah aku buat sebagai hambanya. Bersyukurla wahidah. Nikmat Allah terlalu luas buatmu.


Kotak hajat?? Ape tuh?


Dulu mase kursus SPIES, motivator tuh pernah cakap. Manusia nih selalu je merungut dan tertanya-tanya nape Allah tak tunaikan permintaan seseorang tuh. Lalu dia ajar satu cara ni.
Balik rumah, sediakan satu kotak kecil. Setiap kali kite ade sesuatu hajat, tulis atas sekeping kertas kecil then tulis tarikh dan tahun atas kertas tuh bila ianya harus dibuka. Stapler dan masukkan hajat tuh dalam kotak tadi. Simpan kotak tuh jauh dan make promise jangan bukak hajat tuh selagi masanya belum tiba. Dalam masa yang sama, berdoala tanpa henti pada Allah.


Balik je dari kursus, aku buat cara ni. Aku tulis hajat-hajat yang aku impikan. Tulis tarikh, stapler kemas-kemas dan masukkan dalam kotak. Dalam masa yang sama aku berdoa agar ianya tercapai. Bulan berganti, tahun pun berubah. Kotak tuh ntah mana-mana je aku letak sebab pindah rumah kan. Satu hari ni, kebetulan masa tuh aku teringat akan kotak hajat tuh. Punggah almari dan tttteeeengggg, jumpa jugak kotak tuh yeayyy. Bila tengok atas kertas tuh, nampaknye dah lepas due date.


Masa bukak tuh, serius rasa nak menangis. Banyak rupanya yang dah tercapai. Syukur Alhamdulillah. Antaranya, aku dapat sambung study, dapat tukar job post title, dapat buat umrah, dapat jumpa seseorang yang insyaAllah bakal menjadi imamku. Pendek kata, semuanya dah terlaksana. Samada cepat atau lambat je. Ya Allah, sungguh besar rahmatMU. Perancangan Allah sapa yang dapat duga bukan.





Umrah, satu perkara yang tak mampu aku ungkap dengan kata-kata. Hajat sebenarnya nak pegi dengan mak ayah lalu aku buat loan bank sebab memang nak bawak dorang sekali. Sebelum buat loan tuh, aku dah abes baca, adakah ianya halal pegi tunaikan haji atau umrah menggunakan duit pinjaman. Jawapannya: selagi ianya pinjaman berkala, insyaAllah dibenarkan.


Seruan itu milik Allah, Dia berhak memanggil siapa yang diinginiNYA untuk bertapak di bumi Anbiya. Walau sekemas mana perancangan, jika belum sampai seru. Bukan jugak rezeki mereka.


Aku ingat lagi, masa tuh aku dah hampir putus asa. Beriya-iya aku cari agensi dan tarikh-tarikh yang sesuai nak bawak dorang sekali. Masih terimbau reaksi ayah masa aku hadiahkan buku travelog haji dan Kembara Hati di Tanah Suci. Aku tahu ayah sangat gembira. Dia excited. Jadinya aku jugak excited. Ditakdirkan, along bertemu jodoh dan kerana itu mak ayah tangguhkan hajat sebab depa nak pakai duit tuk kenduri dan kebetulan cuti mak limited. Arwah pakcik pulak mase tuh kebetulan tengah sakit, lalu mak berulang-alik balik kampong. Semuanya kebetulan.


Aku ajak ayah pegi, tapi ayah tak mahu pegi tanpa emak. Sebak sangat sampai aku terbawa-bawa dalam mimpi. Aku ingat mimpi tuh, saat tuh aku berada di dalam hotel di Tanah Suci. Dalam keadaan bertelekung, aku menangis sebab aku pegi tanpa mak ayah sambil memandang sayu jemaah yang sedang melaksanakan setiap ibadah mereka di Tanah Haram. Aku menangis sampai tersedar. Biarpun ralat, aku terima keputusan mak ayah. Sebagai anak, janji tetap dikota. Kalupun aku tak boleh bawak depa pi umrah. Moga dengan duit tuh, depa dapat pi haji. Aku daftarkan haji buat mereka. Tak banyak pun, sekadar mampuku.




Sekali lagi, Allah murahkan rezekiku. Ex-housemate kebetulan ada conference di Jeddah. Kak Fuza offer ajak saing alang-alang dia ada conference,  buat sekali umrah. Aku memang terus setuju sebab peluang tak datang dua kali kan. Tanpa mahram, seorang wanita itu agak sukar nak masuk Tanah Haram. Jadinya, nih peluang yang aku sebab ade mahram tumpang. Syukur sekali lagi. Masa tuh rasa nak buat sujud syukur berkali-kali. Tapi…….


Kali kedua aku kecewa, bayangkan dalam keadaan aku sangat excited. Pasport dah siap, suntikan dah nak ready, tetibe tiket flight clash dengan tarikh along kawen. Tarikh da tak buleh ubah sebab kebetulan cuti sekolah jadinya flight majority fully booked. Mase tuh rasa macam harapan hampir punah. Ikut hati memang nak pegi je umrah tuh, tapi aku tak mungkin akan pegi dalam keadaan mak ayah tak sokong. Aku kenal mak ayah, aku tahu hati dorang. Aku tak mahu buat ibadah dalam keadaan lukakan hati mak ayah, jadinya aku tolak sekali lagi tawaran tuh.


Tapi, rezeki Allah mana mampu kite duga. Kalu dah sampai seru, aku sahut seruanMu Ya Allah. Berkat pertolongan ex-housemate dan kawan-kawannya yang mahu aku ikut serta dalam rombongan tuh. Dorang usaha jugak sampailah jumpa satu agensi ni, biarpun sedikit mahal asalkan tarikhnye selepas along kawen, ianya dah memadai. Syukur Alhamdulillah, sekali lagi dipermudahkan.



p/s: hatiku tertinggal di bumi anbiya, sangat rindu~~~~~

Rabu, Julai 11, 2012

:: How I Met Mr Fiance (Part IV) ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 7:11 PTG 0 comments


Assalamualaikum...


Satu hari lagi berlalu, aku menghitung hari sebab tak sabar nak turun Penang jumpe dia. Moga-moga dipermudahkan, InsyaAllah. Masa sangat suntuk, rasa macam sumenye berjalan pantas. Kuliah baru dah bermula, makanya bermulalah sesi-sesi sibuk aku. Ntah-ntah blog pun tak berupdate lagi. Ok wahidah, cukup intro tuh, jom sambung cite....


Pertemuan Ketujuh

-Yea, hati aku sedang tersenyum saat ni. Thanks Allah-


Izwan amek cuti nak turun KL. Aku rasa terharu sebenarnya sebab dia sanggup turun sini, terima kasih yea!
Lepas kami shopping dekat jalan TAR tuh, esoknya kami berniat nak pi klang, anta dia umah kakcik. Yelah, takkan aku tak bule beralah kot tolong antakan sebab dia sanggup kot datang jauh macam ni. Setakat klang tuh, aku tahu wahidah, kau masih mampu nak jalan kan kan..haha. Ni first time naik kete berdua, debar woo. Masa tuh nak ajak iefa naik sekali tapi aku nak jugak ruang privasi sat dengan dia. InsyaAllah, tak buat yang jahat-jahat yea. 


Tak banyak sebenarnya yang kami sembang, macam angin je yang bercakap. Bayangkan aku yang jenis kuat cakap ni, brutal pulak tuh bule jadi senyap. Not as usual [sebenarnya aku bukanlah ramah tamah, aku hanya pandai bercakap apabila kena tempatnya]. Aku malu kot, dahla tak lawa, kasar pulak tu. Jadinya segan tuh bertimpa-timpa. Perghhh, harimau bule kalah kot, patutla asik kena bahan dengan manaf. Eleh manaf, nampak tak sape yang bule tundukkan ego aku. Sekasar-kasar aku, akan tiba satu masa nanti aku berlembut dengan orang yang aku sayang. Aku nak practice lah ni. Teeeheee~~~~


Kakcik baik, aku serasi Alhamdulillah. Anak-anak juga baik, tapi sebab aku tak pandai nak tunjuk kasih sayang, jadinya aku tak pandai nak amek hati budak-budak. Dengan anak buah aku sendiri pun aku garang, tapi aku sayang dorang tau. Aku kekok sedikit tapi aku tetap cuba, nasib ade yang lain yang tolong meriahkan. Kalu aku sorang, mau aku bisu sepanjang hari..Adoiiiii...


Moment yang paling tak best, bila dah nak balik.. Warghhh.. dahla susah nak jumpe, sekejap pulak tuh. Tahu tak, saya rindu [ok, kau tak malu wahidah :-) ]
Hingga saat tuh kan, aku dengan izwan rasanya masih lagi berahsia tentang perasaan. Aku sendiri masih lagi tercari-cari mana letaknye aku yea. Tapi pada hari itulah aku sedar, yang dia dah mula bertapak dalam hati. Yea, dia pulangkan senyuman aku yang pernah hilang, dia rawat hati aku. Jadinya atas reason ape yea aku masih nak denied perasaan ni???




Pertemuan Kelapan


Yang ni moment yang aku rasa sangat hindustan. Betullah, aku kalu dah sayang orang. Aku betul-betul kejar tapi kalu orang taknak, aku betul-betul bawak diri. Lepas je balik dari klang semalam, malam tuh aku da mula rasa kesunyian. Kitaorang on call, aku rasa aku macam ntah ape-ape je. Aku da mula macam tamak, tak mahu hilang dia. Perasaan yang buat aku rasa...


"Eh, apa ni? Kau tak buleh macam ni tahu"

"Hati, stopla berbunyi!!!!!"

"Eh, kenapa macam angau ni??"


Serius rasa macam nak hantuk kepala kat dinding. Masa awal-awal kenal dengan dia, memang aku tanam azam nak rasa biasa-biasa je perasaan tu. Tak mahu jatuh cinta sangat-sangat ke ape ke sebab aku takut. Aku paling takut kehilangan...... Selalu aku doa, andai dia jodoh aku, mohon dipermudahkan Allah dan sentiasa dalam rahmat-NYA. InsyaAllah.


Masa tuh, dia dah nak balik Penang. Aku pulak macam serba tak kena dekat opis. Rasa macam nak terbang pi klang masa tuh jugak. Setting time baik-baik punya, akhirnya dapat jugak kitaorang jumpe dekat Klang Sentral. yippie... Selamba je aku lari opis, bawak kete laju-laju, yang penting sampai dengan selamat. May2 tolong teman. Terima kasih yea adik manis. 


Eh, tolongla, adegan kejar-kejar ni dulu jadi masa nak kejar dayat pakwe bai. hahaha. Masa tuh dayat nak balik terengganu, bai nak sangat jumpe dia. Tuh yang dia roger aku rempit malam tuh jugak nak pi carik dayat kat stesen bus..hoho. Ape jenis spesisla kitaorang ni. Cube control sket cun tuh. 


Tapi kan, aku tak dapat tahan hati aku. Siap call stesen bus sebab nak tahu time bus available pkul bape. Google, tanya kawan-kawan. Check Sani express sume bagai. Eh wahidah, ko ingat ni drama hindustan yea. Patutnya, dia amek bus di Pudu, aku yang mintak dia amek bus dia Klang sentral walhal aku sendiri masa tuh tak tahu whether ade ke tidak bus nak pi Penang kat situ. Tapi sebab rasa bersalah dan takut dia tak dapat balik. Beriya-iya aku tau, mase tuh memang da nekad, kalu bus takde. Aku hantar je dia ke Pudu. Eh wahidah, kau tahu ke jalan nak pi Pudu, bukan kau kaki sesat ke? hahaha.. 


Alhamdulillah, Allah permudahkan. Aku jumpe jugak dia, walau malu sebenarnye sebab nampak macam tak malu je sebab beriya-iya sangat nak jumpe dia. Kebetulan masa tuh, maklang dia dengan kakcik yang anta. Rasa tak tahu nak sorok mana dah muka ni... huahuahua.. Kakcik sporting, dia kasi aku spend time kejap dengan izwan. Tapi masa cemburukan kitaorang, da time dia kena naik bus, aku mampu pandang dan senyum je. Niat hati nak lambai tapi takmo lah nampak beriya sangat. Malu kena ada wahidah. Mak selalu pesan macam tuh. Ok... Control wa control~~~~~


Atas dasar prihatin, beriya aku soal siasat drebar bus. Sebab aku nak tahu, benti makan ke idak, lalu butterworth ke idak? Iyelah, insan kesayangan hamba naik bus tuh kan. Mestila risau... Darah manis kan dia tuh. Padan muka sebab naik dengan ramai india. Haha.. Biar tak buleh gatal-gatal. Tapi kalu awak mengatal pun, saya tak marah. Awak ada hak kan kan kan... Hurmmm, mane lagi saya nak jumpa orang yang sebaik awak. 


Jadinya, itulah pertemuan terakhir sebelum kami bertunang. Hanya berjumpa lapan kali, jumpa ramai-ramai pulak tuh. Tapi aku tetap bahagia. Saat tuh, aku rasa aku tak silap buat keputusan InsyaAllah. Aku tahu hati aku untuk sape mase ni. Doaku agar aku kekal menyintai dia hingga ke syurga, insyaAllah.




Incik Izwan, saya nak ucapkan SELAMAT BERTUNANG dekat awak. Terima kasih sebab sudi terima saya yang tak punya apa-apa, dahla kasar, rupa ala kadar pulak tuh. Saya selebet, tak pandai melawa tapi saya akan pastikan lepas saya sah jadi milik awak, saya akan cantikkan diri dimata awak, insyaAllah. Saya tak pandai memasak lauk yang dashyat macam master chef tuh, rasa pun ala kadar. Tapi saya akan pastikan saya cuba masak sampai awak sanggup makan even mula-mula tak lalu sebab tak sedap ke ape ke. Nanti saya training asah bakat lagi yea.


Awak, saya ni sensitif orangnya. Kuat nangis sebenarnya. Tapi yang tahu family saya je, kawan-kawan selalu anggap saya happy go lucky. Saya hiburkan hati sendiri dengan cara hiburkan hati kawan-kawan. Saya buleh nangis bila tengok movie, drama, baca paper, novel, hatta dengar kisah sedih pun. Tapi saya bule jadi sangat kuat bilamana isunya berkaitan hati, keluarga, kematian malah kemalangan. Masa mak eksiden dulu, saya tak menangis pun, malah saya kesat darah mak, tuam dengan kain basah, jaga dia sehabis baik. Nak menangis pun sorok-sorok. Masa arwah maklong dan angah meninggal, saya juga kuatkan hati tuk tak nangis saat semua orang menangis. Yea, tipulah kalu tak nangis langsung kan. Termasukla masalah keluarga yang baru-baru ni, hati memang sangat hancur tapi airmata tak mampu tolong ape-ape. 


Saya cerewet, tak makan sayur, tak makan itu, tak makan ini. Bawak pi steamboat or western place pun akan rugi sebab saya tak pandai makan steak or spagheti melainkan chicken chop. Menu saya sama je selalu. Saya bule hidup kalau makan telur dengan kicap je. Kalu mak masak sedap-sedap pun, tetap saya goreng telur kat dapur. Bawak makan kat hotel pun rugi sebab saya tetap pilih menu yang sama. Saya mengada-ngada kan. Tapi saya cuba awak, cuba untuk tak memilih makan sampai pernah muntah-muntah sebab paksa diri makan jugak sebab nak jaga hati orang. 


Banyak lagi yang awak perlu tahu pasal saya, tapi bersediala untuk menerima segala keburukan dan kebaikan saya. Saya pasti akan jatuh cinta dengan orang yang ikhlas dengan saya. Kalau saya da sayang, kesetiaan saya amatlah tinggi, insyaAllah.


Sekian saja kisah saya dan incik izwan sebelum kami bertunang. Saya sayang tunang saya.



p/s: Hati ini bukan milikku lagi, seribu tahun pun aku ku nantikan kamu~~~






Selasa, Julai 10, 2012

:: How I Met Mr. Fiance (Part III) ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 1:55 PG 0 comments

Assalamualaikum...


Panjang betul kisah aku dan incik tunang ni, jadinya aku sambung lagi dalam entry ni yea..
Lepas je izwan cakap yang dia nak serius, dia anta rombongan merisik even semuanya macam mengejut. Yelah, mula-mula kata nak datang tuk gather family kami ni je, apa kata orang tuh "sesi suai kenal'. Tapi 3 hari sebelum tuh tetibe dia mesej, nak bawak hajat. Serius rasa macam nak tergolek jatuh bangunan pulak mase tuh. Rasa macam jatuh cinta sekali lagi. Hahaha


Malam tuh jugak, aku call mak cakap ada orang nak datang that weekend nak bawak hajat. Mak agak terkejut, yelah.. anak dia ni mane pernah cerita pasal mana-mana lelaki. Last dulu pun,tahun 2007 mase aku cerita pasal daus. Ingat lagi kisah sedih dulu-dulu, masa menangis dekat emak sebab nak mintak izin bercinta dengan daus. Almaklumla, emak tak suka kami bercinta. Sebab tuh mase tak jadi dengan daus tuh aku bengang sangat dengan dia sebab ianya dah melibatkan keluarga. Tapi bagus jugak tak jadi, kalu tak mesti dah kawen muda, melepasla segala cita-cita aku. Syukur, syukur syukur...


Balik pada cite emak tadi. Emak dari dulu sangat risau akan anak dara dia yang sorang ni. Sejak daus kawen, aku tak pernah lagi story pasal sape-sape dekat dia. So, dia assume anak dia ni sangat broken hearted walhal anak dia ni memang tak kisah langsung dengan daus tuh. Malah rasa sangat tenang. Ada satu masa tuh, pernah aku cakap dekat emak, aku pilih untuk tima jodoh pilihan keluarga sebab aku dah taknak memilih. Tak sangka, emak betul-betul buat sebab ade satu hari tuh mak balik dan story pasal anak kawan dia. Rasa macam nak gelak bahak-bahak. Part yang paling kelakar, bila mak sangat risau bila aku dengan bai rapat sebab dia takut aku ni suka insan yang sama jantina. For God sake, memang tidakla kan sebab bai adalah sahabat terbaik yang pernah aku ada. 


Ikutkan sebelum aku kasitau rombongan nak datang, mak da tahu yang aku ade berkawan dengan seseorang which is person tuh adalah izwan. Along pecah lubang sebab dia selalu kata dia nak aku gembira. Mak tersenyum, anak kesayangan dia nampaknya tak heart broken lagi. Sebab tu aku tanye izwan betul-betul dia serius atau tak dengan keputusan ni. Aku takmo heart broken lagi sebab kalu aku kecewa lagi kali ni, agak-agak berapa lama nak sembuh yea. Silap-silap, aku tima je rombongan sape-sape yang masuk meminang tanpa kenal pun orangnye.




Pertemuan Keempat


Rombongan merisik datang pada ari sabtu 14 april 2012. Aku sangat excited, mak ayah pun macam tuh. Pendek kata sume orang tak sabar. Pakndak jalal yang jadi wakil terkebil-kebil pandang aku sebab dia macam tak caya. Antara sume adik beradik, aku yang paling low profile. Nampak macam ulat buku dan workaholic, tak pernah bawak sesape balik kampung sedangkan partner adik beradik aku yang lain, sume da pernah ditengok. 


Salam dihulur, risik disambut. Alhamdulillah, secara tak langsung aku hampir di locked up. Cincin disarung bondanya tercinta. Perghhh, rasa mau gugur jantung tahu. Moment yang tak pernah aku rasa, jadinya debaran tuh sangatla kencang, sekencang tiupan angin di Cordova barangkali.


Sejak dari itu, sungguh aku letak hati aku ditempatnye. Gambar dia aku download, nama dia aku semat. Yea, secara rasmi aku yakin yang aku dah bule berdiri semula. Tima kasih yea incik izwan sebab sudi terima saya yang penuh kekurangan ni. Yang kurang ni, mohon agar awak lengkapi InsyaAllah.


Pertemuan kelima


Mase tuh, aku ada kelas. Kami berjumpa sat je dekat tasik permaisuri sebelum aku gerak pi UTM. Ini rasanye pertemuan pertama yang berdua tapi kami jumpa pun dekat tempat ramai orang, duduk pun jauh-jauh. Cakap pun masih malu-malu, nak cakap ape pun tak tahu tau. Rasa segan sangat wooo..
Whoaaa... wahidah yang brutal jadi ayu tetibe. Ceh, rasa plastik sekejap. 


Rasanya tak sampai setengah jam pun kami jumpe. Aku rushing nak pi kelas, dia pulak memang nak aku pegi kelas cepat-cepat. Samada takmo tengok muka aku dah ataupun takmo pelajaran aku terganggu.. hahaha. Suka-suka kau je wahidah nak assume hati orang. Hurmm..Izwan hadiahkan pen, mase tuh rasa macam sangat sweet. Aku tak perlu hadiah yang mahal, cukuplah hadiahkan aku dengan keikhlasan walau ikhlas tuh takde harga. Pen tuh memang aku sayang sangat sampaikan setiap kali kuliah je aku guna pen tuh, jawab exam pun guna pen yang sama. Sayang pen macam sayang tuan dia jugak. haha


Pertemuan keenam


Awak, sebelum saya nak sambung menulis ni. Saya nak ucap bebanyak tima kasih sebab awak ade mase saat saya susah sebegini. Family saya diuji dengan dugaan yang amat berat. Terasa sekali lagi semangat saya jatuh tapi saya harus kuat sebab ketika tuh my family need me. Saya bersyukur sebab Allah permudahkan laluan hidup untuk bantu dorang. Duit keluar macam air terjun, simpanan gone macam tuh je. Tapi saya percaya ada rahmat. 


Mase tuh kan awak, satu je terlintas dalam fikiran saya. Awak masih nak teruskan atau tak dengan niat kita nak bertunang. Saya tahu, saya taklah bagus mana, keluarga pulak ada masalah di sini sana. Kalu awak mementingkan kesempurnaan, ternyata saya bukan untuk awak. Memang pasrah abes dah, sebab tuh saya jujur dengan awak sebab bila awak pilih untuk masuk keluarga saya, apa jua masalah atau malu, awak akan tumpang sekaki. Awak tahu tak, masa saya nangis dekat awak, saya rasa diri sangat loser. Saya tak boleh nangis depan mak ayah, tak boleh nangis depan yang lain. Jadinya saya telan sorang-sorang. 


Along ada suami, ainul pulak ade fiza yang selalu ade depan mata. Tapi saya tahu saya ada awak, dan disebabkan itu saya sangat takut kalu awak pilih untuk pergi. Bukan jenis saya untuk paksa orang stay disisi saya, sebab tuh saya kasi awak buat pilihan. Terima kasih yang amat dalam sayang sebab pilih untuk kekal dengan saya. Syukur Alhamdulillah.


Ok stop story cerita sedih ni. 
Sebelum bertunang, supposed kami nak jumpa lagi sebab nak beli barang-barang yang perlu. Eleh, alasan je tuh walhal ni lah masa yang ade kami nak jumpe tau. Sekali lagi, keluar pun berempat. Dari wedding kak anne sampailah shopping dekat Jakel. Takde pun berkepit-kepit yea, harap maklum. Aku jalan dengan iefa sebab aku masih segan dengan izwan ni. Abes makan malam, aku anta depa balik. Tidur dengan senyuman malam tuh. Rasa macam ade mercun meletup-letup atas kepala. Cewahhh...


Pertemuan ketujuh aku story next time pulak yea. Penuh sangat satu entry nanti aku yang penat nak baca. Haha. 


p/s: Semakin hari semakin sayang, doakan moga berkekalan. InsyaAllah..



Ahad, Julai 08, 2012

:: How I Met Mr Fiance (Part II)

Posted by wOrkshOp gUrLz at 11:03 PTG 0 comments

Assalamualaikum..


Dear Blog,
Aritu aku tak story abes pun kan pasal kisah tunang aku, and now aku continue balik seabes mampu. Let's began with.......


Pertemuan Kedua


Masa tuh, aku da start berkawan dengan dia tapi biasa-biasa je. Maksud biasa tuh, aku takdela letak harapan ape-ape pun sebab aku tahu lelaki ni makhluk Tuhan yang paling susah nak diramal. Kebetulan masa tuh along kawen, dan sebagai seorang kawan, aku jemput dia hadir walaupun aku tahu dia jauh. Oh yea, dia sebenarnye berkerja di Penang dan aku masih disini, Kuala Selangor. Berasal dari Perak Utara which is nak datang sini memakan masa hampir 4 jam lebih. 


Ok, back to the story, memula aku saje-saje je ajak tapi masa tuh aku paham je kalu dia tak mungkin dapat datang. Yelah, buat ape kot dia nak datang walhal kami mase tuh baru je 3 bulan kenal. Eh, 3 bulan kot, takkan kau nak membazir minyak and tol datang wedding kakak aje. Hish, kalu aku pun malas. Even dalam hati aku sangat-sangat berharap dia datang.


Dijadikan cerita, dia datang woo dengan cik iefa cousin dia tuh. Masa tuh adalah sedikit rasa berbunga-bunga, mau tak. Aku kan tak buleh kalu ade lelaki yang sweet-sweet macam ni. Bule cair ok. Sedangkan buntal yang duk cheras pun tak datang, dia yang dari penang bule tunjuk muka. See di sini sape yang lagi bersungguh. Kebetulan besoknya aku nak tunaikan umrah, Alhamdulillah satu lagi rezeki Allah. Seribu syukur.


Disebabkan perasaan malu plus kesibukan kenduri, aku takdela layan dia hebat sangat, seadanye je. Kesian jugak sebenarnya, yelah.. penat-penat datang dari Penang, aku buat macam tuh. Maaf yea incik izwan.. Tapi awak tahu kan hati saya.. teeheee...




Pertemuan Ketiga


Malam abes kenduri tuh, kitaorang sebenarnya jumpe lagi. Tapi kami beramai-ramai yea kawan-kawan. Lepak dekat kedai mamak area cheras, motif asal sebenarnya bff aku nak kasi pesanan dan doa before aku berangkat ke Tanah Suci, yea.. itu je pertemuan yang ade, sebabnye aku sangat busy dengan kelas yang tak abes-abes. Amanat doa yang dikirim depa cuba aku tunaikan sedaya mampu aku, insyaAllah.


Aku rasa, inilah first meeting yang kami memang duk berdepan, itupun lepas manaf suh changing place sebab aku seboleh-boleh takmo duk depan dia. Tak banyak borak pun, banyak duk pandang meja sebab aku dengan dia tak pandai sangat cakap sebab tak kenal sangat kot even aku ni actually banyak cakap.. hahahaha. Oh ye, kebetulan masa tuh mata aku bengkak sebab banyak sangat nangis. Aku stress kot masa tuh, Tuhan je yang tahu apa aku rasa mase tuh, takpe wa, beralah tuh baik.. insyaAllah. Tapi disebabkan dah janji dengan depa plus aku memang da tak daya nak duk umah, so aku pilih tuk kuar dengan muka yang sembap sangat. 


Jadinya, aku kira itu macam pertemuan terakhir sebab kita tak tahu kan ape yang bakal jadi masa tuh apatah lagi bila dah tahu, sebenarnya dia pernah aim orang lain dalam kalangan bff sendiri. Jadinya aku memang bersedia mental dan fizikal. Manalah tahu, kotnye aku  jadi batu loncatan tuk memikat kawan aku yang paling cantek ke. Wallahualam.


" Doakan saya bahagia dunia akhirat " Pesan awak masa saya nak berangkat..


Awak tahu tak, saya doa lebih dari tuh. Setiap sujud ketika itu saya sebut nama awak. Saya pun pelik, awak ni bukan sesape pun dalam hidup saya masa tuh tapi kenapa saya bawak nama awak ke Tanah Suci yea? Saya doa dijodohkan dengan awak, ok. Serius rasa pelik, saya tahu dalam hati saya ade sape mase tu tapi sebenarnya hati saya tipu rasa saya barangkali. Its complicated. Awak singkirkan dorang dengan cara tersendiri. Sedaya mungkin saya pikir, 


"eh, dari saya doa awak dengan saya, baik saya doa terbukanya hati buncit untuk saya"


Tapi tetap jua nama awak yang disebut, SubhanaAllah


"Ya Allah, jika Muhammad Izwan Ismail itu benar jodohku, satukanlah kami dalam rahmatMu. Jodohkan kami Ya Allah. Aku ingin dia yang menjadi imamku"  Speechless~~~





Kuasa Allah sape mampu duga, 3 minggu lepas aku balik umrah dia anta rombongan merisik. Sebenarnya kan, aku takut sebelum-sebelum tuh lagi. Aku takut kot sebab ade rombongan lain yang nak masuk meminang. Yea, insan yang tak hot macam aku masih ade kot yang nak masuk jarum. Plus, aku da start takut bilamana tersebarnya ura-ura ex aku si daus tuh nak bercerai dengan ayu. Aku tahu, dia akan kacau aku balik dan ianya benar-benar terjadi sekarang. 


Lepas balik umrah, panjang aku berpikir. Aku taknak dah kawan-kawan yang macam ape-ape. Maksud aku, kalu kau rasa kau macam nak serius dengan orang itu. Ok then, go ahead. Tapi kalu tak, ok stop mesej or mesej bile perlu aje. No heart feeling. Aku nak cara macam tuh, aci kan. 


So, disebabkan muka aku yang tebal ni. Aku tanya izwan direct, atas motif ape yea dia selalu mesej aku. Yelah, aku takmo kot tersuka kat sapa-sapa lagi. Yang dah lepas, lepaslah. Aku nak buang sorang-sorang kot. Dan aku memang da ready, kalu wan mase tuh tetibe kata dia anggap kawan je, aku memang da ready nak sekat terus hati aku. Yelah kawan je, kau takyah nak mesej lelebih. Full stop. Tapi bilamana dia kata, dia nak kenal aku dan nak serius, perghhh mase tuh rasa macam nak jatuh katil woo...


Sejak tuh, aku baru mula letak dia betul-betul dalam hati aku. Yea, sebab aku mencari yang ikhlas dalam perhubungan. Sejak dia bertapak, aku buang nama-nama yang lain. Sebab aku sangat mementingkan kesetiaan. Kalu bukan dia sekalipun, biarla aku yang setia, insyaAllah.


Sekian setakat ni, will be continue back, insyaAllah.....



p/s: kunci hati saya, awak yang pegang incik tunang, insyaAllah..




Sabtu, Julai 07, 2012

:: How I Met Mr Fiance (Part I) ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 4:29 PG 0 comments

Assalamualaikum...








Syukur Alhamdulillah masih hidup hingga saat ni. Terlalu banyak nikmat kehidupan yang Allah beri dalam hidupku, lalu nikmat mane lagi yang aku nak dustakan. Rasa insaf akan dosa sebab aku hanya meminjam bumi yang sememangnye milik Allah. Bersyukurla wahidah, bersyukur..


Hurmmm.. aku bagitau nama aku, hish tak takut ke? btw, takde ape lagi yang ditakutkan, even sepanjang blog ni dibuka, xde skalipun aku reveal nama aku melainkan disamarkan. Eh, sbenarnya mood aku sudah datang, so rasa macam nak cite pasal incik tunang. Errmmm, macam mane aku bule kenal dia yea.. Ramai jugak kawan-kawan yang duk tanya soalan yang sama macam ni. Maklumla, aku tak pernah pulak heboh2 ade pakwe ke ape ke, tetibe dengar dah nak bertunang. Saje je buat surprise yea kawan2.


Muhammad Izwan Ismail, mengenali dia taklah lama mane. Ahhh, kenal yg dulu2 pun lama jugak, tapi ending tak kemana. Jadinya rasa serik tuh masih ada. Kalu ade yang kata aku terlalu terburu-buru. Meh sini aku nak kabar, kalu ade seorang lelaki yang gentleman datang jumpa mak ayah meminang anda terus, plus punyai peribadi yang baik, rasa2 bule cair x? Kalu x, mungkin aku ni jenis wanita tipikal zaman dulu kot..tuh yang bule cair kan...haha.. Ok, let started how i meet him..



Pertemuan Pertama (1/1/2012)


Mase tuh iefa bertunang, as her bff, surelah aku nyibuk2 kan.. Dalam duk sibuk pandang iefa make up, sempat lagi minah ni cakap yang cousin dia yg dah lama dia nak kenalkan kat aku ade dekat majlis dia ni. Oh yaa, FYI, iefa memang da lame niat nak kenalkan aku dengan one of cousin dia since peristiwa heart broken aku dulu2. Kriteria dia harusla memenuhi ape yang aku listkan pada dia. haha.. Aku kan punya cita-cita untuk mencari seorang mukmin yang mampu menjadi imamku satu masa nanti. Teringat satu pujangga yang aku simpan kemas dalam catatanku. Yea, seperti inilah insan yang ku cari, insyaAllah.


"Aku ingin mencari cinta sejati yg boleh membawa aku ke jalan Ilahi.Aku ingin menjadi makmum kepada seorang imam.Aku ingin menjadi sayap kiri kepada seorang khalifah.Aku ingin menjadi seorang pendengar kepada seorang da'ie.Aku ingin menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid.Aku ingin memberikan cintaku kepada seorang insan yg mencintai Allah lebih dari segalanya"


Back to the story, mase tuh dayang angkat dulang takde, so kami bff dia ni pun bertugasla. That time still tak nampak dia lagi, first time aku nampak dia, mase nak amek makanan nak makan. Aku sorang-sorang je mase tuh. Yelah, aku kalu lapar mane nak pikir orang lain, tambah-tambah aku jenis tak kisah kalu duk sorang-sorang. Dijadikan cerita, masa nak duduk tu, ade seorang lelaki pakai tshirt biru, berkaca mata. Zaaasss, mata aku terpanah [dalam hati duk komen, perghhh mamat ni ensem gak ek..teeheeee]. Masa tuh, aku ingat lagi, ayat pertama yang terkuar dari otak aku mase nampak dia tu.




"Eh, ni ke jodoh aku yea"

Ko takyah nak mengada-ngada yea wahidah, kau bajet kau ni irma hasmie ke? tapi serius beb, memang tuh yang terlintas dalam otak dan hati aku mase tu. Eh, selama aku berkawan bertahun2 dengan orang lain, tak pernah pulak aku rasa macam ni ok. Siap ade rasa yang dorang tuh bukan untuk aku lagi. See, dorang memang bukan tuk aku pun..



Aku pun makanla sambil bersandar dekat tiang yang dekat dengan dapur. Otak duk pkir, mana pulak kawan-kawan aku yang lain pi ni.. Cisss, yang lain-lain tu lemah gemalai, so perjalanan nak makan mereka agak slow. Aku kan jenis selamba je, so mase makan tu sebenarnye dia pun duk bersandar sebelah aku.. Tapi jaraknye agak jauh yea kawan-kawan. Hati duk bunyi dug dag dug dag tapi still den control macho..hahaha. 


Tetibe, ade sorang budak ni datang dekat si dia ni. Nampak macam sangat rapat, macam ayah ngan anak. Alah, si dia bukanla muka seperti kanak-kanak hinggakan aku takleh nak assume kalau-kalau dia sebenarnya suami orang. Lihat di sini, sempat kan aku berpikir macam2 walhal bukan aku tahu pun sape dia tuh. Sangat gatal kau kan wahidah. ~~ PEACEEE~~~


Setel cik iefa dengan bff makan, kami duk berkumpul tuk berborak before sesi bergambar. Masa tuh, aku da alih tempat duk sebelah eifa which is setentang dengan dia. Dalam hati da tak heran da sebab duk ingat dia suami orang. Helo, tak mainla suami orang, kalu bule elak, insyaAllah dielakkan.. Then, iefa duk bisik dialah sebenarnya cousin yang dah lama nak dikenalkan.. Soalan pertama yang kuar dari mulut aku mase tuh.


"Tuh bukan anak dia ke tuh" aku tanya 

"Oii, anak buah diala" iefa jawab


Yess, aku ada chance.. tapikan masa tuh, bff lain yang nampak macam sedikit excited. So, atas dasar rasa rendah diri atas kekurangan diri. Konon-konon aku beralahla.. Dalam hati, getar jantung taknak stop woo.. ***blushing***
Masa nak balik tu, bule tak bff ni pi pedajal aku dengan panggil si dia kuar. Aku pulak mase tuh memang low confident sangat2 sebab bff aku cantik, mana mungkin izwan tu pandang aku kot. Aku pun berlalu pegi tinggalkan depa sambil depa duk panggil2 nama aku. Oh, memalukan diri sendiri sekali lagi, tak mungkin kot. Baru nak heal kot mase tuh..






NEXT EPISOD


Seminggu lepas tuh, izwan add aku kat facebook. Secara positif, aku duk pikir dia dah add facebook bff yang lain-lain skali. Hampir tiga bulan kami berkawan thru facebook sebelum kami berjumpa tuk pertemuan kedua. Kebetulan masa tuh, along kawen dan esoknye aku bakal menjadi tetamu Allah [oh akan ade entry tentang tanah suci satu masa nanti, insyaAllah]. Untuk melakukan umrah, persiapan harusla ada dan lengkap yea. Mase tu, aku memang terlalu banyak kekangan masa. Tak sempat nak belajar, jadinya aku banyak bertanya pada orang-orang sekeliling termasukla dia. 


Aku beri buku soal jawab umrah kat dia mintak tolong baca dan terangkan sebab aku memang terlalu busy, plus he willing to help me, Alhamdulillah. Thanks to him. Bermula situlah kami bertukar number telefon tapi kami hanya mesej je yea kawan-kawan. Itu pun kadang-kadang je bile penting. Dipendekkan cerita, dia hadir mase along kawen. Helo, dia keje penang ok, kome rasa aku tacink tak kalu ade orang sudi datang jauh-jauh macam tuh. Mak terharu nak...hehehe...


OK, setakat ni dahulu yea.. pertemuan kedua akan distory nanti, kalu compile sekali, nanti muntah den nak scroll ke bwh..hehehe..


Rabu, Julai 04, 2012

:: Eh, tuh kisah lamala ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 2:45 PG 0 comments

Assalamualaikum....


Fuhhh fuhhh... berhabuk sudah blogku ini. Maaf blog, banyak sangat kerja sampai hampir setahun aku tak semak kau kan blog. Nak delete post-post lama, sayangla pulak. Buleh buat kenang-kenangan, nampakla sket yang mana aku matang, dan yang mana aku langsung terbuai dan terikut ikut dek emosi.. Sian kau workshopgurlz.. hahaha. Tapi aku tahu, dengan blog nilah buat aku rasa, 

"Eh, mende ni pernah jadi ek"

"La, kau buta yea sampai buleh suka kat dia lama-lama. Kau buang masa, tahu???"


Serius rasa pathetic dengan diri sendiri. Buang masa bertahun sebab duk tunggu orang yang sama walhal orang tuh sikit pun tak heran dengan kau. Btw, dia bukan ensem macam aaron aziz pun sampai kau duk gile meroyan lama-lama weiii.. owh pleaseeela... wake up girls.. [mood rasa macam nak tampo diri sendiri..yeeeaaaa]


Ermmm.. Tahun 2012 ni, aku rasa macam banyak sangat benda yang da jadi. Ada yang positif, ada jugak yang negatif.  Kalau nak hupdate dalam satu hari, mau tak tido aku malam ni. So, aci jelah kalau aku stori ikut mood aku yang selalu je takde. Oh yea, aku sudah bergelar tunangan orang, syukur Alhamdulillah. Tunang kepada seorang lelaki yang aku sendiri tak sangka. Terlalu cepat masa berlalu kan.. OMG, adakah maksudnye aku jugak da makin tua. *** dengan mood perasan muda. kuahahaha***


Sebelum aku nak story pasal tunang aku ni. Aku rasa better aku simpulkan ape yang dah jadi pada buntal dan buncit, ye dak?? 


BUNTAL:   Dia dah selamat menjadi seorang ayah pada anak yang diberi nama Nur Iman Damia. Tahniah buntal. You see, hikmah Allah yang kite dah nampak nih. Syukur Alhamdulillah, kau masih kekal menjadi sahabatku sekalipun kita masih punyai jurang yang sangat jauh.  Aku bangga bilamana kau tak pernah lupa akan kewujudan aku dimuka bumi Allah ni. Persahabatan yang cukup aku hargai, insyaAllah...


BUNCIT:   Biarpun dia jauh, aku tak pernah jemu untuk tahu perkembangan terkini dia. Loser jugak bile sanggup stalk facebook dia semata-mata nak tahu kabar. Dia dah punye seseorang yang juga merupakan classmate dia zaman study dulu. Ceh, aku ingat dia nak pilih macam lisa surihani ke, maya karin ke, tapi rupanya taste dia biasa-biasa je. Harapkan demand je melangit..ptuiihhh... 

Dia ni memang manusia pelik, aku pun duk pikir, napelah bule tangkap cinta separuh nanar dengan mamat ni dulu. Dahla kata-kata dia selalu sangat menyakitkan hati aku. Yang buat tambah garam tuh, kalu dia komen facebook aku, ade je ayat dia yang kasi bakar. Apa dia lupe ke, sekurang-kurangnya kami pernah kamceng satu masa dulu. Ok fine, let him go, toksah nak compare dia dah dengan sesape. Jadikan itu pengajaran ok...


**************************************

Tamatla kisah depa, tanda berakhirnya kisah cinta dahulukala yang manis tuk dikenang and ada gak yang pahit nak diingat. Bermulala lembaran baru kisah cinta aku dan incik tunang. InsyaAllah akan distory later bila masa tak cemburukan aku.. teeeheee...





p/s: Kadang- kadang ALLAH sembunyikan matahariDIA datangkan hujan petir.... kita duk cari-cari ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi... SMILE..... 




 

~Workshopgurlz~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea