Rabu, Julai 18, 2012

:: Moment yang terindah ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 6:53 PTG



Assalamualaikum….


Dear blog,
Entry umrah masih tergendala, meh sambung kat entry ni yea.
Berada di Tanah Haram, moment yang cukup indah. Menangisla airmata banyak mana pun, tak mungkin dapat ganti perasaan tika tuh. Sungguh aku berharap, biarla nyawa dan jasadku bersemadi di sana. Di bumi anbiya, tanah yang dijanjikan tidak akan dimasuki Dajjal.





Sampai di bumi Madinah, terpikir-pikir sejarah Rasulullah SAW. Kerdilnya aku kalu nak dibandingkan dengan baginda. Jauh sangat kot. Peribadi insan yang cukup mulia, Rasulullah junjungan kita. Bumi Madinah, bumi yang sejuk, nyaman, sangat tenang, tanah yang tenteram. Masjid Nabawi yang cukup cantik. Rindunya~~~~~


Aku rindu suasana Raudah, karpet hijau yang menjadi idaman setiap jemaah yang hadir. Biarpun perlu beratur, aku tak kisah asalkan dapat ku jejak kaki di sana. Di sebelah itulah letaknya makam Rasulullah. Kawasan raudah bagi nisa’ agak kecil jika dibandingkan dengan para rijal. Jadinya ape je ruang yang ade, harus dimanfaatkan dengan secukupnya. Pantang ada ruang kosong, buatla solat selagi yang terdaya. Bagi rijal, depa buleh masuk kawasan raudah bila-bila masa je tetapi buat nisa’, ada masa-masa tertentu, selepas isyak dan di sebelah pagi je. Raudah tuh kan taman-taman syurga, antara tempat yang dikatakan mustajab doanya, insyaAllah.









Imam di masjid Nabawi, suaranya lebih lembut dan tenang. Bacaannya memukau. Tangisan disubuh hari kerap kedengaran, jadinya para jemaah pun terasa sekali. Setiap laluan di kawasan masjid disediakan tong-tong air yang berisi air zam-zam. Patutla hati macam rasa lebih bersih, mau tak. Minum air zam-zam setiap hari, sambil tuh berdoalah agar disucikan hati yang kotor tu kan [pesanan ni lebih merujuk pada diri sendiri tau]. Masjid Nabawi ni besar, punyai banyak tiang menara yang berbeza. Setiap tiang tuh punyai nama dan kisahnya tersendiri. Oh yea, di sinilah letaknya jasad rasulullah dan para sahabat. Di sini jugak letaknye perkuburan baqi’ yakni tanah perkuburan setiap para syuhada yang syahid di jalan Allah.


Hurm.. panjang sebenarnya kisah semasa umrah ni. Pasti akan ku sambung cerita ini satu ari nanti semula. Sedang mengumpul kerajinan disaat terlalu banyak kerja lain. InsyaAllah. Kbai...


p/s: hanya gambar yang menerangkan bicara hati

0 comments:

 

~Workshopgurlz~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea