Selasa, Julai 17, 2012

:: Hajat Yang Tertunai ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 6:26 PTG


Assalamualaikum


Dear blog,
Hampir 4 bulan berlalu sejak aku balik dari Bumi Anbiya. Hingga la nih, masih terbayang bau dan suasana di sana. Satu lagi anugerah yang tertunai, Alhamdulillah. Bila semak balik kotak hajat yang pernah aku isi satu masa dulu, rasa macam semua hajatku Allah dah makbulkan. Terasa macam diri sangat kerdil bilamana terpikir apa je yang dah aku buat sebagai hambanya. Bersyukurla wahidah. Nikmat Allah terlalu luas buatmu.


Kotak hajat?? Ape tuh?


Dulu mase kursus SPIES, motivator tuh pernah cakap. Manusia nih selalu je merungut dan tertanya-tanya nape Allah tak tunaikan permintaan seseorang tuh. Lalu dia ajar satu cara ni.
Balik rumah, sediakan satu kotak kecil. Setiap kali kite ade sesuatu hajat, tulis atas sekeping kertas kecil then tulis tarikh dan tahun atas kertas tuh bila ianya harus dibuka. Stapler dan masukkan hajat tuh dalam kotak tadi. Simpan kotak tuh jauh dan make promise jangan bukak hajat tuh selagi masanya belum tiba. Dalam masa yang sama, berdoala tanpa henti pada Allah.


Balik je dari kursus, aku buat cara ni. Aku tulis hajat-hajat yang aku impikan. Tulis tarikh, stapler kemas-kemas dan masukkan dalam kotak. Dalam masa yang sama aku berdoa agar ianya tercapai. Bulan berganti, tahun pun berubah. Kotak tuh ntah mana-mana je aku letak sebab pindah rumah kan. Satu hari ni, kebetulan masa tuh aku teringat akan kotak hajat tuh. Punggah almari dan tttteeeengggg, jumpa jugak kotak tuh yeayyy. Bila tengok atas kertas tuh, nampaknye dah lepas due date.


Masa bukak tuh, serius rasa nak menangis. Banyak rupanya yang dah tercapai. Syukur Alhamdulillah. Antaranya, aku dapat sambung study, dapat tukar job post title, dapat buat umrah, dapat jumpa seseorang yang insyaAllah bakal menjadi imamku. Pendek kata, semuanya dah terlaksana. Samada cepat atau lambat je. Ya Allah, sungguh besar rahmatMU. Perancangan Allah sapa yang dapat duga bukan.





Umrah, satu perkara yang tak mampu aku ungkap dengan kata-kata. Hajat sebenarnya nak pegi dengan mak ayah lalu aku buat loan bank sebab memang nak bawak dorang sekali. Sebelum buat loan tuh, aku dah abes baca, adakah ianya halal pegi tunaikan haji atau umrah menggunakan duit pinjaman. Jawapannya: selagi ianya pinjaman berkala, insyaAllah dibenarkan.


Seruan itu milik Allah, Dia berhak memanggil siapa yang diinginiNYA untuk bertapak di bumi Anbiya. Walau sekemas mana perancangan, jika belum sampai seru. Bukan jugak rezeki mereka.


Aku ingat lagi, masa tuh aku dah hampir putus asa. Beriya-iya aku cari agensi dan tarikh-tarikh yang sesuai nak bawak dorang sekali. Masih terimbau reaksi ayah masa aku hadiahkan buku travelog haji dan Kembara Hati di Tanah Suci. Aku tahu ayah sangat gembira. Dia excited. Jadinya aku jugak excited. Ditakdirkan, along bertemu jodoh dan kerana itu mak ayah tangguhkan hajat sebab depa nak pakai duit tuk kenduri dan kebetulan cuti mak limited. Arwah pakcik pulak mase tuh kebetulan tengah sakit, lalu mak berulang-alik balik kampong. Semuanya kebetulan.


Aku ajak ayah pegi, tapi ayah tak mahu pegi tanpa emak. Sebak sangat sampai aku terbawa-bawa dalam mimpi. Aku ingat mimpi tuh, saat tuh aku berada di dalam hotel di Tanah Suci. Dalam keadaan bertelekung, aku menangis sebab aku pegi tanpa mak ayah sambil memandang sayu jemaah yang sedang melaksanakan setiap ibadah mereka di Tanah Haram. Aku menangis sampai tersedar. Biarpun ralat, aku terima keputusan mak ayah. Sebagai anak, janji tetap dikota. Kalupun aku tak boleh bawak depa pi umrah. Moga dengan duit tuh, depa dapat pi haji. Aku daftarkan haji buat mereka. Tak banyak pun, sekadar mampuku.




Sekali lagi, Allah murahkan rezekiku. Ex-housemate kebetulan ada conference di Jeddah. Kak Fuza offer ajak saing alang-alang dia ada conference,  buat sekali umrah. Aku memang terus setuju sebab peluang tak datang dua kali kan. Tanpa mahram, seorang wanita itu agak sukar nak masuk Tanah Haram. Jadinya, nih peluang yang aku sebab ade mahram tumpang. Syukur sekali lagi. Masa tuh rasa nak buat sujud syukur berkali-kali. Tapi…….


Kali kedua aku kecewa, bayangkan dalam keadaan aku sangat excited. Pasport dah siap, suntikan dah nak ready, tetibe tiket flight clash dengan tarikh along kawen. Tarikh da tak buleh ubah sebab kebetulan cuti sekolah jadinya flight majority fully booked. Mase tuh rasa macam harapan hampir punah. Ikut hati memang nak pegi je umrah tuh, tapi aku tak mungkin akan pegi dalam keadaan mak ayah tak sokong. Aku kenal mak ayah, aku tahu hati dorang. Aku tak mahu buat ibadah dalam keadaan lukakan hati mak ayah, jadinya aku tolak sekali lagi tawaran tuh.


Tapi, rezeki Allah mana mampu kite duga. Kalu dah sampai seru, aku sahut seruanMu Ya Allah. Berkat pertolongan ex-housemate dan kawan-kawannya yang mahu aku ikut serta dalam rombongan tuh. Dorang usaha jugak sampailah jumpa satu agensi ni, biarpun sedikit mahal asalkan tarikhnye selepas along kawen, ianya dah memadai. Syukur Alhamdulillah, sekali lagi dipermudahkan.



p/s: hatiku tertinggal di bumi anbiya, sangat rindu~~~~~

0 comments:

 

~Workshopgurlz~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea