Khamis, Disember 18, 2014

:: Turning 1 Year soon ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 2:46 PTG 0 comments




- si comel ummi-

Assalamualaikum...


Lagi 23 hari, Hasya dini dah nak setahun. MasyaAllah cepat betul masa berlalu. Ummi tak sangka sekejap ni masa berlalu. Kalu ikut bulan islam, 9 rabiulawal akan jatuh pada 31 Disember 2014 ni. Maka lagi 2 minggu hasya dini berumur setahun. yeayyy... alhamdulillah.


Nur Hasya Dini,
Ummi mintak maaf nak. Ummi belum mampu nak buat event besar-besar untuk celebrate birthday awak. Masa ummi blogwalking or tengok fb kawan-kawan yang celebrate birthday setahun anak masing-masing dengan buat party bagai, yang simple pun ada. Ummi jealous, tapi apakan daya ummi dengan abah belum cukup mampu. Duit yang ada sekarang ni, ummi dengan abah simpan nak beli rumah. Ummi dengan abah taklah kaya mana. Cukup untuk hidup sekarang je. haha... Takpe, as a reward, ummi belanja kek pisang yea sayang.




Nur Hasya Dini,
Kali ni, niat ummi nak throwback urself before your turns 1. Sebab ummi rasa tersangat rindu pada anak ummi ni. Ummi mintak maaf sebab lately ni kerap marah-marah awak. Ummi takde niat langsung. Sape suruh gigit nenen ummi, awak tahu tak sakit. Sakit bababasss...Tapi ummi paham, awak ingat tu cara nak ajak ummi bergurau sebab tiap kali awak gigit nenen, pastu tu mesti awak melonjak happy.
-__-''


Nur Hasya Dini,
Mengandungkan awak sangat mudah, Ummi start loya bagai tu pun bila dah start 2nd semester pregnancy until end. Takla dashyat sangat pun. Takat muntah masa gosok gigi, muntah lepas makan. Itu je. Alhamdulillah, mudah. TAPI.... ummi sangat kuat makan, asik nak makan tanpa henti. Nasib tak gemuk mana. Bhahahhaha. Mengidam tuh takdelah over sangat pun. Takat nak makan rainbow cookies, last-last dapat makan lepas pantang. Patutla air liur awak asik nak meleleh je.. Hahahahahah...


Masa awak 5 bulan, awak tak berapa sihat. Suspect acute bronkitis then kena warded dekat KPJ Shah alam. Ummi ni seboleh-boleh taknak kasi awak ubat apatah lagi masuk hospital bagai ni. Ummi tryla segala kaedah remedi tapi nampak macam tak berapa berhasil. Maybe ummi yang tak konsisten atau ummi yang tak tau cara yang betul. Dalam duk tahan-tahan awak tuh, lastly nafas awak dah start berat. Masa tuh abah awak outstation. Tak senang hati ummi, nak. Bila awak dah start demam. Masa tuh ummi dengan abah decide nak bawak jumpa paed jugak. Biarlah dekat hospital. Oh before tuh, ummi dah bawak awak jumpe 2-3 orang paed, cuma mungkin belum masa awak untuk sembuh. Belum masa... 






Balik je abah dari outstation,  kita pegi KPJ, jumpa doktor awak. Datuk Dr Zul, Ummi suka Dr zul ni sebab dia breastfeeding friendly and strict sket pasal ubat pada baby. Masa dia check awak, dia kata 'lung' awak dah penuh kahak. Masa tu ummi start sedih. Ummi ni lembap sangat ke buat keputusan nak bawak awak jumpe speacialist? 
Nope, 
ummi cuma takmo awak didedahkan dengan medicine drug too early. Sebab ummi sangat sayang awak. Awak kena tahu tuh.




 5 ari dalam ward, ummi sangat runsing. Ummi amek EL demi temankan awak sayang. Dapat pulak 4 bedded, rasa tak selesa sungguh. Dahla masa tuh bulan puasa. Berbuka bersahur dengan abah dalam hospital. Nasib masa tuh KPJ tak strict sangat nak kasi abah tido sekali. Sekarang, seorang je boleh teman melainkan bilik single. HUH!!!!


Part yang sampai sekarang ummi tak sanggup, masa awak kena suction. First time tengok, airmata ummi non stop. Abah takde masa tu sebab kerja. 3 arilah ummi kena tengok awak suction. Sakitnya ummi tak mampu nak tolong. Kesian awak hasya dini. Bila awak discharge masa hari ke 5, wah.. rasa bahagia sungguh ummi. Next ummi sambung ek. Penat taip...
kbai...


-ummi-



 -lepas kena neb-
















Rabu, Disember 03, 2014

:: Throw back (Nur Hasya Dini) ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 4:26 PTG 0 comments


Assalamualaikum.....

Arini niat nak bubuh gambar Nur Hasya Dini banyak-banyak. Buat back up kalu henpon 'hang' or PC ummi corrupt. Alhamdulillah hingga saat ni masih diberi peluang untuk menyusu dini. Moga Allah beri ummi dan awak rezeki untuk menyusu sampai awak cukup umur 2 tahun, insyaAllah.


Nur Hasya Dini,
Awak tahu tak yang awak ni kuat minum. Bukan tu je, awak kuat makan. Lasak. Tapi ummi tetap sayang awak. Janji awak sihat, ummi dah cukup bahagia. Jaga awak masa awak kecik sangat mudah. Awak tak banyak ragam. Awak nangis bila lapar atau kalu pampers da penuh. Sekarang awak da 10 bulan. Lagi 7 ari awak 11 bulan, InsyaAllah. MasyaAllah cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru semalam bersalinkan awak.



- Masa ni awak dalam pantang. Orang cakap awak gelap macam ummi. Alhamdulillah -



*********************************************************************************



 Nur Hasya Dini,
Nampak wajah awak kuning masa ni. Alhamdulillah awak jaundice yang tak tinggi. kalu tak silap ummi, bacaan awak selalu bawah 200. Ramai cakap, kalu parent darah O+, possibility jaundice for baby very high. Kebetulan, ummi abah pun dua-dua darah O+. Tapi mungkinlah tak tinggi sebab masa ni awak terpaksa minum susu tepung sebab susu ummi baru nak develop. 


Ada yang cakap, nak turunkan kuning. Titiskan susu kambing, tapi ummi teringat cerita pasal sorang makcik ni masa ummi bawak awak pegi hospital tampin. Kuning anak dia tinggi, pastu dia kasi susu kambing. End up, anak ni kena buat transfussion blood. Maka, ummi tak berani nak cuba. Atok jemur awak pagi-pagi pastu wan mandikan awak dengan herba cina je, as an alternative nak hilangkan jaundice awak.

 


 Nur Hasya Dini,
Masa awak dalam pantang, awak suka nangis kalu tak dapat mengendeng. Maka ummi terpaksa kasi awak puting. Ummi tak dapat nak kelek awak 24 jam sebab luka jahitan ummi tak sembuh-sembuh. Masa pantang, ummi selalu dalam mood baby blues. Kadang-kadang kerap nangis sebab ummi stress luka episiotomi ummi lambat baik. Sampai tertetas sebab ummi lasak sangat. Ummi takut kena jahit balik. Ummi serik.


Ummi bersyukur ummi ada abah. Abah terlalu baik, terlalu istimewa. Kalu sakit masa bersalin, sakit lagi masa nak jaga luka episiotomi. Mungkin ada orang yang dipermudahkan, tapi rezeki ummi masa tuh sakit kot. Alhamdulillah. Kalu tak sakit, ummi takkan sedar yang abah terlalu baik kot. kan kan... Terima kasih abang!


Ummi berterima kasih sangat pada wan (emak) dan atuk (ayah). Sebab jaga ummi sepanjang sebulan. Atuk yang jaga awak, tahu tak? Atuk mandikan, atuk bawak jalan. Wan keje, kesian wan. Terkejar-kejar.. Tapi wan masakkan ummi rendang pegaga. Super sedap..  Terima kasih mak ayah. Sayang kalian...


Genap sebulan, ummi request balik sebab ummi tak tegar jauh-jauh dari abah. Yea, ummi memang mengada-ngada sebab tak boleh jauh dari abah. Ummi rasa kosong tanpa abah. Kalu boleh, setiap hari ummi nak abah ada kat sisi ummi. Abah punca nafas ummi berhembus.


Dalam masa yang sama, ummi dah start kelas. Ummi pegi kelas dalam keadaan masih pantang. Dengan stokin lagi ummi pegi kelas. Awak pulak, stay dalam kereta dengan abah. Sampai sekarang terkadang awak follow ummi pegi kelas. Awak budak pintar. Kechik-kechik dah masuk Universiti. Ummi doakan awak berjaya dunia akhirat. Aminnnnn.


Nur Hasya Dini,
 Nur = Cahaya
Hasya = Kesempurnaan
Dini = Petunjuk 

Nama awak ummi pilih sebab ummi nak awak jadi penunjuk arah kepada cahaya yang sempurna buat ummi dengan abah. Abah ajar ummi supaya selalu baca surah luqman agar awak jadi anak yang terpelihara dan bijaksana. Ummi tak mintak lebih dari awak, nak. Ummi cuma nak awak jadi muslimah sejati yang sentiasa memelihara iman. Ummi nak awak jadi penyebab ummi dengan abah masuk syurga. Ummi bangga kalu satu hari nanti awak boleh berbakti pada agama. Berjayalah kamu dunia akhirat anakku. Ummi dengan abah akan selalu doakan awak. Sihat-sihat je yea sayang. Ummi sayang dini.


Ikhlas
-Ummi-



 








Jumaat, November 28, 2014

:: Melangkah ke hadapan ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 3:26 PTG 0 comments



Assalamualaikum.....

Pejam celik pejam celik, dah setahun berlalu. Aku dah jadi seorang isteri kepada lelaki yang paling kacak di dunia (***muntah****), ummi buat seorang anak dara yang comel dan masih lagi seorang pelajar yang masih ade 2 tahun lagi nak abes.

Setahun jugak aku tak tulis pape sebab sangat bizi uruskan kehidupan yang tak bizi pun.... bhahahaha....
Ni pun niat nak tulis balik sebab aku nak jadikan blog ni memori buat suami dan anak-anak aku andai aku dah takde kat dunia ni lagi. So, buat suamiku Muhammad Izwan (ummi tak tahu kalu abang masih baca ni) dan khas buat Nur Hasya Dini, ummi sayang kalian. Ingat ummi dunia akhirat wokeh...


Maka, buat kali pertama. den nak upload gambo sendiri bersama suami yang dicintahi..... errrr silap. dicintai...  uhuks...

- hensem kan suami titew. whoaaaaa-

 Buat anak ummi..... Nur Hasya Dini binti Muhammad Izwan. Dini adalah anugerah Allah yang paling indah dalam hidup ummi. Ummi tahu hasya dini pinjaman Allah untuk dunia yang fana ini, tapi ummi harap, biar hasya dini jadi pembantu ummi di akhirat kelak. Bantu ummi nanti yea sayang. 

Nur Hasya Dini,
Awak tahu tak. Allah kurniakan awak dalam hidup ummi abah dalam sekelip mata. Bunting pelamin kata orang. Alhamdulillah. Dahla masa tu, ummi abah masih lagi PJJ (perkahwinan jarak jauh). Perghhhh... sangat mencabar wokeh. Biarpun ade yang annoying dengan ummi sebab kerap nangis masa tu. bhahahahah.. Yelah, dahla jauh dari family sendiri. Jauh dari suami. Mengandung pulak tuh. Weekend pulak ade kelas. So, masa bila ummi ngan abah buleh jumpe kan kan kan... So masa itu, cengeng je keje ummi. Sampai abah hang naik stress... Whoaaa....


 
 - first time ummi tengok awak. ummi excited -


 - awak tido serupa gaya ummi -


Nur Hasya Dini,
You're an expected deliver on 14th January 2014, a day of maulid nabi but you finally born on 11 January 2014 bersamaan 9 Rabiulawal 1435H , 3 ari sebelum maulidur rasul. 

Ummi masih ingat saat tu, masa lebih kurang pukul 10 malam 10 januari 2014 (ingat sangat sebab masa tuh tengah excited nak tengok maharaja lawak). Lokasi kedai makan shah alam 2. Ummi dah start rasa mild contraction. Mengigil-gigil tahan sakit. Terus ajak abah balik rumah.

Ummi masa tuh tak boleh nak tido. Tengok maharaja lawak pun tak gelak. Lebih kurang dalam pkul 1 pagi camtu, ummi dah start keluar darah. Ummi kejut abah, abah punya panik macam ape je. Yang tak menahan tu, tido abah tetap lena lepas ummi cakap ummi masih mampu tahan. Abah ooo abah... bhahahaha...

Ummi kejut abah dalam pukul 4 lebih sebab nak ajak makan mcD, kau mampu... Sempat kan nak makan bukan-bukan last minit ... Pastu baru pegi Putra Medical Centre (PMC Sg buloh). Sampai je PMC, ummi warded. Masa tu ummi cool lagi. Boleh main wass up lagi dengan adik beradik. Tapi lepas Dr Ratna pecahkan ketuban (pakai alat macam pembaris panjang yang tajam) around pukul 8 pagi camtu. Terus ummi campak hanset demi menahan sakit yang tak mampu nak diucap dengan kata-kata. 

AllahuRabbi, 
Sakit memang sakit, terlentang tak selesa, mengiring tak kena. Pendek kata, nak buat ape semua serba tak kena. Sakit yang tak sama dengan ummi bayangkan. Airmata duk mengalir, semua zikir duk keluar. Nak menunggu 10 cm punya seksa. Tengok jam macam tak bergerak langsung. Alahaiiii..... Nasib ade abah, abah banyak sokong ummi. Terima Kasih abah.

Yang paling ummi tak boleh lupa, nak masuk tiub kencing. Ngilu pedih. Menyesal ummi cakap nak terkencing. Kalu ummi tahu, ummi kencing je atas katil... hahahhaha... Ummi mintak ubat tahan sakit. Nurse kasi pastu suruh tido. Tapi mata ummi takmo tido langsung.  Nurse cakap, kalu ummi tido, mesti kurang rasa sakit. Tapi apakan daya. Ummi resistant ubat tu kot. Masa 9 cm, ummi dah start rasa nak meneran. tapi nurse tak kasi sebab katanya servicks ummi bengkak. Kalu servick bengkak, kita tak boleh teran, kena tunggu sampai bengkak surut.

MasyaAllah, 
Tak mampu nak tahan masa tu. Rasa macam nak mintak belah perut je tapi sebab kewangan kita tak stabil masa tu, ummi cuba bertahan. Dalam keadaan 9 cm, ummi kena tahan diri dari tak meneran walhal memang rasa awak dah nak keluar sangat. Ummi merayu dekat nurse, nurse tolong setakat mampu. Tapi bengkak masih tak surut. Tisk Tiskkkk.....Ummi mintak panggil Dr Ratna jugak sebab ummi dah tak larat.

Masa Dr Ratna datang, ummi da start takde daya. Kena gunting ke ape ke semua dah tak rasa. Tiga kali push, tak berjaya sebab ummi dah takde tenaga. Abah kata ummi salah teran. bhahahha... Yelah, dah tak tahu nak beza. Sakit giloooo babas. Last-last, vacuum. Puuummmmm.... Terlepas... sebab ummi tarik nafas. 

Abah tenangkan ummi. 
"Kepala anak dah nampak ummi, sikit lagi"

Vacuum kali kedua.... Tarik nafas dalam-dalam macam esok dah takde untuk ummi and Finally.. Alhamdulillah, Nur Hasya Dini keluar dengan selamatnya. 

"Abang, anak kita"

Abah gunting tali pusat awak pastu ummi terus zzzzzzzzz......
 nasib baik jahit bawah pengaruh ubat... Alhamdulillah.. Lega satu sakit tak payah rasa. kehkehkeh..



Inilah wajah kesayangan hamba...
Berat lahir : 3.6 kg
Ukur lilit kepala : 38cm
Pukul : 1 .34 tengahari.


- si kembung air, bak kata abah -













ikhlas

-Ummi -
 

~Workshopgurlz~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea