Rabu, Disember 03, 2014

:: Throw back (Nur Hasya Dini) ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 4:26 PTG


Assalamualaikum.....

Arini niat nak bubuh gambar Nur Hasya Dini banyak-banyak. Buat back up kalu henpon 'hang' or PC ummi corrupt. Alhamdulillah hingga saat ni masih diberi peluang untuk menyusu dini. Moga Allah beri ummi dan awak rezeki untuk menyusu sampai awak cukup umur 2 tahun, insyaAllah.


Nur Hasya Dini,
Awak tahu tak yang awak ni kuat minum. Bukan tu je, awak kuat makan. Lasak. Tapi ummi tetap sayang awak. Janji awak sihat, ummi dah cukup bahagia. Jaga awak masa awak kecik sangat mudah. Awak tak banyak ragam. Awak nangis bila lapar atau kalu pampers da penuh. Sekarang awak da 10 bulan. Lagi 7 ari awak 11 bulan, InsyaAllah. MasyaAllah cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru semalam bersalinkan awak.



- Masa ni awak dalam pantang. Orang cakap awak gelap macam ummi. Alhamdulillah -



*********************************************************************************



 Nur Hasya Dini,
Nampak wajah awak kuning masa ni. Alhamdulillah awak jaundice yang tak tinggi. kalu tak silap ummi, bacaan awak selalu bawah 200. Ramai cakap, kalu parent darah O+, possibility jaundice for baby very high. Kebetulan, ummi abah pun dua-dua darah O+. Tapi mungkinlah tak tinggi sebab masa ni awak terpaksa minum susu tepung sebab susu ummi baru nak develop. 


Ada yang cakap, nak turunkan kuning. Titiskan susu kambing, tapi ummi teringat cerita pasal sorang makcik ni masa ummi bawak awak pegi hospital tampin. Kuning anak dia tinggi, pastu dia kasi susu kambing. End up, anak ni kena buat transfussion blood. Maka, ummi tak berani nak cuba. Atok jemur awak pagi-pagi pastu wan mandikan awak dengan herba cina je, as an alternative nak hilangkan jaundice awak.

 


 Nur Hasya Dini,
Masa awak dalam pantang, awak suka nangis kalu tak dapat mengendeng. Maka ummi terpaksa kasi awak puting. Ummi tak dapat nak kelek awak 24 jam sebab luka jahitan ummi tak sembuh-sembuh. Masa pantang, ummi selalu dalam mood baby blues. Kadang-kadang kerap nangis sebab ummi stress luka episiotomi ummi lambat baik. Sampai tertetas sebab ummi lasak sangat. Ummi takut kena jahit balik. Ummi serik.


Ummi bersyukur ummi ada abah. Abah terlalu baik, terlalu istimewa. Kalu sakit masa bersalin, sakit lagi masa nak jaga luka episiotomi. Mungkin ada orang yang dipermudahkan, tapi rezeki ummi masa tuh sakit kot. Alhamdulillah. Kalu tak sakit, ummi takkan sedar yang abah terlalu baik kot. kan kan... Terima kasih abang!


Ummi berterima kasih sangat pada wan (emak) dan atuk (ayah). Sebab jaga ummi sepanjang sebulan. Atuk yang jaga awak, tahu tak? Atuk mandikan, atuk bawak jalan. Wan keje, kesian wan. Terkejar-kejar.. Tapi wan masakkan ummi rendang pegaga. Super sedap..  Terima kasih mak ayah. Sayang kalian...


Genap sebulan, ummi request balik sebab ummi tak tegar jauh-jauh dari abah. Yea, ummi memang mengada-ngada sebab tak boleh jauh dari abah. Ummi rasa kosong tanpa abah. Kalu boleh, setiap hari ummi nak abah ada kat sisi ummi. Abah punca nafas ummi berhembus.


Dalam masa yang sama, ummi dah start kelas. Ummi pegi kelas dalam keadaan masih pantang. Dengan stokin lagi ummi pegi kelas. Awak pulak, stay dalam kereta dengan abah. Sampai sekarang terkadang awak follow ummi pegi kelas. Awak budak pintar. Kechik-kechik dah masuk Universiti. Ummi doakan awak berjaya dunia akhirat. Aminnnnn.


Nur Hasya Dini,
 Nur = Cahaya
Hasya = Kesempurnaan
Dini = Petunjuk 

Nama awak ummi pilih sebab ummi nak awak jadi penunjuk arah kepada cahaya yang sempurna buat ummi dengan abah. Abah ajar ummi supaya selalu baca surah luqman agar awak jadi anak yang terpelihara dan bijaksana. Ummi tak mintak lebih dari awak, nak. Ummi cuma nak awak jadi muslimah sejati yang sentiasa memelihara iman. Ummi nak awak jadi penyebab ummi dengan abah masuk syurga. Ummi bangga kalu satu hari nanti awak boleh berbakti pada agama. Berjayalah kamu dunia akhirat anakku. Ummi dengan abah akan selalu doakan awak. Sihat-sihat je yea sayang. Ummi sayang dini.


Ikhlas
-Ummi-



 








0 comments:

 

~Workshopgurlz~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea