Khamis, Disember 18, 2014

:: Turning 1 Year soon ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 2:46 PTG




- si comel ummi-

Assalamualaikum...


Lagi 23 hari, Hasya dini dah nak setahun. MasyaAllah cepat betul masa berlalu. Ummi tak sangka sekejap ni masa berlalu. Kalu ikut bulan islam, 9 rabiulawal akan jatuh pada 31 Disember 2014 ni. Maka lagi 2 minggu hasya dini berumur setahun. yeayyy... alhamdulillah.


Nur Hasya Dini,
Ummi mintak maaf nak. Ummi belum mampu nak buat event besar-besar untuk celebrate birthday awak. Masa ummi blogwalking or tengok fb kawan-kawan yang celebrate birthday setahun anak masing-masing dengan buat party bagai, yang simple pun ada. Ummi jealous, tapi apakan daya ummi dengan abah belum cukup mampu. Duit yang ada sekarang ni, ummi dengan abah simpan nak beli rumah. Ummi dengan abah taklah kaya mana. Cukup untuk hidup sekarang je. haha... Takpe, as a reward, ummi belanja kek pisang yea sayang.




Nur Hasya Dini,
Kali ni, niat ummi nak throwback urself before your turns 1. Sebab ummi rasa tersangat rindu pada anak ummi ni. Ummi mintak maaf sebab lately ni kerap marah-marah awak. Ummi takde niat langsung. Sape suruh gigit nenen ummi, awak tahu tak sakit. Sakit bababasss...Tapi ummi paham, awak ingat tu cara nak ajak ummi bergurau sebab tiap kali awak gigit nenen, pastu tu mesti awak melonjak happy.
-__-''


Nur Hasya Dini,
Mengandungkan awak sangat mudah, Ummi start loya bagai tu pun bila dah start 2nd semester pregnancy until end. Takla dashyat sangat pun. Takat muntah masa gosok gigi, muntah lepas makan. Itu je. Alhamdulillah, mudah. TAPI.... ummi sangat kuat makan, asik nak makan tanpa henti. Nasib tak gemuk mana. Bhahahhaha. Mengidam tuh takdelah over sangat pun. Takat nak makan rainbow cookies, last-last dapat makan lepas pantang. Patutla air liur awak asik nak meleleh je.. Hahahahahah...


Masa awak 5 bulan, awak tak berapa sihat. Suspect acute bronkitis then kena warded dekat KPJ Shah alam. Ummi ni seboleh-boleh taknak kasi awak ubat apatah lagi masuk hospital bagai ni. Ummi tryla segala kaedah remedi tapi nampak macam tak berapa berhasil. Maybe ummi yang tak konsisten atau ummi yang tak tau cara yang betul. Dalam duk tahan-tahan awak tuh, lastly nafas awak dah start berat. Masa tuh abah awak outstation. Tak senang hati ummi, nak. Bila awak dah start demam. Masa tuh ummi dengan abah decide nak bawak jumpa paed jugak. Biarlah dekat hospital. Oh before tuh, ummi dah bawak awak jumpe 2-3 orang paed, cuma mungkin belum masa awak untuk sembuh. Belum masa... 






Balik je abah dari outstation,  kita pegi KPJ, jumpa doktor awak. Datuk Dr Zul, Ummi suka Dr zul ni sebab dia breastfeeding friendly and strict sket pasal ubat pada baby. Masa dia check awak, dia kata 'lung' awak dah penuh kahak. Masa tu ummi start sedih. Ummi ni lembap sangat ke buat keputusan nak bawak awak jumpe speacialist? 
Nope, 
ummi cuma takmo awak didedahkan dengan medicine drug too early. Sebab ummi sangat sayang awak. Awak kena tahu tuh.




 5 ari dalam ward, ummi sangat runsing. Ummi amek EL demi temankan awak sayang. Dapat pulak 4 bedded, rasa tak selesa sungguh. Dahla masa tuh bulan puasa. Berbuka bersahur dengan abah dalam hospital. Nasib masa tuh KPJ tak strict sangat nak kasi abah tido sekali. Sekarang, seorang je boleh teman melainkan bilik single. HUH!!!!


Part yang sampai sekarang ummi tak sanggup, masa awak kena suction. First time tengok, airmata ummi non stop. Abah takde masa tu sebab kerja. 3 arilah ummi kena tengok awak suction. Sakitnya ummi tak mampu nak tolong. Kesian awak hasya dini. Bila awak discharge masa hari ke 5, wah.. rasa bahagia sungguh ummi. Next ummi sambung ek. Penat taip...
kbai...


-ummi-



 -lepas kena neb-
















0 comments:

 

~Workshopgurlz~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea