Rabu, Julai 11, 2012

:: How I Met Mr Fiance (Part IV) ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 7:11 PTG


Assalamualaikum...


Satu hari lagi berlalu, aku menghitung hari sebab tak sabar nak turun Penang jumpe dia. Moga-moga dipermudahkan, InsyaAllah. Masa sangat suntuk, rasa macam sumenye berjalan pantas. Kuliah baru dah bermula, makanya bermulalah sesi-sesi sibuk aku. Ntah-ntah blog pun tak berupdate lagi. Ok wahidah, cukup intro tuh, jom sambung cite....


Pertemuan Ketujuh

-Yea, hati aku sedang tersenyum saat ni. Thanks Allah-


Izwan amek cuti nak turun KL. Aku rasa terharu sebenarnya sebab dia sanggup turun sini, terima kasih yea!
Lepas kami shopping dekat jalan TAR tuh, esoknya kami berniat nak pi klang, anta dia umah kakcik. Yelah, takkan aku tak bule beralah kot tolong antakan sebab dia sanggup kot datang jauh macam ni. Setakat klang tuh, aku tahu wahidah, kau masih mampu nak jalan kan kan..haha. Ni first time naik kete berdua, debar woo. Masa tuh nak ajak iefa naik sekali tapi aku nak jugak ruang privasi sat dengan dia. InsyaAllah, tak buat yang jahat-jahat yea. 


Tak banyak sebenarnya yang kami sembang, macam angin je yang bercakap. Bayangkan aku yang jenis kuat cakap ni, brutal pulak tuh bule jadi senyap. Not as usual [sebenarnya aku bukanlah ramah tamah, aku hanya pandai bercakap apabila kena tempatnya]. Aku malu kot, dahla tak lawa, kasar pulak tu. Jadinya segan tuh bertimpa-timpa. Perghhh, harimau bule kalah kot, patutla asik kena bahan dengan manaf. Eleh manaf, nampak tak sape yang bule tundukkan ego aku. Sekasar-kasar aku, akan tiba satu masa nanti aku berlembut dengan orang yang aku sayang. Aku nak practice lah ni. Teeeheee~~~~


Kakcik baik, aku serasi Alhamdulillah. Anak-anak juga baik, tapi sebab aku tak pandai nak tunjuk kasih sayang, jadinya aku tak pandai nak amek hati budak-budak. Dengan anak buah aku sendiri pun aku garang, tapi aku sayang dorang tau. Aku kekok sedikit tapi aku tetap cuba, nasib ade yang lain yang tolong meriahkan. Kalu aku sorang, mau aku bisu sepanjang hari..Adoiiiii...


Moment yang paling tak best, bila dah nak balik.. Warghhh.. dahla susah nak jumpe, sekejap pulak tuh. Tahu tak, saya rindu [ok, kau tak malu wahidah :-) ]
Hingga saat tuh kan, aku dengan izwan rasanya masih lagi berahsia tentang perasaan. Aku sendiri masih lagi tercari-cari mana letaknye aku yea. Tapi pada hari itulah aku sedar, yang dia dah mula bertapak dalam hati. Yea, dia pulangkan senyuman aku yang pernah hilang, dia rawat hati aku. Jadinya atas reason ape yea aku masih nak denied perasaan ni???




Pertemuan Kelapan


Yang ni moment yang aku rasa sangat hindustan. Betullah, aku kalu dah sayang orang. Aku betul-betul kejar tapi kalu orang taknak, aku betul-betul bawak diri. Lepas je balik dari klang semalam, malam tuh aku da mula rasa kesunyian. Kitaorang on call, aku rasa aku macam ntah ape-ape je. Aku da mula macam tamak, tak mahu hilang dia. Perasaan yang buat aku rasa...


"Eh, apa ni? Kau tak buleh macam ni tahu"

"Hati, stopla berbunyi!!!!!"

"Eh, kenapa macam angau ni??"


Serius rasa macam nak hantuk kepala kat dinding. Masa awal-awal kenal dengan dia, memang aku tanam azam nak rasa biasa-biasa je perasaan tu. Tak mahu jatuh cinta sangat-sangat ke ape ke sebab aku takut. Aku paling takut kehilangan...... Selalu aku doa, andai dia jodoh aku, mohon dipermudahkan Allah dan sentiasa dalam rahmat-NYA. InsyaAllah.


Masa tuh, dia dah nak balik Penang. Aku pulak macam serba tak kena dekat opis. Rasa macam nak terbang pi klang masa tuh jugak. Setting time baik-baik punya, akhirnya dapat jugak kitaorang jumpe dekat Klang Sentral. yippie... Selamba je aku lari opis, bawak kete laju-laju, yang penting sampai dengan selamat. May2 tolong teman. Terima kasih yea adik manis. 


Eh, tolongla, adegan kejar-kejar ni dulu jadi masa nak kejar dayat pakwe bai. hahaha. Masa tuh dayat nak balik terengganu, bai nak sangat jumpe dia. Tuh yang dia roger aku rempit malam tuh jugak nak pi carik dayat kat stesen bus..hoho. Ape jenis spesisla kitaorang ni. Cube control sket cun tuh. 


Tapi kan, aku tak dapat tahan hati aku. Siap call stesen bus sebab nak tahu time bus available pkul bape. Google, tanya kawan-kawan. Check Sani express sume bagai. Eh wahidah, ko ingat ni drama hindustan yea. Patutnya, dia amek bus di Pudu, aku yang mintak dia amek bus dia Klang sentral walhal aku sendiri masa tuh tak tahu whether ade ke tidak bus nak pi Penang kat situ. Tapi sebab rasa bersalah dan takut dia tak dapat balik. Beriya-iya aku tau, mase tuh memang da nekad, kalu bus takde. Aku hantar je dia ke Pudu. Eh wahidah, kau tahu ke jalan nak pi Pudu, bukan kau kaki sesat ke? hahaha.. 


Alhamdulillah, Allah permudahkan. Aku jumpe jugak dia, walau malu sebenarnye sebab nampak macam tak malu je sebab beriya-iya sangat nak jumpe dia. Kebetulan masa tuh, maklang dia dengan kakcik yang anta. Rasa tak tahu nak sorok mana dah muka ni... huahuahua.. Kakcik sporting, dia kasi aku spend time kejap dengan izwan. Tapi masa cemburukan kitaorang, da time dia kena naik bus, aku mampu pandang dan senyum je. Niat hati nak lambai tapi takmo lah nampak beriya sangat. Malu kena ada wahidah. Mak selalu pesan macam tuh. Ok... Control wa control~~~~~


Atas dasar prihatin, beriya aku soal siasat drebar bus. Sebab aku nak tahu, benti makan ke idak, lalu butterworth ke idak? Iyelah, insan kesayangan hamba naik bus tuh kan. Mestila risau... Darah manis kan dia tuh. Padan muka sebab naik dengan ramai india. Haha.. Biar tak buleh gatal-gatal. Tapi kalu awak mengatal pun, saya tak marah. Awak ada hak kan kan kan... Hurmmm, mane lagi saya nak jumpa orang yang sebaik awak. 


Jadinya, itulah pertemuan terakhir sebelum kami bertunang. Hanya berjumpa lapan kali, jumpa ramai-ramai pulak tuh. Tapi aku tetap bahagia. Saat tuh, aku rasa aku tak silap buat keputusan InsyaAllah. Aku tahu hati aku untuk sape mase ni. Doaku agar aku kekal menyintai dia hingga ke syurga, insyaAllah.




Incik Izwan, saya nak ucapkan SELAMAT BERTUNANG dekat awak. Terima kasih sebab sudi terima saya yang tak punya apa-apa, dahla kasar, rupa ala kadar pulak tuh. Saya selebet, tak pandai melawa tapi saya akan pastikan lepas saya sah jadi milik awak, saya akan cantikkan diri dimata awak, insyaAllah. Saya tak pandai memasak lauk yang dashyat macam master chef tuh, rasa pun ala kadar. Tapi saya akan pastikan saya cuba masak sampai awak sanggup makan even mula-mula tak lalu sebab tak sedap ke ape ke. Nanti saya training asah bakat lagi yea.


Awak, saya ni sensitif orangnya. Kuat nangis sebenarnya. Tapi yang tahu family saya je, kawan-kawan selalu anggap saya happy go lucky. Saya hiburkan hati sendiri dengan cara hiburkan hati kawan-kawan. Saya buleh nangis bila tengok movie, drama, baca paper, novel, hatta dengar kisah sedih pun. Tapi saya bule jadi sangat kuat bilamana isunya berkaitan hati, keluarga, kematian malah kemalangan. Masa mak eksiden dulu, saya tak menangis pun, malah saya kesat darah mak, tuam dengan kain basah, jaga dia sehabis baik. Nak menangis pun sorok-sorok. Masa arwah maklong dan angah meninggal, saya juga kuatkan hati tuk tak nangis saat semua orang menangis. Yea, tipulah kalu tak nangis langsung kan. Termasukla masalah keluarga yang baru-baru ni, hati memang sangat hancur tapi airmata tak mampu tolong ape-ape. 


Saya cerewet, tak makan sayur, tak makan itu, tak makan ini. Bawak pi steamboat or western place pun akan rugi sebab saya tak pandai makan steak or spagheti melainkan chicken chop. Menu saya sama je selalu. Saya bule hidup kalau makan telur dengan kicap je. Kalu mak masak sedap-sedap pun, tetap saya goreng telur kat dapur. Bawak makan kat hotel pun rugi sebab saya tetap pilih menu yang sama. Saya mengada-ngada kan. Tapi saya cuba awak, cuba untuk tak memilih makan sampai pernah muntah-muntah sebab paksa diri makan jugak sebab nak jaga hati orang. 


Banyak lagi yang awak perlu tahu pasal saya, tapi bersediala untuk menerima segala keburukan dan kebaikan saya. Saya pasti akan jatuh cinta dengan orang yang ikhlas dengan saya. Kalau saya da sayang, kesetiaan saya amatlah tinggi, insyaAllah.


Sekian saja kisah saya dan incik izwan sebelum kami bertunang. Saya sayang tunang saya.



p/s: Hati ini bukan milikku lagi, seribu tahun pun aku ku nantikan kamu~~~






0 comments:

 

~Workshopgurlz~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea