Isnin, Jun 06, 2011

:: Penamat sebuah kisah ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 9:24 PG


Assalamualaikum....


4 jun 2011, buntal sudah selamat menjadi hak orang. Perasaan aku??? Susah aku nak gambarkan. Setiap masa aku tengok jam, nak pastikan da pukul 3 petang menandakan upacara ijabkabul sedang dijalankan di suatu tempat. Aku sebenarnya sangat berterima kasih pada teman-teman yang sentiasa ada saat aku amat memerlukan bahu untuk bersandar. 


3 jun 2011, pkul 3.30 pagi merupakan terakhir kali aku ym dengan buntal. Aku rasa da terlerai segala persoalan yang aku nak tanya dia selama nih. Memang ari itu adalah hari yang sangat sebak. Dan itulah niat aku, biar ini menjadi penghujung kisah kami. Tiada istilah kawan baik dengan seseorang lelaki apabila dia bergelar suami orang. Nekadku untuk melepaskan buntal amat kuat kerana aku sedar akan letak dudukku.


Puas hatiku bila mengetahui detik bila dia menyukai aku, detik bila perasaan itu wujud biarpun aku tahu semua itu buatkan aku lebih parah. Kalaulah kenangan mase dalam Komuter tuh berterusan atau ada kesinambungan, alangkah indahnya. TETAPI, tiadalah istilah KALAU dalam realiti kehidupan..




Terima Kasih yang tak terhingga buat cik pah, cik liza, dan ayu sebab temankan aku lepaskan kesedihan dengan melalak sepenuh jiwa dekat Songbox The Curve. Paling tak bule blah, ada ke depa pi nyanyi lagu "Jangan Diucap Selamat Tinggal". Tak pasal-pasal berjurai-jurai airmata aku. Memang taknak henti wo, macam paip pecah pulak. Balik aje, around pukul 7malam, tetibe aku dengar bunyi mesej masuk. Dari celcom rupanya, then nampak miscall 2x dari nombor buntal. Buntal call aku, what for ek. Sedangkan kau baru je nikah pukul 3 petang tadi. Adakah kau call sebab nak suruh aku wish congrat or nak pastikan aku datang esok hari?? Perlu ke kau call ek??


Semasa entry nih ditulis, ari da menginjak Isnin, pukul 12 lebih. Aku masih tak buleh tido dan asik pikirkan ari semalam. Hati kecik aku sangat-sangat berharap, agar bangun esok pagi, aku buleh tersenyum dan teruskan kehidupan seperti biasa tanpa hadirnya kau lagi. InsyaAllah.. Jadinya, biarla hari nih menjadi ari terakhir tuk aku ceritakan pasal kau.


Pagi semalam, ayu call nak pastikan aku masih nak pi ke idak wedding kau. Dan seperti yang aku katakan pada mereka pada ari sebelumnya, samada depa mahu ikut atau tidak, aku pasti akan hadir, kerana itu janji aku pada kau buntal. Kami tiba shah alam around pukul 1 lebih tengahari. Nasib aku tahu area sini, jadinya tak sesat walaupun tanpa map. Alhamdulillah. 





Reaksi aku? Melangkah dengan penuh yakin tanpa ada rasa apa-apa. Yang ada cuma satu perasaan yang mahu lihat kau bersanding didepan mataku sendiri. Itulah matlamat yang aku cari untuk menyedarkan hati aku akan satu hakikat. Yang hadir hanya jasad, sedangkan hati aku melayang jauh. Kerana itu, aku tak sedar ape yang jasadku lakukan. Makan epal ijau campur mayonis yang masam dengan laju tanpa ada riak rasa. Seolah-olah epal itu manis walhal bule terkebil-kebil makan kalu tak biasa. Aku tak sedar, jauh sungguh lamunanku hinggakan incik nap sedar akan perubahan itu. Incik nap hubby kepada cik pah ajak balik sebab tak mahu lama-lama di majlis kau. Tapi aku tak mahu, serentak dengan itu airmata aku mengalir. Sungguh aku tak sangka ianya bule mengalir. Aku kesat cepat-cepat sebab tak mahu ada yang perasaan, mujur meja kami jauh dan agak tak ramai orang.


Incik nap dah start hangin, tak pasal-pasal dapat ceramah free..Hahahaha.. Aku tahu incik nap tak mahu aku bersedih hati sebab tuh dia ajak balik. Bila incik nap da mula membebel, kami angkat kaki nak balik. Hati aku meronta-ronta masa tuh agar tunggu sampai buntal tiba. Thanks bangat pada cik pah, cik liza and ayu sebab sanggup lengah-lengahkan masa sebab depa tahu matlamat aku masih tak tercapai. Sesaat lepas tuh, buntal tiba dengan sepersalinan biru ditemani keluarganya.





Dari jauh, aku dah nampak kelibatnya, arah matanya. Terus kami melangkah kearahnya tetapi langkahku terhenti hanya dihujung jalan. Berdiri di atas border sambil mata tak lepas dari memandangnya. Kosong... sangat kosong hati aku masa tuh. Bilamana aku nampak dia pandang aku tepat menusuk. Masa tuh niat hati, nak wish TAHNIAH dari gerakan bibir tapi reaksi spontanku mengatasi dengan menundukkan kepala, tanpa senyum. Serentak itu aku pandang teman-teman yang sedang memandangku. Barangkali terperasan mata buntal yang sedang melihat aku. Doaku dalam hati, agar aku kuat.


Pesan dari cik pah, agar jangan menangis masa memandu sebab langkah kaki kami berpecah lepas nih. Aku angguk sambil tersenyum dan berjanji. Sedangkan hati aku, lebih kenal akan aku. On je radio, mencurah-curah airmata aku bagai tiada henti. Sungguh ianya sakit, aku akan kehilangan seorang teman yang sentiasa ada disisi selama ini. Buntal bukan lagi sebahagian dariku selepas ini.


Doaku agar aku terus sabar dan bertahan, ku kesat airmata dan ku teruskan perjalanan. Aku pasti mampu, hinggalah pukul 11malam tadi. Buntal call aku semata-mata nak wish thanks sebab datang wedding dia. Buntal kata, dia nampak aku sedih dan dia sedih untuk itu. Gurauan dia cukup aku rindu, sungguh. Tapi perlukah kau telefon aku dimalam pertama perkahwinan kau. Pentingkah ucapan terima kasih tuh. Dosa aku buntal andai mengharap pada suami orang dan melukakan hati isterimu. Walau aku tidak tahu tujuan panggilan itu, tapi aku anggap dan positifkan ia hanyalah satu ucapan penghargaan kerana kehadiran dimajlis kau biarpun panggilan itu tidak sesuai dibuat pada malam itu.


Buntal, sedetik ini, namamu aku lipat kemas dalam memori semalam. Terima kasih kerana tuju lagu 'Aishiteru' tuh tuk aku. Really inspiring. Walau setiap kali dengar lagu tuh aku menangis sebab itulah lagu pertama yang kau tuju buat aku. Mulai esok, aku akan cuba pastikan dirimu dijauhi. Moga ada kekuatan untuk itu.
Aku tak mampu berjanji untuk melupakan kau dalam masa terdekat ni kerana ianya memerlukan masa. Bagilah aku ruang agar aku mampu kikis namamu walau secara perlahan-lahan waima merangkak sekalipun.





nota kaki: Bagaimana ingin aku membencimu, jikalau setiap hari merindu. Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia, aku pilih DERITA...



0 comments:

 

~Workshopgurlz~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea