Assalamualaikum...
Arini tetibe isu anak kedua berlegar dalam otak aku nih. Wokeh, ape yang bakal aku tuliskan di sini adalah melalui pengalaman aku sendiri dan pembacaan aku selama nih. Tepat atau tidak, Wallahualam. Kalu ikutkan, genetik pembesaran anak-anak dipengaruhi oleh environment. So, samada info ini adalah fakta atau tidak, terpulang pada anda untuk menilai.
ANAK DEGIL
Kata orang, anak kedua nih sikapnye degil sikit. Yeke sikit, ok maybe agak degil. Juga boleh dikatakan keras kepala dan tidak mendengar kata. Aku akui itu tapi kan degil-degil kami sebenarnya disebabkan kami rasa takde sape nak faham diri kami sedalamnya. Mungkin itu cara kami nak tunjuk protes. Sedegil-degil anak kedua kan, kami juga punyai hati yea.. Cuma aku paling tak setuju kalu ada yang mengatakan anak kedua nih selalu rasa dia aje yang betul. Maaf, anda silap kerana tak semua anak kedua begitu. Kami punyai kemahuan yang cukup kuat. Kalu dah buat sesuatu tuh, memang sungguh-sungguh walau kena tentang sekalipun.
TAK PANDAI PUJUK
Isu pujuk ni, aku akui sebab aku sebegitu. Aku tak pandai memujuk hanya tahu menyakitkan hati aje. Walau kadang-kadang tuh rasa juga bersalah tapi sebab aku mahu ajar orang sekeliling aku kental jiwanya lalu aku tak suka pujuk memujuk ni. Sangat pelik wokeh bila aku kena pujuk orang. Tapi tak bermakna aku tak pernah pujuk sape-sape langsung. Untuk puaskan hati orang, aku pasti akan rendahkan diri untuk memujuk andai aku bersalah even bukan salah aku sekalipun. Bergantung pada keadaan.
BERCINTA
Tak dinafikan, anak kedua nih setia orangnya dalam percintaan. Tapi tak jamin jugak sebab ada je anak kedua yang pasang ramai-ramai. Sekali lagi, ianya bergantung pada individu. kahkahkah..
HITAM / PUTIH
Tang nih aku agreed sangat. Anak kedua nih determined sikit. Kalu hitam katanya, hitamla.. Kalu putih, putihla.. Susah sikit nak bertolenrasi tapi kalu kena caranya, anda mampu mengubahnya.
HATI
Anak kedua nih hatinya dikatakan agak keras tapi sebenarnya itu hanya apa yang orang lihat pada dia. Sejujurnya hati anak kedua nih lembut macam span, senang dilentur, senang direnyuk sebab tuh anak kedua nih sangat sensitif. Hati serapuh kaca. Mau tak sensitif beb, terasa macam bukan anak kesayangan aje.. Orang kata dalam family, anak kedua nih macam tak famous sangatla.. Bukan anak favourite.
BERDIKARI
Anak kedua nih very independent, campak ajelah kat mana-mana, dia pasti akan hidup dengan izin Allah. Very take care dengan family walau orang lain tengok macam dia jenis tak kisah aje kan.. OK, anda silap.
ARAHAN
Ada yang berkata, anak kedua nih payah nak terima arahan dan lebih suka buat hal sendiri. Kalu tanya pada aku kan, aku akan kata ianya tak berapa tepat. Sebabnya, aku ada je kawan-kawan anak kedua yang mudah terima arahan malah sabar aje melayan karenah manusia yang kadang-kadang rasanya melampaui batas kesabaran. Tapi tang suka buat hal sendiri tuh, aku setuju. Baik kami buat hal sendiri dari melayan sakit hati dekat orang-orang yang asik nak blame kami. hahahhaha
PEMAAF DAN CARING
Pada aku isu pemaaf nih bukan anak kedua aje yea, sume manusia dihadiahkan dengan sifat pemaaf, samada anda mahu memaafkan orang atau tidak, ianya terpulang. Tapi tak mahal pun harga maaf tuh kan dan tak luak pun duit anda dengan kemaafan itu.
FLEKSIBEL
Majoriti dari mereka fleksibel orangnya, mungkin depa jenis sedar diri kot. Maklumla...
KOMPETETIF
Menurut Adler, iaitu seorang psychologist Austria yang pernah menganjurkan hipotesis urutan kelahiran ada mengatakan bahawa tingkah laku anak kedua sangat mudah dikenali. Nampak macam seseorang yang berada dalam sebuah kereta dan jika ada orang yang dah berada dalam kereta yang lebih laju darinya, dia akan berusaha keras untuk mengalahkannya. Dia penuh dengan energy dan selalu merasakan yang perlumbaan itu masih belum selesai.
TAMBAHAN LAIN
Adler juga pernah mengatakan yang anak kedua ni lebih cenderung untuk membentuk karakter yang tersendiri. Misalnya kan, ibu tengah pegang si adik, ayah pegang si kakak, dia pulak tak tahu nak bergantung pada siapa, jadinya dia memilih untuk menjadi anak yang lebih menyendiri.
Disebabkan si anak kedua kadang-kadang merasakan dirinya terabai, dia cenderung mempunyai motivasi yang tinggi samada dalam prestasi mahupun sosial. Cenderung untuk berdikari dan pandai melihat situasi.
Walau suka melawan kan, anak kedua biasanya lebih mudah beradaptasi. Plus, anak kedua sebenarnya seorang yang dahagakan kasih sayang walau sebenarnya dia disayangi, cuma mungkin dia tak nampak kot..huhuhuhu
P/S: Sejujurnya aku bangga menjadi anak kedua sebab aku yakin kemampuan aku dalam family walau aku sedar aku memiliki banyak kekurangan. Maklumla, aku bukan anak favourite mak... Tapi aku kan anak ayah...
0 comments:
Catat Ulasan