Isnin, Julai 25, 2011

:: Arini ari serabut aku ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 7:42 PTG

Assalamualaikum...


Tak tahu dari mane aku harus mulakan cerita. Yang aku tahu, hidup aku agak berserabut sekarang. Sungguh aku pening... Ujian dari Allah kali ini, aku terima dengan hati yang terbuka. Moga Allah beri aku kekuatan untuk terus bertahan.


Adakah ianya isu hati??? Entah... Kalu pasal buntal, aku dah lepaskan dia jauh dah. Dan aku berterima kasih pada hati yang sangat kuat ini. Btw, wife buntal da pregnant.. Tahniah buntal, anda bakal jadi daddy.. Tentang aku, kau tak perlu risau sebab aku yakin kau berbahagia dengan kehidupan baru kau. Kebahagiaan kau, sinar kebahagiaan aku jugak. Terima kasih sebab masih sudi berkongsi dengan aku. 


Sedar tak sedar, dah sebulan lebih kau kawen yea buntal. Selama itu jugakla, aku berusaha untuk melepaskan kau. Alhamdulillah, berkat doa dan restu Ilahi, nama kau dapat aku kikis sikit demi sikit. Nak kata sepenuhnya, mungkin tidak. Tapi aku berterima kasih dengan kehadiran buncit masa nih, sebab dia yang buat aku lupa seketika pada buntal. Buncit ke buntal ke, dua-dua pernah dapat tempat yang istimewa dalam hati aku even aku taklah istimewa mana dalam hati depa. Hish hish, this is not the story, i wanna to share.. Hohohoho


Balik isu asal, dua tiga menjak ni, kehidupan aku memang agak blur, puncanya aku tak tahu kenapa. Yang pasti, apa aje yang aku buat sekarang, semua serba tak kena. Mohon pada Allah, agar kemurungan ini segera hilang dan kembalikanlah sinarku, Ya Allah... Aminnn...






nota kaki: Senyum aje pada orang walau dalam hati.... hurm... blur laut sebenarnya..keh keh keh..

0 comments:

 

~Workshopgurlz~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea