Jumaat, Julai 08, 2011

:: CINTA = BAS, ape kaitan ek?? ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 1:57 PG

Assalamualaikum...


Apa erti cinta tuh ek? Pada aku, cinta itu kite buleh ibaratkan macam naik bus. Cuba bayangkan kalu kite takde kenderaan nak naik, surelah bus yang jadi pilihan kan.. Sila anggap kenderaan lain tuh tak wujud yea. Anggap seolah-olah bus je yang mampu jadi penghubung dari satu destinasi ke satu destinasi. 


Kita nih ibarat penumpang yang nak naik bus, tengok nasib sebenarnya. Kalau kite ditakdirkan tersalah naik bus, jangan gelabah, jangan pulak nak sedih-sedih. Turun aje dari bus tuh dan tunggu bus lain. Relevannya dengan cinta  adalah bilamana kita tersalah buat pilihan dan dikecewakan. Nevermind, just move on and don't look back anymore. Setiap langkah yang kita anggap penuh luka tuh, harusnya kita ubah dan berlari dengan gembira. Berusahalah.. Walau payah......





Lagi.. Ada juga situasi yang mana penumpang duduk setia tunggu bus nak pi destinasinya tapi tak jugak muncul-muncul. Janganlah anda risau.. Mungkin arini, drebas bus cuti.. tunggu lagi esok dan esok dan esok dan esok sampai bus tuh tiba. Jangan mudah putus asa walau mungkin kita bakal terlambat ke destinasi kan.. Bus tuh pasti akan tiba, yang membezakan lambat atau cepat je. Be patient wokeh... Macam tuh jugak dengan cinta, kalu kita duk tunggu jodoh yang tak kunjung tiba, sabarlah menanti dengan penuh munajat pada Allah. DIA pasti dah siapkan seseorang yang dari rusuknya kita dibentuk. That we called DESTINY.


Tapi kan, why not kita cuba je naik bus yang datang. Cuba jaya kan. Manalah tahu bus yang datang tuh walau tak sama dengan bus yang biasa kita naik. Mungkin bus yang kita hanya cuba-cuba tuh tunjukkan kita satu jalan baru yang interesting. Jalan yang bawa kebahagiaan yang kita sendiri tak duga. Who knows??


Realitinya, cinta tuh memang macam naik bus. Kalu bus tiba-tiba rosak... hahahhaha... Bersiap sedia nak masuk workshop laa...takpe, pelan-pelan kayuh. Kadang-kadang, bila dah repair, hasil dia lagi meletup!!! Sekurang-kurangnya kita ada usaha kan. tapi kalu rosak jugak.. Hurmmm.. nak buat macam mane, nevermind, atleast we try, right?




Bus pulak ada macam-macam jenis. Kalu tak kuat, rasa macam nak jalan kaki aje. Jalan kaki bermakna berseorangan. Tapi, tegarkah kite melanggar fitrah manusia itu sendiri yang saling memerlukan. Sampai bile kita sanggup jalan kaki? Sanggup ke kita kalu kaki melecet, kaki tersadung ataupun kaki cramp akibat perjalanan yang jauh tapi duk jalan sorang-sorang walhal bule je naik bus kan... Hidup nih memang telah tertulis di tangan takdir Allah tapi kita juga sebagai hambaNYA yang kekurangan ini berupaya membuat pilihan. Jadi, Lu pikirla sendiri.....



P/s: Ramai betul nak jadi match maker aku.. Muka aku nih ada macam terdesak nak kawen ke..hohohohoho

0 comments:

 

~Workshopgurlz~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea