Selasa, Januari 25, 2011

:: Sayang seorang abang ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 1:43 PG
Assalamualaikum....

A lot of things have happened to me recently, need to be patient and be strength.. 
Rabbi Yassir Wala Tu 'Assir, "Ya Allah, KAU permudahkanlah urusanku dan janganlah KAU susahkan ia''


Susah nak terjemahkan perasaan aku sekarang. Yang pasti, aku bimbang kehilangan kasih sayang dari seorang abang. Aku tak punya abang, tapi tidak sesekali aku terasa kesunyian. Kerana aku punyai abang-abang sepupu yang selalu ada tak kira susah atau senang. 






Aku dibesar dan dijaga oleh arwah maklong kerana puan emak berkerja. Bukan aku je, malah adik beradik aku jua. Dibelah siang, hidupku dengan arwah maklong sekeluarga, bila petang or puan emak dan encik ayah abes keje, Mase yang ada tuhla tuk kami sekeluarga. Kali ni, aku nak bercerita pengalaman dengan arwah maklong.


Sumpah.. Aku sangat menyayangi arwah. Terutama adikku yang bongsu. Arwah sangat-sangat baik biarpun dia garang. Disebabkan arwah takde anak perempuan, aku dan kaklong dianggap macam anaknya. Kami dibela dengan baik dan sempurna. Arwah bagi kami cukup makan, pakai dan kadang-kadang arwahla yang hulurkan duit belanja sekolah bila encik ayah terlupa. Arwah tak pernah lupakan kami kalu pegi bercuti. 


Rapatnya kami dengan keluarga arwah, hanya Allah yang tahu. Aku masih ingat lagi, kehilangan arwah betul merampas mimpi-mimpi indah kami sekeluarga. Adik dah macam orang gile. Arwah yang dipanggil 'mak' pergi disaat kami belum bersedia. Ya Allah, rindunya aku pada arwah. 


Tapi aku tetap rasa bersyukur, di sepanjang hayatnya, aku sempat menabur bakti menjaga arwah sepanjang seminggu arwah di hospital. Aku memang anggap dia macam mak, sebab tuh berak kencing dia aku sanggup cuci, sebab dia setanding mak aku. Kalu orang tanya aku, masakan siapa yang paling sedap, aku pasti akan jawab, "Masakan arwah maklong". Maaf mak, tapi memang itulah kenyataannya.


Kata mak, mak anta kami untuk arwah jaga sebab arwah yang beriya-iya. Masa tuh, mak berkerja dan sangatla susah nak cari penjaga yang sudi membela kami. Arwah hulurkan tangan membantu tapi lama-lama arwah jadi seronok sampaikan dia tak bagi orang lain jaga kami. Aku ingat lagi, arwah belikan basikal sebab dia kesian tengok kami asik pandang anak jiran main basikal. Kasihnya arwah pada kami, tak mampu kami bayar balik. Kesian adik, sebab pemergian arwah buat dia berubah. Sangat berubah. Adikla pengarang jantung arwah dahulu.





Arwah maklong ada 3 anak lelaki. Semuanya older than me dan baik-baik belaka. Tapi kami paling rapat dengan yang bongsu dan yang tengah. Angah Ye dan Ata. Tapi sekarang, Angah Ye sakit....sob..sob...
Dia mengalami pendarahan otak lalu menyebabkan dia strok. Sekarang beliau di hospital PPUM di wad Neuro Sains. Keadaannya kritikal which is merisaukan kami semua. Tuhan je yang tahu betapa mulianya hati beliau. 


Takkan aku lupakan jasanya yang sudi membantu aku menyelesaikan yuran pengajian semata-mata untuk aku konvo. Tak setanding jasanya dengan sepupuku yang lain. Mane ade yang sudi membantu beribu-ribu kot. Tapi dia tidak, dia langsung tak berkira, walaupun aku terpaksa bayar secara ansuran. Siap skip-skip lagi. Tapi dia OK jek.. 


Diala jugak anak kesayangan dalam family beliau. Paklong cukup sedih bila tengok angah macam nih.. Cepatla sembuh Ngah. Moga Allah berkati kamu. Moga semangat kamu, Ngah sentiasa kuat. kerana anak kedua nih degil.. Lalu degilla anda dalam mempejuangkan sisa hayat anda. Kerana kami-kami ini masih memerlukan anda. Sungguh kami tidak bersedia.









nota kaki: Adik macam terima tamparan kedua semula. Sebab dia sangat rapat dengan Angah Ye. Moga Allah panjangkan usia beliau, Ahmad Nizam bin Ahmad Razi.. Aminnnn....

2 comments:

M e r p a t i B i r u berkata...

sedey kot entry ko ni...
siap nangis2 lagi orang

wOrkshOp gUrLz berkata...

hahaha... tulus before angah pi tau...
moga rohnya dicucuri rahmat..
jgn nangis lagi, mari doakan tuk arwah..

 

~Workshopgurlz~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea