Rabu, Januari 12, 2011

:: Perlu ke CINTA sampai tergadai BODY ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 10:02 PTG



Assalamualaikum.....

Entry nih direka setelah aku dengar banyak cite tentang kisah orang perempuan yg sanggup jual maruah diri semata-mata kerana cinta. BTW, aku pelik dengan manusia zaman sekarang. Kenapa perlu gadai segala yg kita ada sebab orang lelaki je ekk.. Rugi tau wahai wanita di luar sana. Kalu anda dah bagi semuanya kat kekasih anda, ape jek yg tinggal untuk si suami nanti. Lainlah kalu da comfirm2 si kekasih tuh bakal suami anda. Sama2la kome rugi..



"Lelaki tukang zina tidak (boleh) berkahwin, melainkan dengan perempuan penzina atau musyrik; dan seorang perempuan tukang zina tidak (boleh) berkahwin, melainkan dengan lelaki penzina atau musyrik. Yang demikian itu diharamkan atas orang-orang mukmin." (Al-Quran,Surah an-Nur: 3)



Aku sebagai kaum hawa, tumpang simpati pada wanita-wanita yg x menggunakan sepenuh akalnya apabila bersama kekasih mereka. Sedarkah kamu wahai wanita, selangkah kamu mendekati zina, selangkah jua kamu mengecop tempat di neraka!!!



Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan.” (Surah Al-Israa’: 32)






Sayang macam mane hebat pun kite pada kaum adam ni, perlu juga kite meletakkan sempadan dan batas dalam pergaulan. Aku sendiri sedar kot yg aku tidakla sebaik mane.. TETAPI... bukan bermakna aku dengan mudah dan murahnya memberi peluang pada lelaki untuk diambil kesempatan. Katalah aku kolot ke ape ke, aku lagi takut akan seksa Allah. Dahla dosa yg ada pun rasa amat berat, nak tambah dosa besar pulak. Ya Allah, aku mohon agar KAU ampuni kekhilafan aku, Lindungilah aku Ya HAfidz.


Bila depa duk cite-cite pasal isu ni kan, dalam otak aku duk berlegar-legar persoalan. Tak takut ke masa berzina tetiba ajal menjemput. Langsung mati dalam keaiban. Allah, ngeri kot..
Aku nih da ckup bersyukur, walau lahir di tengah ibu kota pun, dibesarkan dalam kepincangan mentaliti masyarakat pun. Aku masih tetap aku, yg akan terus pertahankan maruah diri hanya untuk suami. Datangla sebanyak mane kekasih yg nak mintak bukti-bukti cinta pun. Stupid OK...


Pada aku, sgt annoying bile si pakwe duk sibuk-sibuk mintak bukti tanda cinta. Bukti penampar nak??? Tambah lagi kalu bukti tuh adalah dengan menyerahkan jiwa raga. Nonsense gilee.. Kalu kau da sayang sangat kat makwe ko, percaya aje udah. tak payah mintak bukti bagai. Kalu ditakdirkan kome berpisah. Tu tanda takde jodohla.. takkan x percaya Qada dan Qadar pulak???


Plus, Cinta tuh berkait rapat dengan hati. Hati tuh milik ALLAH. Jadi cinta sebenarnya untuk siapa?? Anda ada jawapannya.


Kaum ADAM,
Andai benar, kamu sayangkan kaum hawa,
Lindungila dia.
Jagalah maruah dia.
Nasihatilah dia.
Jangan disentuhi mereka selagi tak terlafaz ungkapan ijab dan kabul.

Kaum HAWA,
Kamu adalah penyeri dunia,
Akalmu senipis bilahan rambut,
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu,
Hatimu pula bak kaca yg rapuh,
lalu kuatkanlah ia dengan iman yg teguh.


Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh pada mengerjakan perbuatan yang keji dan munkar.” (An-Nur: 21).



"Perempuan jahat untuk laki-laki yang jahat, dan laki-laki yang jahat untuk perempuan jahat; dan perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik." an-Nur: 26)



nota kaki: Jasad ini hanya pinjaman, hati ini milik Tuhan.

0 comments:

 

~Workshopgurlz~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea