Sabtu, Januari 15, 2011

:: Kecantikan itu perlu ke? ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 9:15 PTG
Assalamualaikum...

Cantik tuh perlu ke? BTW, setakat ape yang mampu aku rumuskan berdasarkan insan-insan di sekeliling aku. YESSS... Cantik itu perlu. Sebagai contoh, officemate aku ni sangat pilih bulu which is bila kaum hawa yang cantik-cantik mintak tolong, depa dengan senang hati dan pantasnya akan datang hulurkan bantuan. Sangat annoying OKEH... Kadang-kadang aku rasa depa nih macam membodohkan diri sendiri sebab pompuan tuh bukan nak kat dia pun. 









  Sebagai contoh, opismate lelaki aku nih sangat suka tolong pegangkan beg tangan opismate wanita aku. Tolong pi kedai belikan barang. Tolong buangkan sampah. Tolong gerudi bilik (Ok, ini takpe.. Memang perlu pun), Tolong bawakkan laptop, LCD. Tolong belikan makanan dan segala macam bagailah. Padahal dah buta-buta, opismate wanita aku nih da ade special one. Kadang-kadang tuh, dah ada suami pun. Tapi si Opismate lelaki tetap setia gak membantu pada mende-mende yg aku rasa kaum hawa mampu buat sendiri. 



~ ingin menjadi seperti ini ~


Yang Opismate wanita aku nih pun satu, manja sangat. Tahu muka cantik, so.. ape lagi.. gunalah apabila perlu. Kadang-kadang aku terpikir gak, Mr. husband ngan Encik pakwe masing-masing tak jeles ke? Yang tak buleh blah tuh, bile opismate lelaki aku nih suka sangat sentuh-sentuh si opismate yang cantik-cantik nih. Dapat sentuh bahu, or dapat buangkan daun kat rambut depa pun dah macam satu rahmat. Sangat mengada-ngada.


Sampaila ada satu ketika, Opismate wanita yang biasa-biasa jadi bengang dengan sikap macam nih. macam satu sindrom yang melanda opis pulak. Sampaila terkeluar gelaran Sindrom TPCS or in the other words, 'Sindrom Tolong Perempuan Cantik Sahaja'. Nak tergelak pun ada bila ade yang dah mula kechik ati. Tapi nak buat lagu mana, dah memang sikap orang lelaki kat opis macam nih. Kesian pada wanita-wanita biasa.. Ahakss...






Tapi memang sangat tidak adil ok.. Kadang-kadang wanita biasa macam aku nih sangat perlukan bantuan lelaki bila nak buat keje-keje berat. Macam masa admin opis pindah aritu, kalu ikutkan kotak-kotak tuh sangat berat. Tapi opismate lelaki berat sebelah, depa pi tolong wanita cantik dahulu. Nak buat macam mane, dah aku pun tak cantik.. HAHAHHAHAHAH.... Tapi, Do I Care?? Helooo.. i sikit pun tak heran okeh.. Kalu kome tak membantu pun takpe, aku punya kudrat sendiri yang mampu buat keje tuh tanpa bantuan dari kamu-kamu.. Lagipun, masih ada lagi lelaki-lelaki yang macho nak tolong kami nih, pompuan yang biasa-biasa..HIhiHIhihihi..





Tapi sebenarnya kan beauty is in the eyes of beholder. Ada setengah lelaki akan cakap wanita nih cantik, tapi setengah lagi kata biasa je. Ada juga yang merasakan cik awek depa adalah wanita yang tercantik padahal kawan-kawan depa kata biasa je. Senang cite, lelaki akan cakap wanita yang paling dia sayang adalah wanita tercantik yang dia ada. 


Tapi kan wahai kaum adam, cantik macammane pun kaum hawa nih, anda harus nilai hati mereka juga. Semak latar belakang, either depa pembersih ke pengotor ke. Pandai masak or mengemas ke. Yang paling penting, AGAMA. Perempuan yang baik adalah perempuan yang menjaga agamanya. Perempuan yang baik agamanya, maka baik peribadinya, InsyaAllah. Sekian..



nota kaki: Cantik tuh universal. Kalu tingkahlaku baik, automatik akan nampak cantik..kan kan... 

0 comments:

 

~Workshopgurlz~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea