Rabu, Januari 05, 2011

:: Perihal LELAKI (Part 1) ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 9:46 PTG



Assalamualaikum....

Entry kali nih aku rase mcm nak kupas isu lelaki. Tapi ini hanyalah dari pandangan peribadi aku semata-mata based on lelaki2 yg ada disekeliling aku. Pada yg ada pendapat mereka sendiri, terpulangla.. Sendiri yg hadapi kan.. Lagipun nih negara berdemokrasi, berhak memberi pendapat mereka sendiri tetapi biarla dengan tutur yg elok.

1. Lelaki ini EGO







Secara kasarnya, yes.. memang betul. Nape ek? Sebab sesetengah lelaki nih suka tegakkan benang yg basah even da buta2 dia yg salah or tak berani nak hadapi kenyataan..

Contoh simple:
Si jejaka nih da curang dgn si makwe, tetapi beriya2 duk menafikan skandal yg da tersebar.. Ape kes brader?? Kalu x suka si makwe, sila bagitau dia awal2. Atleast, bulela dia cari tempat berteduh yang baru. xlah si makwe duk terhegeh2 setia kat u. Helooo, ramai lagi lelaki nk tackle dia ok..

Contoh kedua:
Si jejaka nih memang suka kat sorang gadis nih. Tapi xpulak dia berani nak luah feeling tuh kot.. Takut malu katanya. Nonsense gileee.... Kalu anda lelaki, confront la beb. Luah jelah. kena reject ke idak ke yg penting anda da cuba. Kalu si gadis tolak anda, diala yg rugi sebab lelaki se'gentle' anda telah ditolak tanpa diberi peluang.. hish2, cubela lagi. x cuba xtau. Pompuan nih ada sesetengah nye pemalu.. Manelah tahu, kot2 si gadis juga suka kat anda.



2. Lelaki nih kuat BERAHSIA







Yang nih mmg aku pelik.. Kalu pompuan jenis suka pot pet pot pet duk cite perihal dia kat org. Kaum adam nih lain pulak sikapnya. tak abes2 dgn rahsianya. Kalu rahsia besar, xpelah jugak. Nih rahsia pasal dah ada awek, da bertunang and kadang2 tuh duk ngaku bujang. Best ke kalu tahu awak tuh solo molo. Nak test market lagi ke brader. Sudah2 la tuh, sian cik awek dan puan isteri kat umah yea..



3. Lelaki ni DOMINAN

Aku half setuju. Tapi mengikut populasi orang lelaki di sekeliling aku, depa mmg dominan pun. Konon2, dorangla yg paling hebat dan besar. Tapi bila suruh ngaji, terkincit pulak.. Aiseh, pada aku, baik anda dominan dalam menyeru yg maaruf nih. Macam IMAM MUDA. Bila nk suh jadi imam solat jemaah walau safnye sebaris, cepat2la anda angkat tangan. Anda akan buat hati gadis2 cair dgn kewibawaan anda. Tapi buatla dgn ikhlas, jgn duk riak pulak.. x baik wooo..



4. Lelaki suka pandang POMPUAN SEKSI


-sampai berdarah hidung kot..hahahah-


Totally agreed. Kalu pandang gadis cantek lalu.. perghhh.. mata depa x berkelip. Sungguh aku kata, kadang2 rase nak cungkil mata depa nih. Tapi org pompuan pun lebih kurang jugak, cube kalu lelaki ensem lalu, mau cair dibuatnya. HAHAHAHA...
Tapi bab yg aku xberapa berkenan, mata si jejaka nih. Sangat bahaya woo, pandangan depa mcm nak tebus dlm pakaian yg pompuan nih pakai. Salah pompuan jugak, yg pi show off tuh buat ape. Memangla depa amek peluang. Adehhh.. malu bile jalan dengan depa yg bergelar lelaki tetibe ada je si gadis yg terselak kainnya masa nak naik tangga.. Mulala si jejaka duk sebut2 betis gadis yg putih tuh.. (hurmmm.... Patutla Islam menganjurkan kita nisa' nih pakai stokin dan labuhkan pakaian, sbb nak elak pandangan yg sebegini.. Bagusnya Islam)




*********************************

Sekian Entry aku kali nih.. Akan bersambung dalam part yg seterusnya. Tapi bergantung pada tahap kerajinan aku. Aku org yg berkerjaya, jarang ada mase tuk menulis begini. Kalu ada masa lapang pun, aku akan abeskan tuk xtvt2 lain yg lebih penting... Chill beb, will be continue..


nota kaki: Idup nih simple.. Memang byk soklan tp Islam adalah jawapannye. Cume kite nih jek x sedar diri, amek setengah jek, bukan amek seluruhnya.. Sedangkan Islam ajak kite secara ka'fa which is seluruhnya. Aku amat menyedari kekhilafan diri dan akan selalu mencuba yg terbaik semata2 demi MARDHATILLAH. Moga apa yg sedang kami perjuangkan sekarang LILLAHITA'ALA, Allah bantu dan lindung.. Aminn...



0 comments:

 

~Workshopgurlz~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea