Rabu, Februari 02, 2011

:: Janji Allah itu pasti ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 11:32 PG

Assalamualaikum...

Sesungguhnya janji Allah itu amatlah pasti, lalu diambil semula anugerah yang pernah dipinjamkan pada anak adam itu. Angah pergi jua setelah koma selama 3 hari. Tanggal 25 Januari 2011, jam lebih kurang 4 petang akan kekal terpahat dalam ingatan di mana aku menyaksikan satu pemergian yang cukup menyayat hati. Janggal untuk memanggilnye 'ARWAH', tapi itulah panggilan yang harus ku gelar pada angah sekarang.








Mase tuh, aku dan cousin-cousinku yang lain baru je lepas makan lunch dekat kafe ppum. Lepas solat zuhur, kak ila iaitu cousin kepada akak fuza, bergegas datang dekat kami yang tengah lepak dekat depan lif. Dia kate, nurse suruh masuk dalam wad angah sekarang baca Yasin.. Mase tuh jantung aku ngan maklang berdebar macam nak pecah. Laju sungguh kami jalan mase tuh. 


Sampai je, terus start baca yasin tapi memang tak fokus langsung. Maklang duk urut-urut dada sambil beristighfar sebab bacaan dah melalut. Sumenye sebab bimbangkan angah. Ata masuk je da start menangis sambil mula call semua orang. Sangat sebak situasi mase tuh. Rasa macam nak meletup dada kot. Akak meluru masuk dengan anak-anak. Situasi dah jadi amat genting mase tuh. Seorang demi seorang peluk angah, sebab kami tahu dah masa angah nak pegi. Sehari sebelum dia pegi, dia da nazak tapi alhamdulillah, dia da kembali stabil. Rupenye dia pergi disaat kami semua yakin peluang masih ada. 





Mase angah pegi, paklong dengan anoi baru je balik tido sebab seharian tunggu dekat hospital. Tapi mungkin bukan rezeki depa, angah pegi tanpa mereka disisi.  Paklong sangat tenang walau airmata menitik laju. Tapi rupenye, sume tuh dia simpan, sampai je dekat rumah. Dia meraung. Sebak... Anoi terkilan sebab sume berlaku begitu pantas. Sangat Pantas dan pada saat yang kami semua tak jangka. Memang kuasa Allah.


Menitis laju airmata tatkala nak pujuk anak-anak angah. Fatin dan Nabila ku peluk dan ku pujuk agar mereka kuat. Aku tahu perasaan mereka. Kehilangan baba di usia yang muda, tamparan yang sangat hebat. Akak tarik tangan angah, diletakkan diperutnya yang mengandungi benih angah. Dibisikkan kata-kata yang aku pasti sume akan menitiskan airmata. Akak, aku tahu ko kuat kak.. Berat mata kami yang memandang, berat lagi bahumu yang memikulnya kak. Kau harus cekal, kerana kami masih tetap disini. InsyaAllah kak. Bukan senang nak membesarkan anak seramai 5 orang tanpa suami disisi. Inilah ujian terbesar dalam hidupmu kak.




Angah...
Pergimu kami redhai walau terasa pahit untuk kami tempuhi. Kerana kau milik Allah, dari-NYA kita datang, kepada-NYA jua kita akan kembali. Moga kau aman di sana ngah. Yang pasti, hidup kami akan sunyi selepas nih, pasti raya kami terasa sepi. Kerana kau ngah, tiada lagi disisi. Jasamu tetap akan aku kenang. Terima kasih kerana pernah menjadi abang dalam hidup kami. Moga rohmu dicucuri rahmat. InsyaAllah. 
Al Fatihah buat arwah Ahmad Nizam bin Ahmad Razi.


nota kaki: Kehilangan angah buat kami sunyi...

2 comments:

M e r p a t i B i r u berkata...

sedih kot...
adoi... menitis2 lagi airmataku hari nih

ze@L z@R@ berkata...

Takziah wt wawa sekeluarga...akk doakn fmly arwah angah wawa tabah hadapi hidup yang mendatang semoga akan ada sinar buat mereka...

 

~Workshopgurlz~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea