Khamis, Februari 10, 2011

:: Pergilah kesedihan ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 9:49 PTG
Assalamualaikum.....


Sejak dua menjak nih. Banyak entry aku yang sedih-sedih je. Sangat sesuai dengan jiwa aku yang sedang kaco sekarang. La nih aku kat umah, dapat MC dua hari sebab BP aku sangatla low.. Hahahah.. tak sangka even keturunan aku majoritinye berpenyakit darah tinggi, aku pulak yg dapat darah rendah. Tapi itulah hikmahnya. Walaupun aku senang pitam, tapi aku tetap gagahkan diri agar terus bertahan. Sebab tak best pun pengsan, lalu ada orang angkat.. Eeeuuuuwww....


Semalam aku bermimpi. Pada aku ianya sedih. Dan aku berharap ianya tidak menjadi kenyataan. Cukup-cukupla dengan apa yang dah jadi. Aku belum bersedia. Tapi seandainya terjadi jua, aku pohon agar kami redha dan teruskan bersabar. Kerana itu janji Allah.



Mood aku tak berapa menentu kebelakangan nih. Mudah sangat menangis. Mungkin sebab dalamannya sakit. Betullah kata orang, perempuan itu jiwanya kental tetapi hatinya lemah.. Lalu airmata dijadikan senjata untuk memujuk hati. Aku berharap, ianya tak lama. Moga aku kembali ceria seperti sediakala..




Besok ada tahlil di tempat keje angah. Kami semua excited nak pi. Aku rasa, nih jelah cara untuk buat aku hepi sebab angah da takde.. Sejak angah pegi, hidup kami kelam. Selalu terbayang-bayang angah disisi. Moga kau aman di sana ngah.. Hanya doa yang mampu aku titipkan...

nota kaki: Kesat airmata lalu berjalan pergi...

0 comments:

 

~Workshopgurlz~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea