Selasa, Februari 08, 2011

:: Kasih Sampai Syurga ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 11:33 PTG
Assalamualaikum....









Entry kali nih khas tuk ko dik... Aku tahu, ko suka baca blog aku diam-diam walaupun ko kata yang ko benci nak baca blog aku kan kan. sebab aku tahu, blog nih bule buat ko sedih because we in the same situation right?? BTW dik, sentiasalah kau ingat bahawa dunia ini hanyalah satu pinjaman. Yang abadi itu tetap milik Allah. Yang pergi telah ditakdirkan pergi. Dah janji dia dengan Allah. Yang tinggal kini, hanya kau, aku dan orang-orang sekeliling kita. Entah bila-bila turn kita pulak go.. adakah kita da cukup bersedia??








Dik,
Kau silap bila kau kata mak tak sayangkan kau. Sangat silap. Sebab aku jadi saksi betapa mak pentingkan kau. Tapi kau harus paham cara mak, dik. Mak orangnya sangat emotional. Asik nak touching je. Hatinya macam bekas kaca, mudah pecah. Dan aku tahu, kerana itu kau selalu tertekan. Sebab airmata mak sangat murah. Asik nak marah je. Dan ko, pasti akan terkena tempiasnya. Tapi dik, cube ko letakkan situasi kau dalam tempat mak. Mungkin dah memang cara mak, takde sape dapat ubah dia. Walaupun hatinya serapuh kaca, tapi kasihnya tak tertanding dengan orang lain dik.









Dik,
Perginya arwah maklong dan angah, bukan bermakna dunia ko akan kelam or tenggelam, Berpeganglah pada prinsip, 'walau tenggelam, aku pasti akan hidup'. Dah tiba masa tuk maklong dan angah pegi, redhalah.. Kita yang hidup nih, harus amek iktibar dan doakan perjalanan hidup arwah dipermudahkan.. Bukan kita je yang rasa kehilangan, tapi akak lebih lagi dik. Tanggungjawab kita sekarang, bantu akak dan anak-anak untuk terus bangkit!..









Dik,
Hidup hanya sekali lalu hargaila ape yang kita telah ada di depan mata. Jangan sesekali kita sesali atas kurniaan dari Allah nih. Tidak Allah jadikan sesuatu melainkan DIA tahu yang kita mampu hadapinya. Jangan sesekali kau ulang kesilapan yang lalu. Amek iktibar dan teruskan perubahanmu. Sebab arwah mengharapkan perubahanmu itu. Bangkitlah dik!!!


Dik,
kau masih ada aku, mak, ayah, along, anoi, ata, syikin dan yang lain-lain. Marah kami bukan bererti tidak sayang. Tapi kami hanya berniat memperbetulkan. Doa aku sentiasa ada buat ko dik, sebab kau adik aku..








 nota kaki: Senyum sambil terus melangkah...



:: ketahuilah, hidup ni tak seindah seperti apa yang kita harapkan. Kadang-kadang, kita rasakan seolah-olah kita terkurung dalam dunia yg kecil. dan ingin sekali kita pergi ke dunia sebelah yg hijau tapi tanpa kita sedar, dunia cuma fatamorgana ::

0 comments:

 

~Workshopgurlz~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea