Isnin, September 10, 2012

:: Entry buat Sahabat ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 12:10 PG

Assalamualaikum...


Hidup baru, suasana baru dan kebahagiaan baru...
Syukur Alhamdulillah..
Bila aku flashback balik, rasa macam banyak betul hikmah yang aku dah dapat. Yea, hidup aku kan banyak masalah, orang je yang tak nampak sebab aku tak suka nak tunjuk. Mungkin orang yang dengar akan kata, ianya simple tetapi setiap orang punyai masalah masing-masing yang mana orang lain rasa simple je nak handle kot. Nampak tak disini, betapa pemikiran setiap orang itu berbeza. Macam kau buat eksperimen kimia jugak, kadang-kadang hasil analisis yang kau dapat lain dengan orang walhal kau buat sama je prosedur. 1mm berbeza pun tetap dikira perbezaan kan..kan..


Masa borak dengan bai, aku perasan perkara ni. Walau susah mana aku hidup, aku tetap ade dia. Yea, dia... kawan terbaik yang aku ada. 7 tahun kawan, buruk baik aku ada tersimpan kemas dalam diri dia. Segala rahsia aku ada dalam tangan dia, sebab aku sangat percaya pada dia. Sepanjang kawan, bukan tak pernah kitaorang gadoh, pernah sampai tak bertegur tau tapi mase tuh, serius aku rasa ilang satu semangat dalam diri. Last-last, aku pi jugak pujuk dia. Bukan susah nak pujuk bai ni, just buat dia gelak, comfirm dia gelak jugak.. Senang kan...


Dulu, sebelum bertunang, gagah lagi aku bergayut dengan dia sampai sejam. Kadang-kadang tuh cuma nak cite mende kelakar yang dah jadi sepanjang idup aku je. Dia pulak, tak pernah jemu nak dengar dan gelak sampai boleh nangis. Sayang sungguh aku dekat persahabatan kami ni. Yelah, mana nak dapat kawan yang boleh gelak bila kau gelak dan turut nangis bila kau nangis. Aku jumpe semua tuh dalam bai. 


Norbaizura Nordin...
Aku nak kau tahu. Dari jauh, tak pernah sekali aku lupa nak doakan kau. Kalu aku sebut nama izwan di depan kaabah, nama kau jugak aku sebut agar bahagia sentiasa ada buat kau. Doaku agar kau jumpa bahagia yang kau cari, insyaAllah...



1 comments:

neng ana berkata...

Assalam..
Wa, layout baru! comey =p

 

~Workshopgurlz~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea