Isnin, September 03, 2012

:: BerUlang Tahun Hari Lahir Bersama Tunang ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 1:36 PG

Assalamualaikum....

Selamat Hari Lahir buat diri sendiri... whoa.. Tahun ni menjangkau usia aku 26 tahun. Tua dah aku ni tapi masih lagi kekal muda remaja dan terusan menjadi ceria. Pertama kali berulang tahun sendiri dengan pasangan yang tersayang sekaligus merangkap tunangan orang. Part ni yang paling best. Serius seronok jadi tunang orang tau.... wuwuwuuwuw...


Berhujung minggu di Kelantan sebab adan tunang. Adan ni abang sepupu, bertunang dengan orang kelatan pada 31 Ogos 2012. Di sini ada cite menarik nak share, dimana matlamat asal nak bercuti sebelum final exam sambil melihat orang bertunang tapi terjumpa pulak dengan tunang sendiri. Yehhaaa.. Hepi kemain kau kan wa...


Ada orang cakap, aku yang berjanji dengan Mr Fiance agar kitaorang dapat berjumpa kat terengganu. Tapi serius beb, semua pertemuan tuh terjadi secara kebetulan. Rasa macam jodoh kitaorang sangatlah kuat. Alhamdulillah. hehehe... Dalam hati rasa macam tak percaya pun ada, tapi seronok punya pasal sampai balik Kolumpo senyum tetap sampai telinga... 




Ceritanya begini~~~~~~
Masa tuh weekend, dia memang ada kasitahu nak ke terengganu sebab nak hantar anak buah dia mendaftar as new student dekat kusza. 
Dan aku pulak, disebabkan sedang nak final exam. Otak aku pasti akan menjadi 'hang' kalu aku tak hiburkan otak aku dengan sesuatu yang buleh kasi otak aku rest sket. So, memandangkan mak ade offer untuk follow depa ke kelantan. Aku pun rebutla peluang berjalan-jalan sambil studyla konon... Hahahaha... Hidup kau memang penuh dengan bercuti je time exam kan wa... hish hish....

Settle je adan tunang, dan dah puas jalan-jalan area wakaf che yah and so on tuh. Datang plan depa nak pi jalan kat terengganu pulak. Eh sebelum tuh, SELAMAT BERTUNANG ADAN!!!!...
Masa tuh rasa macam yeayyyyy... nak pi ganu. Boleh jumpa cik tunang kat sana..

TETAPI.... again aku dipahamkan, kitaorang akan bergegas balik KL terus ari ahad tuh yakni singgah area kemaman sahaja. OH NO... maksudnya tak dapat juga aku jumpa incik tunang... Sob sob... hampa gile den masa tuh tau. Dan aku pulak, tak kasitau pun depa yang incik tunang ade di Terangganu. Dalam hati duk tawakal aje. 


Disebabkan kadar hati yang sangatla teringin nak jumpa. Ade jugak aku hint dengan adan, kot-kot dia nak lalu area kusza ke. Tapi adan awal-awal da potong mood aku dengan mengatakan betapa jauh kalu nak patah naik Kuala Terengganu tika itu. Lalu aku pun pasrah even dibuli dan disindir main-main dengan depa. Tak pasal-pasal jadi mangsa usikan tau.


Masa dalam kereta, sempat aku mesej dengan incik tunang sambil mengatakan, even kitaorang ni ada dalam satu negeri tapi tetap juga kitaorang terpisah. Lalu aku pun cakapla dengan dia, kalu betul ada jodoh kitaorang ni. Pasti InsyaAllah akan jumpa jugak... hehehehe...Oh yea, aku sangatla buta akan peta dalam terengganu sampaikan tak tahu lokasi sebenar aku masa tuh. So kalu adan cakap nak pi pasar payang ke ape ke, aku tak dapat bayangkan betapa jauh jarak nak datang tau.




btw, Incik tunang memang ada cakap nak pi masjid kristal. Tapi adan tak cakap pulak nak singgah masjid kristal, dia cuma cakap nak pi masjid putih aje. So, bilamana adan cakap dia nak solat dekat masjid kristal. Tahu tak, hati aku lompat-lompat suka. weiii... susah tau nak jumpa tunang sendiri. So that, kalu ade peluang macam ni, takkan aku nak lepaskan macam tuh je kan...


Memandangkan aku ni pegi dalam rombongan makcik-makcik yang sangat gemar shopping. Maka kami ni tersadai lama dekat kedai jual keropok lekor. Perghhh... aku ni dahla punye debar tau. Buleh pulak depa pi tibai shopping lama-lama. Sebenarnya walau aku excited nak jumpa tunang sendiri, dalam hati tetap malu-malu itik. Gile kau, aku pakai baju tahap selebet ape je. Muka dahla tengah hitam legam. Tudung selebet senget benget. Malu wei malu dengan tahap keselebetan diri sendiri. Yelah, aku pun tak bajet nak jumpa tunang sendiri. Kalu aku tahu, aku dah melaram abes mase tuh.. Whoaaaa....


Tahap takut nak jumpa sampai aku tinggal hanset dalam kete. Gedik gile kau wahidah, kemain nak jumpa tapi at last, kau jugak yang gelabah tahap nak amek SPM balik kan. Bila capai je hanset balik, dia call, katanya baru je lepas singgah masjid kristal. Hati dah kata, yeay.. takyah jumpa. Tak payah show off muka kau yang macam jambatan tak siap ni. kahkahkah... Sekali..  incik tunang kata family dia nak pi pasar payang pulak lepas ni. Perghhh... macam mana pulak bule nak sama destination dengan rombongan aku pulak wei... adoiiii... 


Masuk kete, duk pandang cermin. pastu pandang adik. Pandang emak ayah pulak. Cakap dengan depa, betapa huduhnya aku saat ni. Tapi pesan mak sangat aku suka. Mak ada kata, kalu betul dia tuh suka aku. Dia pasti akan tima saat aku buruk selebet macam ni apatah lagi masa tengah melawa sakan kan. Terpujuk hati den. Tima kasih mak.... Dengan debaran didada, dah pikir da masa tuh nak main sorok-sorok. Biar terjumpa tiba-tiba je. 


Masa incik tunang mesej kata dah sampai and kebetulan masa tuh, aku pun baru je turun kereta lalu aku pun balasla mesej keramat dia tuh. Hanset awal-awal aku da simpan dalam beg. Mesej dia yang kasitau nombor kedai pun, aku baca nak taknak je. Nebes wei nebes.. Tapi duk hafal supaya tak lalu kedai tuh. Nebes aku ni tahap nak duk ulang alik tandas tau. Pusing satu pasar payang sebab tak jumpa tandas je. Hanset bunyi pun buat bodoh. Siap dalam otak dah reka ayat:

"Saya sesat, tak jumpa mak ayah. Jadi tak sempat nak jumpa awak" 
[konon-konon sebab takmo jumpala ni..] 

Sekali~~~~~~~

Masa nak cari mak ayah tuh, tup tup... dia berdiri depan aku dengan family aku sekali. Ok Fine...
Kau jumpa mak ayah aku dulu.. Kahkahkahkah... Takdir hidup.
Nampak tak, punyalah kau duk kelam kelibut nak nyorok. At last, kau nampak dia berdiri dengan mak ayah kau. Jodoh.... 


Jadinya, berhari raya di pasar payang bersama yang tersayang. Sekaligus berada sehari sebelum bufday adalah antara moment yang akan aku kenang. Selebet~~~. hurm, lantakla... Selebet sekarang tak bermakna aku selebet hari-hari. Mana kau tahu kalu kat umah, aku punyalah melawa tahap nora danish kan. Rambut tocang ala anzalna nasir. Posing gaya macam izara aishah... Biar suami aku je yang nampak semua tuh. Sekian.... 



p/s: Selamat Hari Lahir sebagai bujang yang terakhir wahidah... InsyaAllah....


1 comments:

M e r p a t i B i r u berkata...

hahahahah. baru bace bende ni. ketawe terbahak2 orang. hahahah

 

~Workshopgurlz~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea