Rabu, September 19, 2012

:: Checklist Kawen ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 6:29 PTG

Assalamualaikum...


Ehemm ehem.... Bile tengok bride2be lain excited upload checklist bagai sempena kawen dorang, tetibe mood aku tuk upload mende yang sama tiba. Kemain kau kan wahidah, 
Tak memasal sanggup google ang blogwalking b2b lain just nak tengok start bulan bila depa mula prepare all things pasal wedding masing-masing ni.

So, bermulalah pencarian checklist-checklist kawen yang proper and sesuai aku nak 
buat rujukan seadanya kan...
neng-ana... aku curik list superb ni dari pages kau. 
Pasal kau lah, tetibe aku rasa berdebar wokeh. Adoiiii....


Senarai Semak Majlis Perkahwinan à 6 April 2013


12 Bulan Sebelum Majlis



( / ) Tentukan majlis akad nikah dan majlis resepsi kedua-dua pihak.
(   )  Menentukan bajet yang diperlukan untuk keseuma majlis termasuklah bajet pengangkutan, bajet kecemasan dan sebagainya.
(   )  Mula buat rujukan seperti, menentukan tema warna dan sebagainya. (Hantaran,PelaminBilik Tidur dan Lain-Lain Perhiasan yang anda ingini.)
( / )  Begitu juga dengan lokasi majlis sama ada di rumah, hotel atau taman.



8 Bulan Sebelum Majlis



(   )  Mengenal pasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang ingin diingini.
(   )  Sebaik-baiknya lengkap dengan tudung supaya lebih sedondon berbanding anda mencarinya sendiri.
(   )  Tempah jurusolek dan juruandam untuk majlis perkahwinan anda.
( / )  Daftar kursus pra-perkahwinan.
(   )  Bakal pengantin lelaki, semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan. (Jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan padahari pertunangan anda).
(   )  Dan lain-lain hantaran.



6 Bulan Sebelum Majlis



( / )  Menghadiri kursus pra-perkahwinan pada tarikh yang telah ditetapkan olehjabatan agama islampejabat agama daerah atau badan-badan islam swasta.
(   )  Menempah kadi untuk majlis perkahwinan  anda.
(   )  Menempah videografi atau jurufoto untuk merakam detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
(   )  Memberi cincin kahwin.
(   )  Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menempah katering.
(   )  Jika ingin menggunakan khidmat katering, bincangkan, menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
(   )  Contohnya menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput. Menempah marhaban,pasukan kompang dan DJ.
(   )  Melakukan rawatan badan untuk kesegaran.



3 Bulan Sebelum Majlis



(   )  Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
(   )  Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
(   )  Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik.
(   )  Bagi pengantin perempuan, kenalpasti orang saksi majlis pernikahan anda.
(   )  Manakala bagi wanita kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda.
(   ) Jika tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim dari mana-manajabatan agama islam untuk menikahkan anda.



2 Bulan Sebelum Majlis



(   )  Tentukan pengapit, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
(   )  Menghantarkan kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.



3 Minggu Sebelum Majlis



(   )  Pastikan pakaian pengantin telah siap dan ambil pakaian tersebut jika berpuas hati.
(   )  Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
(   )  Pastikan gaya anda tidak keterlaluan seperti seksi dan tidak sesuai dengan bentuk anda.



3 Hari Sebelum Majlis



(   )  Menghias pelaminbilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
(   )  Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
(   )  Hubungi jurufoto, juruvideo, dan lain-lain. (kompang, silat dan sebagainya).
(   )  Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
(   )  Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
(   )  Kenalpasti siapa yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (Begitu juga di pihak lelaki).



Usai Majlis



(   )  Pastikan bawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokumen yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.
(   )  Pastikan wang mas kahwin tersedia pada hari tersebut dan diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
(   )  Pastikan wang (upah untuk diberikan oleh tok kadi).
(   )  Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu yang ditetapkan.
(   )  Ambil sarapan untuk elakkan lapar, mengantuk dan tidak maya.
(   )  Jangan terlalu risau menghadapi hari bahagia.
(   )  Bertenang dan selalu senyum.
(   )  Pastikan majlis perkahwinan berjalan lancar seperti yang direncanakan.



************************************



See di sini ana, kalu ikut ape yang aku tick ni. Nampak sangat progress aku semua ke laut. hahahah. Kalu cakap dengan incik tunang tuh, mesti dia suh aku ikut ustaz kazim je. Senang katanya. Ikut aku pun nak je ikut ustaz azhar idrus tapi bila dah libat keluarga ni, semua da jadi lain sikit. Tak memasal je macam-macam mende nak kena add-on walhal aku pun pengantin bajet.... warghhh... yuran UTM kena bayar dulu woiii....





Hurmmm....Kalu tengok duration ni macam lama je lagi kan. 6 months, what do you expect in 6 months kau mampu nak siapkan semua mende pasal kawen ni kan... Minus 2 months cuz you need to focus on final exam and study week on december till january plus test, quiz, assigment and bla bla bla. Meaning that, you just only have 4 months.. Ok fine, tetibe rasa nak pengsan. wuwuwuuwu.. =_=


Ramai kawan-kawan dah start bising sebab aku macam takde pape progress. Depa semua tahu kot, yang aku ni selalu sibuk. Gila kau, assignment bersusun-susun, test dengan kuiz tetibe je ada. Kalu nak buat ujung minggu, aku pulak sibuk dengan kelas. Perghhh... macam mane den tak migrain...


Wahidah******    Tarik nafas dalam-dalam yea....phewwww****
Takpe, nanti kau update checklist kawen versi kau ek. Lagi senang kau nak paham, lagi senang kau nak nampak. 


Jom balik, lagi lama kau kat opis ni, lagi serabut otak kau. Untuk tenangkan otak kau yang hampir putus, cuba bayangkan Nazim Othman. Tak sabo den nak nengok 'Kau Yang Terindah'. Hish, dia tuh betul-betul macho and gentleman la... Bule jatuh bangunan kalu aku tengok dia ari-ari. Dush dush... mengada kan kau wahidah.. Dah pi balik!!!

p/s: ensem lagi aron ajis den... hahaha... gentleman jugak ape... whoaaaa....




3 comments:

neng ana berkata...

Wawa da bt checklist! Weee~
Mmg btl wa, kalau da melibatkn fmly ni pyh sket.ko xtau dlu planning aku lg simple k0t.tp lme2 kne reject T_T
So,aku bt la stkt yg mampu.xmenyusahkn diri sndiri dn mgembirakn sume pihak..0k?=p
Nway, gudluck darl!! ;)

wOrkshOp gUrLz berkata...

yeayy.. terjebak beb...
sindrom-pengsan-pastu-bangun-pengsan-balik da bermula wahai bakal pengantin.. pinjam checklist beb, btw.. cantek hand bouquet.. "_".. nakkk...
aku pun da ade idea cume blum ckup rajin nk DIY..

M e r p a t i B i r u berkata...

woi. bayak lagi belom buat nih. hahahahah

 

~Workshopgurlz~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea