Sabtu, September 03, 2011

:: Selamat Ulang tahun SAYANG ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 11:19 PTG

Assalamualaikum guys.....


Tetibe ceria ini hari kan.. Almaklumla, usiaku da menginjak ke angka jubli perak wooo... Kiranya aku sambut ari raya aidilfitri, kemerdekaan dengan ulang tahun sekaligus... teehheee... memang menarik..
Untuk usia sebegini, apa yang aku boleh banggakan dalam hidup ek.. Seriously, memang banyak benda yang aku buleh banggakan sebab ianya adalah pengalaman yang sangat berharga. 


Dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur tak pernah membuatkan aku lupa akan duduk diamnya aku di bumi Allah ni. Sungguh aku bersyukur yang amat. Alhamdulillah. Hiruk pikuk kota tak sesekali melalaikan aku untuk tersasar jauh. Aku bersyukur kerana aku masih lagi digelar urban village girls. Sifat kekampungan aku sangat aku pertahankan walau aku anak kota. Sekali lagi, alhamdulillah..


Aku nak make wish tuk birthday aku kali ni bule? Aku berdoa agar ape yang aku hajati selama nih tercapai. Moga rahmat Ilahi sentiasa mengiringi aku. Moga aku cepat bertemu jodoh yang baik-baik dan moga aku berjaya menjadi anak soleh yang mampu membuat ibubapa ku bangga punya anak seperti aku. Dan moga aku dicerdaskan akal untuk terus menimba ilmu Allah yang tak berkesudahan.. InsyaAllah.. aminnn








0 comments:

 

~Workshopgurlz~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea