Rabu, September 07, 2011

:: Kehipokrasian dunia pekerjaan ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 10:46 PTG

Assalamualaikum....




Teman, 
Bukan perihal raya yang hendak aku kongsikan di sini. Tapi erti perjuangan yang sedang aku juangkan sekarang. Jujurnya jiwa rasa gementar tapi perjuangan ini perlu untuk aku melangkah setapak lagi ke hadapan. Bermoralkan insan picisan di alam pekerjaan sekarang, sungguh aku sedih. 
Aku hanyalah seorang pekerja bawahan yang hanya memiliki diploma. Ditindas, diarah macam aku tak punya hati. Mentang-mentang aku diploma holder, segala kerja dibebankan atas bahu aku. Adilkah sebegitu?


Mak selalu pesan, bila kita jauh di atas awan, selalu-selalulah jenguk rumput di bawah. Kerana rumput itu banyak baktinya dibandingkan dengan kita. Itulah risiko berkerja dengan academician. Diploma tuh macam takat PMR aje dimata mereka. Ke aku aje yang berpemikiran sebegitu? Entahlah. 


3 tahun aku bersabar dengan macam-macam karenah. Tabik jua buat mereka sebab mampu bertahan dengan karenah aku. Sejujurnya, bukan puji atau sanjungan yang aku pinta, cukupla dengan ucapan TERIMA KASIH.
Sebetulnya, aku hanyalah picisan yang membuat kerja sehabis daya tetapi orang lain yang dapat nama. Ikhlaskah aku???


Nak je aku jeritkan ditelinga bosku sekarang bahawa kedudukan kau itu tidak kekal lama. Apalah guna kalau kau masih mendabik dada walhal pujian yang kau dapat sekarang hasil dari kau mengerahkan kudratku. Iyea, aku akui. Kau bos yang efisien sebab sejak kau ditabalkan dengan pangkat kau sekarang, segala-galanya kau lakukan dengan cepat. Tapi apalah guna, sekiranya tugas kau itu, turut aku pikul. Bolehkah elaun kau itu kite kongsi berdua. Baru adil bukan?


Telanlah duit itu, bos.. Makanlah hasil dari kau memijak orang lain. Jerih sudah telingaku dengar umpatan kau tentang keburukan orang lain. Seolah-olah hanya kau yang terbaik. Tak aku sangka, lelaki macam kau juga bermulut 'puaka'. Moga setiap kata-kata kau, Allah balas dengan hikmah. 


Salah ke kalu aku berdoa kerana aku insan teraniaya.. Dari aku menyumpah seranah setiap kali muka kelat yang kau tunjuk. Aku benci berkerja dalam situasi sekarang. Bermusuhan dalam satu pejabat. Hening sungguh suasana itu. Akukah yang bersalah? Salahke kalu aku meminta bantuan kau untuk membantu orang yang tidak tahu akan ilmu itu. Sehebat mane ilmu kau sampai kau begitu takbur. Moga Allah balas segala kelakuanmu. Noktah....





p/s : selalu aku berpesan pada diri agar apabila berada di awan tinggi, jangan sesekali lupa pada rumput di bumi kerana satu hari nanti, aku pasti berpijak di bumi jua..

0 comments:

 

~Workshopgurlz~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea