Jumaat, Mei 06, 2011

::Sedih::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 11:20 PTG

Assalamualaikum.... 

Sedih.... Aku sedih sebab kau buntal. Kadang-kadang aku terpikir, aku nih kawan baik kau ke? Sedangkan kalau secara logik akal, aku tak nampak dimana baiknya aku dengan kau. Sungguh aku sangat sedih plus kecewa. Aku rasala kan, aku dah buat sehabis yang terbaik untuk menjadi kawan yang terbaik buat kau. Sedangkan kau, kawan baik yang hanya di bibir. 


Cubelah sesekali kau perhatikan ek, setiap kali kita ym, berapa kali kau sebut yang aku adalah kawan baik kau. Tapi cube pulak kau ingat, sepanjang kita jadi kawan baik, ape yang da kau buat untuk aku??? Menjadi pendengar aku yang setia.. huhh.. jauh sekali. Mane ek kau letak hati aku?? Boleh tak kau jawab, kawan baikkah itu kalu kau selalu biarkan persoalan aku tak berjawab?? Kawan baikkah engkau kalau aku amat-amat memerlukan teman berbicara, engkau hilang tapi bilamana kau perlukan, aku dengan redha aje menadah telinga malah cuba untuk menjadi penasihat engkau yang terbaik.


Kawan baikkah engkau, bila engkau suka-suka datang dan suka-suka aje pegi macam kilat. Dan cukup kawan baikkah engkau bila kerap beli jiwa aku dengan ayat-ayat manis kau?? Sebegitu baikkah engkau???



Secara jujurnya, yeaa...kau memang lelaki terbaik yang pernah aku kenal malah kau memang berpotensi untuk menjadi suami yang terbaik TETAPI kau belum cukup terbaik untuk menjadi kawan aku yang terbaik. 




Mungkin da tiba masa, aku kena sedar akan realiti dan bawak diri kerana banyak mana pun aku mencuba, tetap jugak aku menjadi kawanmu yang terbaik walhal kamu tak pernah jua mencuba untuk menjadi sahabatku yang terbaik. Aku doakan yang terbaik untuk engkau kawanku.. Selamat tinggal kawanku...






nota kaki: Walau pahit untuk aku akui, tapi aku harus katakannya..





0 comments:

 

~Workshopgurlz~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea