Assalamualaikum….
Dear blog,
Entry umrah masih tergendala, meh sambung kat entry ni yea.
Berada di Tanah Haram, moment yang cukup indah. Menangisla
airmata banyak mana pun, tak mungkin dapat ganti perasaan tika tuh. Sungguh aku
berharap, biarla nyawa dan jasadku bersemadi di sana. Di bumi anbiya, tanah
yang dijanjikan tidak akan dimasuki Dajjal.
Sampai di bumi Madinah, terpikir-pikir sejarah Rasulullah
SAW. Kerdilnya aku kalu nak dibandingkan dengan baginda. Jauh sangat kot.
Peribadi insan yang cukup mulia, Rasulullah junjungan kita. Bumi Madinah, bumi
yang sejuk, nyaman, sangat tenang, tanah yang tenteram. Masjid Nabawi yang
cukup cantik. Rindunya~~~~~
Aku rindu suasana Raudah, karpet hijau yang menjadi idaman
setiap jemaah yang hadir. Biarpun perlu beratur, aku tak kisah asalkan dapat ku
jejak kaki di sana. Di sebelah itulah letaknya makam Rasulullah. Kawasan raudah
bagi nisa’ agak kecil jika dibandingkan dengan para rijal. Jadinya ape je ruang
yang ade, harus dimanfaatkan dengan secukupnya. Pantang ada ruang kosong,
buatla solat selagi yang terdaya. Bagi rijal, depa buleh masuk kawasan raudah
bila-bila masa je tetapi buat nisa’, ada masa-masa tertentu, selepas isyak dan
di sebelah pagi je. Raudah tuh kan taman-taman syurga, antara tempat yang
dikatakan mustajab doanya, insyaAllah.
Imam di masjid Nabawi, suaranya lebih lembut dan tenang. Bacaannya
memukau. Tangisan disubuh hari kerap kedengaran, jadinya para jemaah pun terasa
sekali. Setiap laluan di kawasan masjid disediakan tong-tong air yang berisi
air zam-zam. Patutla hati macam rasa lebih bersih, mau tak. Minum air zam-zam
setiap hari, sambil tuh berdoalah agar disucikan hati yang kotor tu kan
[pesanan ni lebih merujuk pada diri sendiri tau]. Masjid Nabawi ni besar,
punyai banyak tiang menara yang berbeza. Setiap tiang tuh punyai nama dan
kisahnya tersendiri. Oh yea, di sinilah letaknya jasad rasulullah dan para
sahabat. Di sini jugak letaknye perkuburan baqi’ yakni tanah perkuburan setiap
para syuhada yang syahid di jalan Allah.
Hurm.. panjang sebenarnya kisah semasa umrah ni. Pasti akan ku sambung cerita ini satu ari nanti semula. Sedang mengumpul kerajinan disaat terlalu banyak kerja lain. InsyaAllah. Kbai...
p/s: hanya gambar yang menerangkan bicara hati
0 comments:
Catat Ulasan