Khamis, September 20, 2012

:: Microbes => Chemistry ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 6:34 PTG 0 comments

Assalamualaikum.....


Arini, jadual lab agak pack. So agak penat disitu dan agak gumbira sebab buat keje dengan penuh ceria. Ceria ke kau mak jemah... macam buat-buat aje... whoaaa....
Tadi, setelah tersalah info pada student macam mane nak buat calculation density of water. Terus aku gagahkan diri mencari info dengan bantuan pakcik google. 


Oh My Brain!!!!!
Engkau ni kan student kimia... How come kiraan macam tuh pun tak buleh buat. Haiiihhhh.. =_='
Yang ada dalam otak kau ni asik-asik microbes. Dahla tuh mak jemah, kau focus chemistry pulak. Kau kan nak jadi chemist pasni.. Yehhaaa.... [nak jadi suri rumah je, bule tak..hahhahahah]


Tuhla masalahnya kalu study mende yang baru dan bukan bidang yang kau 'expert'. Tak memasal rasa diri macam nak terjun sungai sebab tak paham-paham ape yang kau sedang buat. Ok, macam ni yea mak jemah...[ni method cakap dengan diri sendiri tau]. Macam mana satu masa dulu kau sangat sukakan microbiology world, why not kau cuba tuk suka pada chemistry pulak. 


Bismillahirrahmanirrahim......
Amek log book, catit semua calculation. Start minggu depan kau kena rajin buat kira-kira yea wahidah. Jangan nak malas sangat. Ape kau ingat tekan je kalkulator semua keluar yea.. Toksah mimpi. Done...



-Aku harap, aku takdela jadi segila ni nanti.. whoaaa-

Rabu, September 19, 2012

:: Checklist Kawen ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 6:29 PTG 3 comments

Assalamualaikum...


Ehemm ehem.... Bile tengok bride2be lain excited upload checklist bagai sempena kawen dorang, tetibe mood aku tuk upload mende yang sama tiba. Kemain kau kan wahidah, 
Tak memasal sanggup google ang blogwalking b2b lain just nak tengok start bulan bila depa mula prepare all things pasal wedding masing-masing ni.

So, bermulalah pencarian checklist-checklist kawen yang proper and sesuai aku nak 
buat rujukan seadanya kan...
neng-ana... aku curik list superb ni dari pages kau. 
Pasal kau lah, tetibe aku rasa berdebar wokeh. Adoiiii....


Senarai Semak Majlis Perkahwinan à 6 April 2013


12 Bulan Sebelum Majlis



( / ) Tentukan majlis akad nikah dan majlis resepsi kedua-dua pihak.
(   )  Menentukan bajet yang diperlukan untuk keseuma majlis termasuklah bajet pengangkutan, bajet kecemasan dan sebagainya.
(   )  Mula buat rujukan seperti, menentukan tema warna dan sebagainya. (Hantaran,PelaminBilik Tidur dan Lain-Lain Perhiasan yang anda ingini.)
( / )  Begitu juga dengan lokasi majlis sama ada di rumah, hotel atau taman.



8 Bulan Sebelum Majlis



(   )  Mengenal pasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang ingin diingini.
(   )  Sebaik-baiknya lengkap dengan tudung supaya lebih sedondon berbanding anda mencarinya sendiri.
(   )  Tempah jurusolek dan juruandam untuk majlis perkahwinan anda.
( / )  Daftar kursus pra-perkahwinan.
(   )  Bakal pengantin lelaki, semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan. (Jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan padahari pertunangan anda).
(   )  Dan lain-lain hantaran.



6 Bulan Sebelum Majlis



( / )  Menghadiri kursus pra-perkahwinan pada tarikh yang telah ditetapkan olehjabatan agama islampejabat agama daerah atau badan-badan islam swasta.
(   )  Menempah kadi untuk majlis perkahwinan  anda.
(   )  Menempah videografi atau jurufoto untuk merakam detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
(   )  Memberi cincin kahwin.
(   )  Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menempah katering.
(   )  Jika ingin menggunakan khidmat katering, bincangkan, menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
(   )  Contohnya menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput. Menempah marhaban,pasukan kompang dan DJ.
(   )  Melakukan rawatan badan untuk kesegaran.



3 Bulan Sebelum Majlis



(   )  Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
(   )  Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
(   )  Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik.
(   )  Bagi pengantin perempuan, kenalpasti orang saksi majlis pernikahan anda.
(   )  Manakala bagi wanita kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda.
(   ) Jika tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim dari mana-manajabatan agama islam untuk menikahkan anda.



2 Bulan Sebelum Majlis



(   )  Tentukan pengapit, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
(   )  Menghantarkan kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.



3 Minggu Sebelum Majlis



(   )  Pastikan pakaian pengantin telah siap dan ambil pakaian tersebut jika berpuas hati.
(   )  Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
(   )  Pastikan gaya anda tidak keterlaluan seperti seksi dan tidak sesuai dengan bentuk anda.



3 Hari Sebelum Majlis



(   )  Menghias pelaminbilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
(   )  Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
(   )  Hubungi jurufoto, juruvideo, dan lain-lain. (kompang, silat dan sebagainya).
(   )  Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
(   )  Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
(   )  Kenalpasti siapa yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (Begitu juga di pihak lelaki).



Usai Majlis



(   )  Pastikan bawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokumen yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.
(   )  Pastikan wang mas kahwin tersedia pada hari tersebut dan diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
(   )  Pastikan wang (upah untuk diberikan oleh tok kadi).
(   )  Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu yang ditetapkan.
(   )  Ambil sarapan untuk elakkan lapar, mengantuk dan tidak maya.
(   )  Jangan terlalu risau menghadapi hari bahagia.
(   )  Bertenang dan selalu senyum.
(   )  Pastikan majlis perkahwinan berjalan lancar seperti yang direncanakan.



************************************



See di sini ana, kalu ikut ape yang aku tick ni. Nampak sangat progress aku semua ke laut. hahahah. Kalu cakap dengan incik tunang tuh, mesti dia suh aku ikut ustaz kazim je. Senang katanya. Ikut aku pun nak je ikut ustaz azhar idrus tapi bila dah libat keluarga ni, semua da jadi lain sikit. Tak memasal je macam-macam mende nak kena add-on walhal aku pun pengantin bajet.... warghhh... yuran UTM kena bayar dulu woiii....





Hurmmm....Kalu tengok duration ni macam lama je lagi kan. 6 months, what do you expect in 6 months kau mampu nak siapkan semua mende pasal kawen ni kan... Minus 2 months cuz you need to focus on final exam and study week on december till january plus test, quiz, assigment and bla bla bla. Meaning that, you just only have 4 months.. Ok fine, tetibe rasa nak pengsan. wuwuwuuwu.. =_=


Ramai kawan-kawan dah start bising sebab aku macam takde pape progress. Depa semua tahu kot, yang aku ni selalu sibuk. Gila kau, assignment bersusun-susun, test dengan kuiz tetibe je ada. Kalu nak buat ujung minggu, aku pulak sibuk dengan kelas. Perghhh... macam mane den tak migrain...


Wahidah******    Tarik nafas dalam-dalam yea....phewwww****
Takpe, nanti kau update checklist kawen versi kau ek. Lagi senang kau nak paham, lagi senang kau nak nampak. 


Jom balik, lagi lama kau kat opis ni, lagi serabut otak kau. Untuk tenangkan otak kau yang hampir putus, cuba bayangkan Nazim Othman. Tak sabo den nak nengok 'Kau Yang Terindah'. Hish, dia tuh betul-betul macho and gentleman la... Bule jatuh bangunan kalu aku tengok dia ari-ari. Dush dush... mengada kan kau wahidah.. Dah pi balik!!!

p/s: ensem lagi aron ajis den... hahaha... gentleman jugak ape... whoaaaa....




:: Bila Tunang Merajuk ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 12:36 PG 0 comments
Assalamualaikum....


Adoiiiii.... runsing....
Kalu tunang merajuk, nak buat ape yea... hurmmmm.. [sambil kerut kening]... 
Sebenarnya, tunangku taklah merajuk tapi aku yang rasa serba salah.. Serba salah wei...


Incik Izwan,
Saya nak awak tahu, saya memang macam ni tau. Saya outspoken, saya tak bagus, saya ntah ape-ape, saya ni clumsy, saya ni pelik, saya ni susah nak dipahami, saya ni 'cengeng', saya ni hishhh... ntahla, saya pun susah nak describe diri sendiri. Pendek kata, takde ape pun yang menarik nak dikongsikan. 
Tapi satu je yang saya nak awak tahu, saya sayang awak. Dan kalu saya dah sayang, InsyaAllah saya akan jadi yang terbaik untuk awak. Bukan yang terbaik kat dunia je tapi insyaAllah akhirat sekali.


Saya nak awak pimpin tangan saya sama-sama tuju Jannah. Saya nak awak jadi imam saya. Saya nak awak jadi abah untuk anak-anak saya. Dan saya tahu, awak boleh jadi yang terbaik buat saya. Zauj yang Allah takdirkan buat saya, insyaAllah...



p/s: Awak jangan simpan marah lama-lama ek. Nanti saya risau....

Isnin, September 10, 2012

:: Entry buat Sahabat ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 12:10 PG 1 comments

Assalamualaikum...


Hidup baru, suasana baru dan kebahagiaan baru...
Syukur Alhamdulillah..
Bila aku flashback balik, rasa macam banyak betul hikmah yang aku dah dapat. Yea, hidup aku kan banyak masalah, orang je yang tak nampak sebab aku tak suka nak tunjuk. Mungkin orang yang dengar akan kata, ianya simple tetapi setiap orang punyai masalah masing-masing yang mana orang lain rasa simple je nak handle kot. Nampak tak disini, betapa pemikiran setiap orang itu berbeza. Macam kau buat eksperimen kimia jugak, kadang-kadang hasil analisis yang kau dapat lain dengan orang walhal kau buat sama je prosedur. 1mm berbeza pun tetap dikira perbezaan kan..kan..


Masa borak dengan bai, aku perasan perkara ni. Walau susah mana aku hidup, aku tetap ade dia. Yea, dia... kawan terbaik yang aku ada. 7 tahun kawan, buruk baik aku ada tersimpan kemas dalam diri dia. Segala rahsia aku ada dalam tangan dia, sebab aku sangat percaya pada dia. Sepanjang kawan, bukan tak pernah kitaorang gadoh, pernah sampai tak bertegur tau tapi mase tuh, serius aku rasa ilang satu semangat dalam diri. Last-last, aku pi jugak pujuk dia. Bukan susah nak pujuk bai ni, just buat dia gelak, comfirm dia gelak jugak.. Senang kan...


Dulu, sebelum bertunang, gagah lagi aku bergayut dengan dia sampai sejam. Kadang-kadang tuh cuma nak cite mende kelakar yang dah jadi sepanjang idup aku je. Dia pulak, tak pernah jemu nak dengar dan gelak sampai boleh nangis. Sayang sungguh aku dekat persahabatan kami ni. Yelah, mana nak dapat kawan yang boleh gelak bila kau gelak dan turut nangis bila kau nangis. Aku jumpe semua tuh dalam bai. 


Norbaizura Nordin...
Aku nak kau tahu. Dari jauh, tak pernah sekali aku lupa nak doakan kau. Kalu aku sebut nama izwan di depan kaabah, nama kau jugak aku sebut agar bahagia sentiasa ada buat kau. Doaku agar kau jumpa bahagia yang kau cari, insyaAllah...



Isnin, September 03, 2012

:: BerUlang Tahun Hari Lahir Bersama Tunang ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 1:36 PG 1 comments

Assalamualaikum....

Selamat Hari Lahir buat diri sendiri... whoa.. Tahun ni menjangkau usia aku 26 tahun. Tua dah aku ni tapi masih lagi kekal muda remaja dan terusan menjadi ceria. Pertama kali berulang tahun sendiri dengan pasangan yang tersayang sekaligus merangkap tunangan orang. Part ni yang paling best. Serius seronok jadi tunang orang tau.... wuwuwuuwuw...


Berhujung minggu di Kelantan sebab adan tunang. Adan ni abang sepupu, bertunang dengan orang kelatan pada 31 Ogos 2012. Di sini ada cite menarik nak share, dimana matlamat asal nak bercuti sebelum final exam sambil melihat orang bertunang tapi terjumpa pulak dengan tunang sendiri. Yehhaaa.. Hepi kemain kau kan wa...


Ada orang cakap, aku yang berjanji dengan Mr Fiance agar kitaorang dapat berjumpa kat terengganu. Tapi serius beb, semua pertemuan tuh terjadi secara kebetulan. Rasa macam jodoh kitaorang sangatlah kuat. Alhamdulillah. hehehe... Dalam hati rasa macam tak percaya pun ada, tapi seronok punya pasal sampai balik Kolumpo senyum tetap sampai telinga... 




Ceritanya begini~~~~~~
Masa tuh weekend, dia memang ada kasitahu nak ke terengganu sebab nak hantar anak buah dia mendaftar as new student dekat kusza. 
Dan aku pulak, disebabkan sedang nak final exam. Otak aku pasti akan menjadi 'hang' kalu aku tak hiburkan otak aku dengan sesuatu yang buleh kasi otak aku rest sket. So, memandangkan mak ade offer untuk follow depa ke kelantan. Aku pun rebutla peluang berjalan-jalan sambil studyla konon... Hahahaha... Hidup kau memang penuh dengan bercuti je time exam kan wa... hish hish....

Settle je adan tunang, dan dah puas jalan-jalan area wakaf che yah and so on tuh. Datang plan depa nak pi jalan kat terengganu pulak. Eh sebelum tuh, SELAMAT BERTUNANG ADAN!!!!...
Masa tuh rasa macam yeayyyyy... nak pi ganu. Boleh jumpa cik tunang kat sana..

TETAPI.... again aku dipahamkan, kitaorang akan bergegas balik KL terus ari ahad tuh yakni singgah area kemaman sahaja. OH NO... maksudnya tak dapat juga aku jumpa incik tunang... Sob sob... hampa gile den masa tuh tau. Dan aku pulak, tak kasitau pun depa yang incik tunang ade di Terangganu. Dalam hati duk tawakal aje. 


Disebabkan kadar hati yang sangatla teringin nak jumpa. Ade jugak aku hint dengan adan, kot-kot dia nak lalu area kusza ke. Tapi adan awal-awal da potong mood aku dengan mengatakan betapa jauh kalu nak patah naik Kuala Terengganu tika itu. Lalu aku pun pasrah even dibuli dan disindir main-main dengan depa. Tak pasal-pasal jadi mangsa usikan tau.


Masa dalam kereta, sempat aku mesej dengan incik tunang sambil mengatakan, even kitaorang ni ada dalam satu negeri tapi tetap juga kitaorang terpisah. Lalu aku pun cakapla dengan dia, kalu betul ada jodoh kitaorang ni. Pasti InsyaAllah akan jumpa jugak... hehehehe...Oh yea, aku sangatla buta akan peta dalam terengganu sampaikan tak tahu lokasi sebenar aku masa tuh. So kalu adan cakap nak pi pasar payang ke ape ke, aku tak dapat bayangkan betapa jauh jarak nak datang tau.




btw, Incik tunang memang ada cakap nak pi masjid kristal. Tapi adan tak cakap pulak nak singgah masjid kristal, dia cuma cakap nak pi masjid putih aje. So, bilamana adan cakap dia nak solat dekat masjid kristal. Tahu tak, hati aku lompat-lompat suka. weiii... susah tau nak jumpa tunang sendiri. So that, kalu ade peluang macam ni, takkan aku nak lepaskan macam tuh je kan...


Memandangkan aku ni pegi dalam rombongan makcik-makcik yang sangat gemar shopping. Maka kami ni tersadai lama dekat kedai jual keropok lekor. Perghhh... aku ni dahla punye debar tau. Buleh pulak depa pi tibai shopping lama-lama. Sebenarnya walau aku excited nak jumpa tunang sendiri, dalam hati tetap malu-malu itik. Gile kau, aku pakai baju tahap selebet ape je. Muka dahla tengah hitam legam. Tudung selebet senget benget. Malu wei malu dengan tahap keselebetan diri sendiri. Yelah, aku pun tak bajet nak jumpa tunang sendiri. Kalu aku tahu, aku dah melaram abes mase tuh.. Whoaaaa....


Tahap takut nak jumpa sampai aku tinggal hanset dalam kete. Gedik gile kau wahidah, kemain nak jumpa tapi at last, kau jugak yang gelabah tahap nak amek SPM balik kan. Bila capai je hanset balik, dia call, katanya baru je lepas singgah masjid kristal. Hati dah kata, yeay.. takyah jumpa. Tak payah show off muka kau yang macam jambatan tak siap ni. kahkahkah... Sekali..  incik tunang kata family dia nak pi pasar payang pulak lepas ni. Perghhh... macam mana pulak bule nak sama destination dengan rombongan aku pulak wei... adoiiii... 


Masuk kete, duk pandang cermin. pastu pandang adik. Pandang emak ayah pulak. Cakap dengan depa, betapa huduhnya aku saat ni. Tapi pesan mak sangat aku suka. Mak ada kata, kalu betul dia tuh suka aku. Dia pasti akan tima saat aku buruk selebet macam ni apatah lagi masa tengah melawa sakan kan. Terpujuk hati den. Tima kasih mak.... Dengan debaran didada, dah pikir da masa tuh nak main sorok-sorok. Biar terjumpa tiba-tiba je. 


Masa incik tunang mesej kata dah sampai and kebetulan masa tuh, aku pun baru je turun kereta lalu aku pun balasla mesej keramat dia tuh. Hanset awal-awal aku da simpan dalam beg. Mesej dia yang kasitau nombor kedai pun, aku baca nak taknak je. Nebes wei nebes.. Tapi duk hafal supaya tak lalu kedai tuh. Nebes aku ni tahap nak duk ulang alik tandas tau. Pusing satu pasar payang sebab tak jumpa tandas je. Hanset bunyi pun buat bodoh. Siap dalam otak dah reka ayat:

"Saya sesat, tak jumpa mak ayah. Jadi tak sempat nak jumpa awak" 
[konon-konon sebab takmo jumpala ni..] 

Sekali~~~~~~~

Masa nak cari mak ayah tuh, tup tup... dia berdiri depan aku dengan family aku sekali. Ok Fine...
Kau jumpa mak ayah aku dulu.. Kahkahkahkah... Takdir hidup.
Nampak tak, punyalah kau duk kelam kelibut nak nyorok. At last, kau nampak dia berdiri dengan mak ayah kau. Jodoh.... 


Jadinya, berhari raya di pasar payang bersama yang tersayang. Sekaligus berada sehari sebelum bufday adalah antara moment yang akan aku kenang. Selebet~~~. hurm, lantakla... Selebet sekarang tak bermakna aku selebet hari-hari. Mana kau tahu kalu kat umah, aku punyalah melawa tahap nora danish kan. Rambut tocang ala anzalna nasir. Posing gaya macam izara aishah... Biar suami aku je yang nampak semua tuh. Sekian.... 



p/s: Selamat Hari Lahir sebagai bujang yang terakhir wahidah... InsyaAllah....


 

~Workshopgurlz~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea