Selasa, Ogos 23, 2011

:: kekhilafan aku ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 8:35 PTG 0 comments


Assalamualaikum....


Wahai sahabatku, semalam aku adalah orang yang penuh dengan dosa. 
Hari ini, aku masih lagi berdosa dan lalai terhadap Penciptaku,
yang sentiasa mengawasiku setiap masa.


Aduhai,
Adakah esok masih lagi begitu?
Ya Allah, 
Tidaklah layak sedikitpun untuk aku ke SyurgaMu
tapi tidak pula aku sanggup ke NerakaMu.


Sesungguhnya azabmu amat ngeri dan keras.
Sesungguhnya Engkaulah Al-Muntakim!
Tidak ada sedikitpun di dalam neraka itu yang dapat memberi ketenangan.


Tapi aku sedar, aku redha di atas tiap-tiap ketentuanMu
Tidak ada daya upaya melainkan dengan pertolonganMu
Andai kata di akhirat nanti semua manusia dimasukkan ke syurga 
dan hanya tinggal seorang sahaja di dalam neraka
Maka aku pasti!
Yang di dalam neraka itulah aku.


Ya Allah, ampunilah aku
ampunila dosa hambamu..




Sabtu, Ogos 20, 2011

:: Cinta yang ku duga ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 1:29 PTG 0 comments

Assalamualaikum...


Lama tak menulis buat aku rasa kekok nak mulakan balik. Isnin aritu, selepas setahun lebih tak jumpa buncit, akhirnya aku ketemu jugak dengan dia. Dia memang tak jauh beza, begitu juga dengan aku. Maksud aku, perasaan aku pada dia.. Baik dia mahupun buntal, masing-masing punye tempat dihatiku. Cuma yang membezakan, aku mulai lepaskan buntal perlahan-lahan kerana dia milik orang. 



Btw, kali nih saje nak share lagu ni dari stacy, aku rasa macam menarik amat nak dengar kan. Takde yang version official, so yang ala-ala pun bulelah... Layannnn.....





 

~Workshopgurlz~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea