Isnin, Julai 25, 2011

Review : ini blog jiwa jiwa angah

Posted by wOrkshOp gUrLz at 10:42 PTG 1 comments


Assalamualaikum....

Wokeh.. kali nih aku tetibe sangat poyo nak review satu blog ni. Keh keh keh. Bukan niat nak expose diri ke ape cuma terpanggil sebab selama nih jadi silent reader kat angah nih. Btw, aku pun angah jugak... Maaf pada yang rasa menyampah pada blog ni, sebab ini blog personal yang ownernya agak poyo tapi takpe sebab poyo tuh kan comel... hohohohoh...

Back to the topic, kata angah review itu harus ada point-point yang dia nak. Ok, kat sini aku letak ape yang aku rasa tentang blog angah.





1. Dari mana aku dapat tahu akan kewujudan blog jiwa-jiwa angah ni

Masa tuh aku dalam fasa kekecewaan yang amat. Dalam pada aku duk mencari semangat yang hampir lenyap, kekuatan yang kian hilang. Aku disuluhkan satu lampu torch light ke blog angah oleh ex housemateku. Kata beliau, bacalah blog angah nih untuk mengutip kekuatan hati agar mampu berdiri.. ecececececeh....


2. Apa yang aku paham tentang intipati blog angah ni?

Blog angah nih bukan takat jiwang-jiwang aje tapi pemahaman aku, blog ini amat sesuai pada sesiapa yang sedang dalam laluan yang sukar. Maksud aku, kalulah kita perlukan satu motivasi saat kita rasa down, blog angah ada jawapannya. Sebagai contoh, entry angah yang bertajuk "biarkan saja kecewa itu berlalu". Memang aku rasa macam kena lempang kuat-kuat aje masa baca tuh. Thanx kat angah sebab jadi motivator tanpa sedar.


3. Apa yang aku suka atau tidak tentang blog ini.

Siapalah aku untuk komen tentang blog orang walhal blog aku sangatla picisan. Almaklumla, blog ini blog peribadi, jadinya aku jarang memperkenalkan siapa aku dalam blog ini. Tapi bila empunya dah bagi keizinan, why not aku comment kan?? 
Semua aku suka tentang blog nih cuma kan bagus kalu buleh right click, bukan untuk copy entry dia tapi nak bukak new tabs senang.. [padahal ade je cara lain kan nak bukak entry lain pada page yang berlainan kan.. ngada-ngada sungguh]


4. Cadangan aku 

Hurmmmm... Kan bagus kalu buleh baca dua entry sekaligus dalam satu page. Bukan ape, kadang-kadang loading lambat. Tak tahu kenapa, nak kata banyak sangat iklan, tak pulak. Entah??? 
Hincik angah, keep up the good article ek. You have a lots of silent reader yang tak ade blog pun macam ex housemate saya. Be yourself and never give up. Plus, tolong doakan saya buleh? Terima kasih...


Itu saje review saya pada hari ini. Maaf kalu komen saya nih agak berlebihan. Saya menjadi diri yang sendiri.. 


nota kaki: Kadang inilah caraku mengenal erti kehidupan, menulis bukan kerna nama tapi punyai rasa..... [pinjam ek angah]

:: Arini ari serabut aku ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 7:42 PTG 0 comments

Assalamualaikum...


Tak tahu dari mane aku harus mulakan cerita. Yang aku tahu, hidup aku agak berserabut sekarang. Sungguh aku pening... Ujian dari Allah kali ini, aku terima dengan hati yang terbuka. Moga Allah beri aku kekuatan untuk terus bertahan.


Adakah ianya isu hati??? Entah... Kalu pasal buntal, aku dah lepaskan dia jauh dah. Dan aku berterima kasih pada hati yang sangat kuat ini. Btw, wife buntal da pregnant.. Tahniah buntal, anda bakal jadi daddy.. Tentang aku, kau tak perlu risau sebab aku yakin kau berbahagia dengan kehidupan baru kau. Kebahagiaan kau, sinar kebahagiaan aku jugak. Terima kasih sebab masih sudi berkongsi dengan aku. 


Sedar tak sedar, dah sebulan lebih kau kawen yea buntal. Selama itu jugakla, aku berusaha untuk melepaskan kau. Alhamdulillah, berkat doa dan restu Ilahi, nama kau dapat aku kikis sikit demi sikit. Nak kata sepenuhnya, mungkin tidak. Tapi aku berterima kasih dengan kehadiran buncit masa nih, sebab dia yang buat aku lupa seketika pada buntal. Buncit ke buntal ke, dua-dua pernah dapat tempat yang istimewa dalam hati aku even aku taklah istimewa mana dalam hati depa. Hish hish, this is not the story, i wanna to share.. Hohohoho


Balik isu asal, dua tiga menjak ni, kehidupan aku memang agak blur, puncanya aku tak tahu kenapa. Yang pasti, apa aje yang aku buat sekarang, semua serba tak kena. Mohon pada Allah, agar kemurungan ini segera hilang dan kembalikanlah sinarku, Ya Allah... Aminnn...






nota kaki: Senyum aje pada orang walau dalam hati.... hurm... blur laut sebenarnya..keh keh keh..

Jumaat, Julai 15, 2011

:: Syukur itu nikmat ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 11:42 PTG 0 comments

Assalamualaikum....

Holaa... Kali nih aku nak share good news dengan korang. Syukur Alhamdulillah, aku dapat sambung belajar ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kalu ikutkan, dah 3 tahun aku tinggalkan alam study untuk mencari bersuap-suap rezeki.. Sampai aku jadi sesihat begini sekarang.. kahkahkah..

Debar kencang hati aku woo, sangat cuak sebenarnya sebab ingatan aku dah tak sehebat dulu. Otak pun da cukup tepu plus mampu ke aku bersabar dengan perjuangan masa akan datang. 
Kimia Industri woo... Its tough course.. I'm afraid.
APE??????
Are you out of your mind?
Nope, I have chosen and supposed to be happy.
I have to sacrifice everything to make sure my dream come true. This is what I want.

To be honest, I'm afraid.. I'm really afraid...
Will I be able to success without pain.... No pain no gain...hahahhaha

Apepun yang berlaku dalam hidup aku selepas ini, aku redha even REDHA itu mahal harganya. Doakan perjalanan aku dipermudahkan Allah dengan semudah-mudahnya. InsyaAllah..



p/s: Kalulah derita itu pengakhirannya adalah kebahagiaan... Aku bersyukur...


Jumaat, Julai 08, 2011

:: CINTA = BAS, ape kaitan ek?? ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 1:57 PG 0 comments

Assalamualaikum...


Apa erti cinta tuh ek? Pada aku, cinta itu kite buleh ibaratkan macam naik bus. Cuba bayangkan kalu kite takde kenderaan nak naik, surelah bus yang jadi pilihan kan.. Sila anggap kenderaan lain tuh tak wujud yea. Anggap seolah-olah bus je yang mampu jadi penghubung dari satu destinasi ke satu destinasi. 


Kita nih ibarat penumpang yang nak naik bus, tengok nasib sebenarnya. Kalau kite ditakdirkan tersalah naik bus, jangan gelabah, jangan pulak nak sedih-sedih. Turun aje dari bus tuh dan tunggu bus lain. Relevannya dengan cinta  adalah bilamana kita tersalah buat pilihan dan dikecewakan. Nevermind, just move on and don't look back anymore. Setiap langkah yang kita anggap penuh luka tuh, harusnya kita ubah dan berlari dengan gembira. Berusahalah.. Walau payah......





Lagi.. Ada juga situasi yang mana penumpang duduk setia tunggu bus nak pi destinasinya tapi tak jugak muncul-muncul. Janganlah anda risau.. Mungkin arini, drebas bus cuti.. tunggu lagi esok dan esok dan esok dan esok sampai bus tuh tiba. Jangan mudah putus asa walau mungkin kita bakal terlambat ke destinasi kan.. Bus tuh pasti akan tiba, yang membezakan lambat atau cepat je. Be patient wokeh... Macam tuh jugak dengan cinta, kalu kita duk tunggu jodoh yang tak kunjung tiba, sabarlah menanti dengan penuh munajat pada Allah. DIA pasti dah siapkan seseorang yang dari rusuknya kita dibentuk. That we called DESTINY.


Tapi kan, why not kita cuba je naik bus yang datang. Cuba jaya kan. Manalah tahu bus yang datang tuh walau tak sama dengan bus yang biasa kita naik. Mungkin bus yang kita hanya cuba-cuba tuh tunjukkan kita satu jalan baru yang interesting. Jalan yang bawa kebahagiaan yang kita sendiri tak duga. Who knows??


Realitinya, cinta tuh memang macam naik bus. Kalu bus tiba-tiba rosak... hahahhaha... Bersiap sedia nak masuk workshop laa...takpe, pelan-pelan kayuh. Kadang-kadang, bila dah repair, hasil dia lagi meletup!!! Sekurang-kurangnya kita ada usaha kan. tapi kalu rosak jugak.. Hurmmm.. nak buat macam mane, nevermind, atleast we try, right?




Bus pulak ada macam-macam jenis. Kalu tak kuat, rasa macam nak jalan kaki aje. Jalan kaki bermakna berseorangan. Tapi, tegarkah kite melanggar fitrah manusia itu sendiri yang saling memerlukan. Sampai bile kita sanggup jalan kaki? Sanggup ke kita kalu kaki melecet, kaki tersadung ataupun kaki cramp akibat perjalanan yang jauh tapi duk jalan sorang-sorang walhal bule je naik bus kan... Hidup nih memang telah tertulis di tangan takdir Allah tapi kita juga sebagai hambaNYA yang kekurangan ini berupaya membuat pilihan. Jadi, Lu pikirla sendiri.....



P/s: Ramai betul nak jadi match maker aku.. Muka aku nih ada macam terdesak nak kawen ke..hohohohoho

Selasa, Julai 05, 2011

:: Delima anak kedua ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 10:09 PTG 0 comments
Assalamualaikum...

Arini tetibe isu anak kedua berlegar dalam otak aku nih. Wokeh, ape yang bakal aku tuliskan di sini adalah melalui pengalaman aku sendiri dan pembacaan aku selama nih. Tepat atau tidak, Wallahualam. Kalu ikutkan, genetik pembesaran anak-anak dipengaruhi oleh environment. So, samada info ini adalah fakta atau tidak, terpulang pada anda untuk menilai.


ANAK DEGIL

Kata orang, anak kedua nih sikapnye degil sikit. Yeke sikit, ok maybe agak degil. Juga boleh dikatakan keras kepala dan tidak mendengar kata. Aku akui itu tapi kan degil-degil kami sebenarnya disebabkan kami rasa takde sape nak faham diri kami sedalamnya. Mungkin itu cara kami nak tunjuk protes. Sedegil-degil anak kedua kan, kami juga punyai hati yea.. Cuma aku paling tak setuju kalu ada yang mengatakan anak kedua nih selalu rasa dia aje yang betul. Maaf, anda silap kerana tak semua anak kedua begitu. Kami punyai kemahuan yang cukup kuat. Kalu dah buat sesuatu tuh, memang sungguh-sungguh walau kena tentang sekalipun. 





TAK PANDAI PUJUK

Isu pujuk ni, aku akui sebab aku sebegitu. Aku tak pandai memujuk hanya tahu menyakitkan hati aje. Walau kadang-kadang tuh rasa juga bersalah tapi sebab aku mahu ajar orang sekeliling aku kental jiwanya lalu aku tak suka pujuk memujuk ni. Sangat pelik wokeh bila aku kena pujuk orang. Tapi tak bermakna aku tak pernah pujuk sape-sape langsung. Untuk puaskan hati orang, aku pasti akan rendahkan diri untuk memujuk andai aku bersalah even bukan salah aku sekalipun. Bergantung pada keadaan.


BERCINTA

Tak dinafikan, anak kedua nih setia orangnya dalam percintaan. Tapi tak jamin jugak sebab ada je anak kedua yang pasang ramai-ramai. Sekali lagi, ianya bergantung pada individu. kahkahkah..


HITAM / PUTIH

Tang nih aku agreed sangat. Anak kedua nih determined sikit. Kalu hitam katanya, hitamla.. Kalu putih, putihla.. Susah sikit nak bertolenrasi tapi kalu kena caranya, anda mampu mengubahnya.




HATI

Anak kedua nih hatinya dikatakan agak keras tapi sebenarnya itu hanya apa yang orang lihat pada dia. Sejujurnya hati anak kedua nih lembut macam span, senang dilentur, senang direnyuk sebab tuh anak kedua nih sangat sensitif. Hati serapuh kaca. Mau tak sensitif beb, terasa macam bukan anak kesayangan aje.. Orang kata dalam family, anak kedua nih macam tak famous sangatla.. Bukan anak favourite. 



BERDIKARI

Anak kedua nih very independent, campak ajelah kat mana-mana, dia pasti akan hidup dengan izin Allah. Very take care dengan family walau orang lain tengok macam dia jenis tak kisah aje kan.. OK, anda silap.


ARAHAN

Ada yang berkata, anak kedua nih payah nak terima arahan dan lebih suka buat hal sendiri. Kalu tanya pada aku kan, aku akan kata ianya tak berapa tepat. Sebabnya, aku ada je kawan-kawan anak kedua yang mudah terima arahan malah sabar aje melayan karenah manusia yang kadang-kadang rasanya melampaui batas kesabaran. Tapi tang suka buat hal sendiri tuh, aku setuju. Baik kami buat hal sendiri dari melayan sakit hati dekat orang-orang yang asik nak blame kami. hahahhaha


PEMAAF DAN CARING

Pada aku isu pemaaf nih bukan anak kedua aje yea, sume manusia dihadiahkan dengan sifat pemaaf, samada anda mahu memaafkan orang atau tidak, ianya terpulang. Tapi tak mahal pun harga maaf tuh kan dan tak luak pun duit anda dengan kemaafan itu.




FLEKSIBEL

Majoriti dari mereka fleksibel orangnya, mungkin depa jenis sedar diri kot. Maklumla...


KOMPETETIF

Menurut Adler, iaitu seorang psychologist Austria yang pernah menganjurkan hipotesis urutan kelahiran ada mengatakan bahawa tingkah laku anak kedua sangat mudah dikenali. Nampak macam seseorang yang berada dalam sebuah kereta dan jika ada orang yang dah berada dalam kereta yang lebih laju darinya, dia akan berusaha keras untuk mengalahkannya. Dia penuh dengan energy dan selalu merasakan yang perlumbaan itu masih belum selesai.


TAMBAHAN LAIN

Adler juga pernah mengatakan yang anak kedua ni lebih cenderung untuk membentuk karakter yang tersendiri. Misalnya kan, ibu tengah pegang si adik, ayah pegang si kakak, dia pulak tak tahu nak bergantung pada siapa, jadinya dia memilih untuk menjadi anak yang lebih menyendiri.
Disebabkan si anak kedua kadang-kadang merasakan dirinya terabai, dia cenderung mempunyai motivasi yang tinggi samada dalam prestasi mahupun sosial. Cenderung untuk berdikari dan pandai melihat situasi.

Walau suka melawan kan, anak kedua biasanya lebih mudah beradaptasi. Plus, anak kedua sebenarnya seorang yang dahagakan kasih sayang walau sebenarnya dia disayangi, cuma mungkin dia tak nampak kot..huhuhuhu




P/S: Sejujurnya aku bangga menjadi anak kedua sebab aku yakin kemampuan aku dalam family walau aku sedar aku memiliki banyak kekurangan. Maklumla, aku bukan anak favourite mak... Tapi aku kan anak ayah...



 

~Workshopgurlz~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea