Khamis, Jun 23, 2011

:: Proses pembelajaran ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 10:55 PG 1 comments
Assalamualaikum....


Apabila rindu itu datang menyengah, sungguh rasa sakit itu datang bertandang. Ada rasa sedih, rasa rindu yang amat kuat. Aku sedang belajar hidup tanpa buntal, tanpa ym dari buntal. Malah hingga sekarang, aku cuba tahan hati agar tak menghubungi dia. Sungguh rasa amat sakit dalam ni.


Aku cuba bertahan dalam seminggu dua ni tapi mana mungkin aku mampu tipu hati aku. Aku rindu kau buntal. Maaf farah sebab menumpang rindu buat suamimu.. Dia tetap kawan terbaik yang aku ada farah. Hilangnya dia ku rasakan seperti separuh kegembiraan ku ditarik sekali. Namun aku sedang dan akan selalu mencuba agar jauh dari bayangannya. Siapalah aku disisinya sekarang. Redha itu mahal harganya. Malah hingga ke sekarang, aku sedang menbayar harga keredhaan itu..






p/s: Hidup terasa sunyi....

Rabu, Jun 22, 2011

:: Kisah Satu Hari ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 7:01 PTG 0 comments
Assalamualaikum...


Minggu nih minggu yang sangat banyak kejutan dan memenatkan. Minggu lepas, aku amek cuti kecemasan sebab pakcik sakit tapi nampak macam beransur sembuh. Tapi kalu da janji Allah tuh, takde sesiapa yang mampu mengubahnya. Malam selasa, along call kata, pakcik tenat. Kalu ikutkan hati aku, memang aku nak balik malam tuh jugak tapi memikirkan jarak perjalanan dan hari yang dah malam sangat, aku tangguhkan untuk satu hari lagi.


Keesokkannya, Subuh lagi dah dapat mesej dari mak kata takyah balik aritu sebab pakcik dah ok sket. Jadinya, aku amek keputusan untuk teruskan kerja seperti biasa. Around pukul 11 pagi, along call kata pakcik da takde, Hati aku da dapat agak sebab dulu angah jua pegi saat keadaan dirinya kembali stabil.


Capai beg, packing barang-barang then terus pecut kereta macam orang gila. Pada aku saman ke ape ke belakang cerita, yang penting aku harus sampai secepat mungkin. Perjalanan memakan masa selama 3 jam dengan kelajuan 140km/j tanpa henti. Perghh... risau jugak sebab kereta comelku dah bergegar tapi pada Allah aku berserah. Pelbagai dugaan sepanjang perjalanan aritu, dahla nak cepat. Kebetulan terjadi eksiden pulak kat jalan tuh. Penyebab jem, Ok fine, aku sabar lagi. Then, banyak pulak lori. Adeh, kereta depan macam siput pun ada. Kalu dah kata Allah aku sampai pada sekian masa dan sekian tarikh, mana mungkin aku mampu ubah apa-apa. Yang penting, aku sampai dalam keadaan selamat around pukul 3 lebih.


Pakcik dikebumikan lepas aje solat Asar. Sebaik aje semua sedara mara aku sampai, berangkatlah satu jasad anak adam untuk dihadapkan pada PenciptaNya. Suasana sebak walau tak sesebak kehilangan arwah angah dulu. Acik sangat tenang, sungguh aku bangga dengan acik. Pemergian pakcik Lias, acik terima dengan hati yang sangat tabah. Walau aku tahu, hidup acik pasti sukar lepas nih. Doa ku panjatkan agar acik mampu sabar.




Wan [panggilan nenek dalam negeri sembilan] asik pengsan. Puas kami cuba tenangkan dia. Namun jiwa tuanya tetap juga sebegitu. Pengsan dan sedar kemudian pengsan semula. Bila da tak tahu nak buat ape, kami biarkan aje. Airmata mengalir perlahan tanda sebak dengan keadaan.


Abes aje settle semua perkara tentang pengkebumian arwah pakcik. Sedang kami bersiap-siap untuk tahlil, kami dikejutkan dengan satu lagi berita. Dua orang sepupuku terlibat dengan kemalangan di hujung simpang. Lagi pelik, kemalangan tuh bukan disebabkan moto ke ape. Tapi disebabkan kereta sorong jenazah yang ditugaskan kepada mereka untuk dipulangkan pada masjid yang berkenaan.


Kalu cedera biasa-biasa takpe jugak, ini kecederaan yang agak serius wokeh. Keadaan kampung yang berliku-liku dan berbukit antara punca barangkali. Silap dorang jugak, mende macam itu, mane buleh buat main-main sangat. Mulanya ingat tak berapa serius, then abang sepupu aku anta depa ke klinik yang berhampiran. Tetibe, one of them sesak nafas dan diberikan bantuan pernafasan. Lalu depa berdua dikejarkan ke hospital Tampin. Lepas hospital Tampin, depa dianta ke Seremban sebab nak check internal organs whether luka ke idak.


Keesokkannya barula sepupuku dibenarkan balik, itupun dia asik muntah sepanjang perjalanan. Maklumla, mulut berjahit. Gigi dipasang besi
Haiihhh.. begitu banyak cerita dalam satu hari. Itu belum lagi karenah sedara mara yang pemalas tak hingat walhal patutnya bantulah aku yang sorang-sorang buat keje macam orang gile. 


Sekian, entry merepek...

Selasa, Jun 14, 2011

::No more counting::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 10:43 PTG 1 comments
Assalamualaikum....


Hye blog..I'm back.. tergendala misi aku mengira untuk melupakan buntal. Btw, aku baru balik dari kampung, pakcik Lias sakit teruk baru-baru ni. Tercutila aku 2 hari secara mengejut. Moga dia cepat sembuh, InsyaAllah. Aminn...

Baru-baru nih, aku ada terbaca satu buku ni kepunyaan kak pujah iaitu "Ya Allah, Aku tak ingin sendiri". Seriously, buku nih sangat-sangat memberi inspirasi bagi insan-insan seperti aku. Actually, kehilangan nih sebenarnya mengajar aku menghargai orang-orang yang sayangkan kita yang wujud disekeliling kita samada tanpa sedar atau dengan sedar. Itulah juga nasihat buntal untuk aku. Belajar menghargai kerana andai insan itu tiada, kita pasti merinduinya. Perginya buntal, semakin aku redhai walau nama dia masih lancar meluncur dibibir. Aku pasti, satu hari nanti, aku pasti berjaya.





Doa nih betul-betul buat aku sebak. Dan aku nak share dalam entry kali ni... Doa yang aku panjatkan agar aku berjumpa dengan insan yang lebih baik dari buntal. InsyaAllah..

Ya Allah,
Seandainya telah ENGKAU catatkan 
dia akan menjadi teman menapaki hidup
Satukanlah hatinya dengan hatiku
titipkan kebahagiaan diantara kami
Agar kemesraan itu abadi

Dan Ya Allah, Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah, 
Seandainya telah ENGKAU takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku

Dan peliharalah daku dari kekecewaan
Serta Ya Allah, Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan untuk melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku dapat berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya

Dan Ya Allah yang tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdir-MU
Sesunggunya apa yang telah ENGKAU takdirkan adalah yang terbaik buatku
Kerana ENGKAU Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba-MU ini

Ya Allah, 
Cukuplah ENGKAU saja yang menjadi Pemeliharaku
Di dunia mahupun di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini
Jangan ENGKAU biarkan aku sendirian
Di dunia mahupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran

Maka, kurniakanlah aku seorang pasagan yang beriman,
Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang ENGKAU redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.
Amin.



Selasa, Jun 07, 2011

:: Day 3: Mission to forget ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 7:43 PTG 0 comments
Assalamualaikum...


Arini ari ketiga misi untuk melupakan buntal. Berjaya atau tidak, itu belakang kira, sekurang-kurangnya aku mencuba. Aku tak nafikan yang kesibukan aku membuatkan aku lupa akan buntal. Tapi bilamana, aku free dan berkesempatan untuk termenung, wajah buntal senang-senang datang. Dan setiap kali wajah itu muncul, kerinduan bertandang kembali. Realiti banyak menyedarkan aku, bahawa dia milik orang dan usahlah dikenang.


Bilamana ada yang bertanya, sudah wokeh kah aku? dengan serendah hati, aku mengatakan, 
'Yes, I'm Ok and will be OK'
Sedangkan hakikatnya, I'm still struggling with a broken heart. Look like I don't care with the mess I have done but actually I do care afterall. And untuk sedapkan hati aku dengan keadaan sekarang, aku seolah-olah buat tak tahu. Atleast, untuk sementara waktu. 


I really hate this situation.We started our relationship with a very good friendship. Later on we becomes stranger again. And trying to lie to myself that this person never existed in my heart. It's hard when two peoples used to be so close suddenly becomes stranger again.




nota kaki: Tenang bile baca blog nih... memang bagusla tuk orang seperti aku... http://sentuhan-maya.blogspot.com/


:: Day 1: Mission to forget ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 12:52 PTG 3 comments
Assalamualaikum...


Arini ari selasa, supposed semalam aku post entry nih. Tapi memandangkan semalam aku sibuk dengan seminar bla bla bla..... Jadinya aci jelah kalu aku post today wokeh.


Hari isnin 6 Jun 2011, Bangun pagi tanpa senyuman dan tanpa rasa ape-ape disebabkan aku dah lambat nak pi keje. Hahahahha... Jauh dilubuk hati, aku bangun dengan seribu kelukaan. Janjiku pada diri untuk bangun tanpa mengingati dia, aku langgari. Maklumla, ahad malam aku dapat call dari buntal kan, mau aku tak bertambah terkenang. Ahad malam yang sama jugalah, aku start enjin kete semata-mata nak cari dimana letaknya homestay yang dia sekeluarga tinggal. Walau aku tahu, dia mana duk situ lagi. Tapi saje kan, nak puaskan hati aku yang stupid mupid nih...





Ari isnin tuh, abes je seminar. Aku ajak budak umah sewa pi jalan-jalan dekat PKNS. Saje alang-alang nak pi bayar roadtax, tiba-tiba datang idea gila nak pi lalu umah pengantin baru semalam. Ya Allah, aku nih memang tak betul ke ape hah? Perlu ke aku buat sesuatu yang buat aku bertambah ingat dia? Aku drive dengan debaran yang kencang didada. Rasa nak menangis, rasa kecewa, rasa nak tergelak semua datang bersilih ganti. Memang aku nih manusia pelik. haihhh...





Setiap kali aku lalu dan ternampak banner ke arah rumah mereka, setiap kali tuh hati aku sebak tapi aku gagahkan jugak hati drive terus tuju rumah wife buntal. Siap lalu bawah khemah perlahan-lahan sambil mata tak lepas pandang rumah pengantin baru. Dalam hati cuak jugak, kalu tiba-tiba buntal keluar nampak kereta aku. Kan tak pasal-pasal aje kan. Aku sunguh tak tahu ape benda yang berlegar dalam kepala aku sampai aku nak buat benda-benda yang sebegitu. Sedangkan aku sepatutnya tahu, apa jua tindakan aku ketika itu tak harus aku lakukan demi misi melupakan dia.


Pengaruh buntal amat kuat dalam hati aku. Hinggakan hari ni, aku masih merangkak perlahan-lahan untuk melupakan dia. Mungkin luka nih masih baru lagi dan aku perlukan masa. Sungguh aku rindu akan buntal. Terasa dosa  akan aku kerana merindui suami orang. Dan untuk itu, maafkan aku farah.. 





Luka hati ini, aku tahu hanya Allah ada jawapannya. Usai solat zuhur semalam, aku rasa ketenangan yang amat. Lalu terdetik nak pi solat maghrib dekat masjid negeri. Pakat dengan budak-budak rumah, pukul 7 aje gerak. Sampai aje masjid, sebak aku bertimpa-timpa. Usai maghrib, aku anjak diri ke satu sudut untuk mencari kekuatan diri. Hanya pada Allah, aku lampiaskan segala rasa sedih, Airmata macam paip pecah. Aku dah tak kisah kalu ada jemaah lain yang terdengar sebab ini dunia aku dengan Pencipta aku. Aku sedang belajar menerima hakikat untuk pasrah. Itulah doaku setiap malam... Doakan aku yea...


nota kaki:  All I want to do is sleep because it doesn't hurt when I can't think of you

Isnin, Jun 06, 2011

:: Penamat sebuah kisah ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 9:24 PG 0 comments


Assalamualaikum....


4 jun 2011, buntal sudah selamat menjadi hak orang. Perasaan aku??? Susah aku nak gambarkan. Setiap masa aku tengok jam, nak pastikan da pukul 3 petang menandakan upacara ijabkabul sedang dijalankan di suatu tempat. Aku sebenarnya sangat berterima kasih pada teman-teman yang sentiasa ada saat aku amat memerlukan bahu untuk bersandar. 


3 jun 2011, pkul 3.30 pagi merupakan terakhir kali aku ym dengan buntal. Aku rasa da terlerai segala persoalan yang aku nak tanya dia selama nih. Memang ari itu adalah hari yang sangat sebak. Dan itulah niat aku, biar ini menjadi penghujung kisah kami. Tiada istilah kawan baik dengan seseorang lelaki apabila dia bergelar suami orang. Nekadku untuk melepaskan buntal amat kuat kerana aku sedar akan letak dudukku.


Puas hatiku bila mengetahui detik bila dia menyukai aku, detik bila perasaan itu wujud biarpun aku tahu semua itu buatkan aku lebih parah. Kalaulah kenangan mase dalam Komuter tuh berterusan atau ada kesinambungan, alangkah indahnya. TETAPI, tiadalah istilah KALAU dalam realiti kehidupan..




Terima Kasih yang tak terhingga buat cik pah, cik liza, dan ayu sebab temankan aku lepaskan kesedihan dengan melalak sepenuh jiwa dekat Songbox The Curve. Paling tak bule blah, ada ke depa pi nyanyi lagu "Jangan Diucap Selamat Tinggal". Tak pasal-pasal berjurai-jurai airmata aku. Memang taknak henti wo, macam paip pecah pulak. Balik aje, around pukul 7malam, tetibe aku dengar bunyi mesej masuk. Dari celcom rupanya, then nampak miscall 2x dari nombor buntal. Buntal call aku, what for ek. Sedangkan kau baru je nikah pukul 3 petang tadi. Adakah kau call sebab nak suruh aku wish congrat or nak pastikan aku datang esok hari?? Perlu ke kau call ek??


Semasa entry nih ditulis, ari da menginjak Isnin, pukul 12 lebih. Aku masih tak buleh tido dan asik pikirkan ari semalam. Hati kecik aku sangat-sangat berharap, agar bangun esok pagi, aku buleh tersenyum dan teruskan kehidupan seperti biasa tanpa hadirnya kau lagi. InsyaAllah.. Jadinya, biarla hari nih menjadi ari terakhir tuk aku ceritakan pasal kau.


Pagi semalam, ayu call nak pastikan aku masih nak pi ke idak wedding kau. Dan seperti yang aku katakan pada mereka pada ari sebelumnya, samada depa mahu ikut atau tidak, aku pasti akan hadir, kerana itu janji aku pada kau buntal. Kami tiba shah alam around pukul 1 lebih tengahari. Nasib aku tahu area sini, jadinya tak sesat walaupun tanpa map. Alhamdulillah. 





Reaksi aku? Melangkah dengan penuh yakin tanpa ada rasa apa-apa. Yang ada cuma satu perasaan yang mahu lihat kau bersanding didepan mataku sendiri. Itulah matlamat yang aku cari untuk menyedarkan hati aku akan satu hakikat. Yang hadir hanya jasad, sedangkan hati aku melayang jauh. Kerana itu, aku tak sedar ape yang jasadku lakukan. Makan epal ijau campur mayonis yang masam dengan laju tanpa ada riak rasa. Seolah-olah epal itu manis walhal bule terkebil-kebil makan kalu tak biasa. Aku tak sedar, jauh sungguh lamunanku hinggakan incik nap sedar akan perubahan itu. Incik nap hubby kepada cik pah ajak balik sebab tak mahu lama-lama di majlis kau. Tapi aku tak mahu, serentak dengan itu airmata aku mengalir. Sungguh aku tak sangka ianya bule mengalir. Aku kesat cepat-cepat sebab tak mahu ada yang perasaan, mujur meja kami jauh dan agak tak ramai orang.


Incik nap dah start hangin, tak pasal-pasal dapat ceramah free..Hahahaha.. Aku tahu incik nap tak mahu aku bersedih hati sebab tuh dia ajak balik. Bila incik nap da mula membebel, kami angkat kaki nak balik. Hati aku meronta-ronta masa tuh agar tunggu sampai buntal tiba. Thanks bangat pada cik pah, cik liza and ayu sebab sanggup lengah-lengahkan masa sebab depa tahu matlamat aku masih tak tercapai. Sesaat lepas tuh, buntal tiba dengan sepersalinan biru ditemani keluarganya.





Dari jauh, aku dah nampak kelibatnya, arah matanya. Terus kami melangkah kearahnya tetapi langkahku terhenti hanya dihujung jalan. Berdiri di atas border sambil mata tak lepas dari memandangnya. Kosong... sangat kosong hati aku masa tuh. Bilamana aku nampak dia pandang aku tepat menusuk. Masa tuh niat hati, nak wish TAHNIAH dari gerakan bibir tapi reaksi spontanku mengatasi dengan menundukkan kepala, tanpa senyum. Serentak itu aku pandang teman-teman yang sedang memandangku. Barangkali terperasan mata buntal yang sedang melihat aku. Doaku dalam hati, agar aku kuat.


Pesan dari cik pah, agar jangan menangis masa memandu sebab langkah kaki kami berpecah lepas nih. Aku angguk sambil tersenyum dan berjanji. Sedangkan hati aku, lebih kenal akan aku. On je radio, mencurah-curah airmata aku bagai tiada henti. Sungguh ianya sakit, aku akan kehilangan seorang teman yang sentiasa ada disisi selama ini. Buntal bukan lagi sebahagian dariku selepas ini.


Doaku agar aku terus sabar dan bertahan, ku kesat airmata dan ku teruskan perjalanan. Aku pasti mampu, hinggalah pukul 11malam tadi. Buntal call aku semata-mata nak wish thanks sebab datang wedding dia. Buntal kata, dia nampak aku sedih dan dia sedih untuk itu. Gurauan dia cukup aku rindu, sungguh. Tapi perlukah kau telefon aku dimalam pertama perkahwinan kau. Pentingkah ucapan terima kasih tuh. Dosa aku buntal andai mengharap pada suami orang dan melukakan hati isterimu. Walau aku tidak tahu tujuan panggilan itu, tapi aku anggap dan positifkan ia hanyalah satu ucapan penghargaan kerana kehadiran dimajlis kau biarpun panggilan itu tidak sesuai dibuat pada malam itu.


Buntal, sedetik ini, namamu aku lipat kemas dalam memori semalam. Terima kasih kerana tuju lagu 'Aishiteru' tuh tuk aku. Really inspiring. Walau setiap kali dengar lagu tuh aku menangis sebab itulah lagu pertama yang kau tuju buat aku. Mulai esok, aku akan cuba pastikan dirimu dijauhi. Moga ada kekuatan untuk itu.
Aku tak mampu berjanji untuk melupakan kau dalam masa terdekat ni kerana ianya memerlukan masa. Bagilah aku ruang agar aku mampu kikis namamu walau secara perlahan-lahan waima merangkak sekalipun.





nota kaki: Bagaimana ingin aku membencimu, jikalau setiap hari merindu. Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia, aku pilih DERITA...



Jumaat, Jun 03, 2011

:: Moga ada sinar selepas ini ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 12:50 PG 1 comments

Assalamualaikum...


Kurang dari 48 jam buntal nak nikah... Last aku dapat mesej ym dari incik buntal, pkul 9.13 pagi tadi. Reaksi aku??? Aku tersenyum sambil hati berbisik sedih. Kenapa kamu begini buntal? Pergilah jauh-jauh kerana aku sedang cuba bertahan untuk kehilangan kau. 


Buntal, setiap mesej ym ko, masih aku simpan buat kenangan. Pathetic gile kan.. Sori, tapi itulah cara untuk aku sedut kekuatan. Yang mana kekuatan itu makin luruh dua tiga hari nih. Aku pasti rindu setiap ym dari kamu wahai buntal.


Buntal, ko ingat lagi tak, masa kite di tingkatan 1. Kau jadi posmen aku tuk pos surat pada abang Apis. Kiranya kau orang tengah masa zaman gedik-gedik dulu kan..hahahhahha. Setiap pesanan aku tuk abang apis kau sampaikan dan pesanan balas jua kau serahkan pada aku. Terima kasih untuk itu. Tapi tuh, cinta kura-kura, malah tak boleh dipanggil cinta pun...


Buntal, mase kau jadi Ketua Pengawas dulu, aku memang amat kagum dengan kau walau ada sedikit meluat. Kau KP yang sangat baik dan disukai ramai tapi kau tak adil sebab kau lebihkan S/U ain sedangkan dia ntah pape je jalankan tugasnya. Maklumla, korang kan kapel mase tuh. So, tak dapat den nak komen lebih-lebih.


Alam universiti, ditakdirkan aku masuk U yang sama dengan kau. Bezanya kau senior 1 sem dari aku sebab aku daftar lambat. Aku ingat lagi woo, kite balik cheras sama-sama. Naik komuter, naik teksi, naik lrt. Sumpah, kau memang gentleman mase tuh. Kau angkat beg aku letak atas beg kau. Kau protect aku and pastikan aku dapat tempat duduk. Ya Allah, sumpah aku masih ingat segalanye masa tuh. Tacink i tau..hohoho. Mase tuh, hati aku dah tersentuh sket tapi masih kukuh ditempatnya. hahahahah


Beberapa bulan lepas tuh, kita split kampus, aku di bandar, kau jauh di hutan. Terus kita lost contact. Kita baik balik pun ujung tahun 2009. Mase tuh, kita memang baik as friend. Lama-lama kita naik satu tangga lagi ke arah kawan baik. Dan sekarang aku adalah sahabat terbaik yang engkau ada, barangkali. 


Aku tak tau macam nak bayangkan hidup selepas nih tanpa ym dari kamu. Tanpa mendengar bicara tulisan kamu. Rindu akan kabaran dari kamu buntal. Buntal, mase kau kata yang kau sayang akan aku. Aku terkedu, tertanya-tanya dalam diri. Adakah itu satu ayat pujuk agar aku redha dengan pemergian kau? Tertanya-tanya, ikhlaskah kau bile kau kata, kau rindu akan aku. Barangkali, ayat tuh dah selalu sangat kau sebut kot. Tapi bilemana kau kata, yang kau pernah suka sama aku, pernah admirer aku. Sungguh mase tuh, rasa nak letup dada den. Kalu betul bicaramu, awat kau tak cakap dulu, sengal. Aku ke yang terlambat???


Buntal, bukan jenis aku nak rampas hak orang. Lalu dengan itu, aku dengan rendah dirinya mahu menjadi orang pertama yang wish
 "SELAMAT PENGANTIN BARU BUNTAL"
 Semoga menjadi suami mithali pada isteri yang solehah, kerana lelaki sebaik kau layak untuk mendapat wanita yang terbaik.[kau sangat baik, sayang kau bukan milik aku....] Doa aku sentiasa ada buat kau sepertimana doa yang selalu kau titipkan buat aku. Terima Kasih untuk itu. 


Buntal, terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup aku dan bawak bahagia itu. Terima kasih sebab jadi kawan yang terbaik buat aku. Terima Kasih buntal sebab buat aku hepi dua tahun nih...Terbaik wokk...






nota kaki: Buntal... selamat tinggal... Moga ada sinar buat aku selepas ini..

Rabu, Jun 01, 2011

:: Trip ke Penang ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 11:04 PTG 0 comments

Assalamualaikum....


Owesome... Percutian yang sangat indah.. 2 minggu yang lepas, aku ke Penang untuk merawat luka dihati.
Aku pi memang secara bag pack.. Percutian yang selamba badak which is beli tiket last minutes then terus je jalan. Sampai-sampai je da malam, then terus je dijemput oleh cik JGL lalu merondala aku di sekitar Penang and dapatla den melihat suasana malam di Penang. 




Penang memang bandar hidup, terkejut aku mase mula-mula sampai sebab aku tak sangka live Penang macam kat KL. Paling den tak suka, kenapa ada banyak bar-bar yang open di tengah-tengah bandar Georgetown. Berbeza sungguh dengan Terengganu... hohohoho


Malam pertama, aku singgah kat kedai mamak untuk makan malam. Pastu cik JGL bawak aku ke sekitar Penang untuk menyaksikan suasana malam. Then bila da lewat malam sangat, kami balik umah tido untuk teruskan perjalanan pada esok hari. Bangun je pagi esoknye, lepas tengok cite 'Apa Kata FBI', kitaorang pun meneruskan perjalanan bermula dari USM dan berakhir di Batu Feringghi. 


Padat sungguh xtvt aritu, ada pi berurut, pi jalan-jalan and paling best, SHOPPING!!!!... Night market memang best bangat deh.. Dapat gakla rembat bag coach dua even tak ori pun... btw, aku bukan kaki shopping tapi tetibe aku punya keinginan nak beli semua yang aku da lama idam nak beli..hohohoho... tak salah kan. hahahhaha


Ahadnya pulak, bangun je pagi, dengan menjamah bekpes yang simple then terus pi chowrasta, dapatla beli jeruk and rembat buku hlovate and motivation books. Lepas tuh, terus pi bukit bendera. Hajat hati nak naik ketapi tuh tapi takde rezeki, so, dapat amek gambar pun da seribu rahmat. Alang-alang tuh, singgah pulak kat Nasi Kandar Line Clear. Takdela sedap mana, sedap lagi Nasi Hakim kat Shah Alam tau. Belah petang, den singgah McD sebab cik JGL nak belanja.. 








Menjelang malam, Sani station jadi port sebab nak makan Char kuew Tiaw penang tapi tetap tak bule lawan Char kuew tiaw Doli. Terbaik wok...Lepas je makan, aku singgah pulak dekat Queensbay, dapatla aku tenung pantai sampai pikir ape tujuan aku datang sini. Nak nangis segan sebab ada kawan-kawan cik JGL. So, aku tahan jelah. 


Tiket bus balik aku pukul 11.50 malam. Dengan badan yang penat, aku hanya mampu membuta tanpa pikir ape-ape. Motif aku nampaknya tak berapa tercapai... Sekian..





nota kaki: arini ari rabu.. Hanya tinggal dua hari... Meh senyum ramai-ramai 
 

~Workshopgurlz~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea