Khamis, Mei 26, 2011

:: Menghitung detik ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 5:43 PTG 4 comments



Assalamualaikum.....

Lagi 8 hari buntal nak nikah.. Makin dekat hari tuh, makin debar jiwa aku. Makin aku ingat, makin aku resah.. Sedar-sedar, airmata aku laju je menitik. Aku pi penang aritu, aku ingat aku dapat ajar hati lupekan dia, tapi aku rasa aku tak berjaya.. Balik je sini, aku tetap dalam duka.. 




Sungguh hanya pada Allah aku berserah. Kata ustaz, REDHA itu ada banyak cabarannya kalau nak capai. REDHA itu adalah rasa cukup dengan apa yang kita ada, kalau ditakdirkan kita tak dapat apa yang kita hajatkan, kita masih boleh pasrah dan teruskan hidup, dan kalau dapat, syukur Alhamdulillah.. itulah REDHA...

Aku masih ajar diri agar redha kali ni.. Begitu banyak dugaan yang datang hingga kadang-kadang aku rasa tak mampu nak pikul. Inilah ujian yang Allah beri agar aku sentiasa ingat DIA. Weekend ni, aku bawak diri ke langkawi pulak. Moga aku mampu tenangkan pikiran disana. InsyaAllah..


nota kaki: tak tahu cara nak pujuk hati nih lagi... lagi sedih bila tahu, dia sebenarnya suka kat aku jugak...wooowowowoowow....

Isnin, Mei 09, 2011

:: BECOME STRONGER ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 9:57 PTG 4 comments

Assalamualaikum....

(reminder: Entry nih agak panjang, kalu buhsan sila bancuh air dulu sambil 
minum then baru baca...)

Perasaan aku dikala ni?? Mood bercampur-campur. Rasa sulit, sedih, tak sangka dan yang paling penting sekurang-kurangnya, jiwa aku lega. Why??? Sebabnya..... persoalan yang aku nantikan selama hampir 5 tahun terjawab sudah. Ada sedih disitu tetapi ianya memang satu kelegaan. Apa yang aku jangka, memang itulah kenyataannya. Walu aku memerlukan hampir 5 tahun hanya untuk mendengar alasan dari dia. 



Tak tahula gelaran apa yang harus ku berikan untuk dia. No specific name for him. Rasa macam nak gelarkan dia jejaka Capricorn je kerana dia lahir berbintangkan Capricorn. Rasanya, aku memang susah nak bercerita tentang dia sebab aku dah lame buang dia jauh dari hidup aku. Jauh.. Tiada sedetik pun lagi perasaan untuk dia tapi persoalan kenape dia dump aku macam tuh je tetap berlegar kat otak aku nih. 




Aku tak tahula kenapa aku bule terima dia dalam hidup aku padahal mase tuh memang hati aku bukan untuk dia. Semuanya sebab si buncit. Dia punca aku terima jejaka Capricorn, sebab masa tuh, aku tak jumpe sape-sape lagi yang betul-betul sukakan aku macam mane mamat nih sukakan aku. 



Berbulan jugalah aku ajar hati aku terima dia, ajar perasaan aku agar terima dia. Walaupun perangai dia macam hampeh, tapi keikhlasan dia tuh buatkan hati aku lembut. Aku memang terima dia seadanya, buruk baik dia memang aku telan dan mase tuh aku memang berikrar nak ubah dia. Semuanya sebab aku terharu tengok keikhlasan dia yang sanggup drive moto dari penang ke ipoh semata-mata nak jumpe aku. Mase tuh, memang aku da bukak hati aku besar-besar tuk dia. 



Tambah hindustan lagi, bila dia sebenarnya sukakan aku since kami kecil. Bertahun-tahun dia try market, tak juga berjaya.. 2007 barula aku terima dia. Nak sulitkan lagi, bile parent aku tak restu hubungan kitaorang padahal parent dia cukup suka kat aku. Biasalah, aku kan budak baik, rajin pulak tuh..hahahahahah... Masuk bakul, angkat sendiri..



Aku ingat lagi, dek kerana aku rase terharu dengan keikhlasan dia mase tuh, aku nangis-nangis merayu kat mak ayah supaya bagi aku peluang dengan dia. Siap bunyi sendu sedan lagi aku ngan mak. Ayah memang bantah sungguh sebab ayah tak suka mak dia yang laser tuh. Ntah macam mane, mak yang selalu taknak sokong aku tetibe boleh merestui pulak.. Unbelievable sungguh.





Dipendekkan cerita, Dia bule dump aku macam tuh je padahal punyalah susah dia nak tackle aku dlu. Alih-alih senang je dia tinggalkan aku. Memang mase tuh rasa nak penerajang je dia. Dia ingat aku ape. Tapi masa tuh aku bodoh, merayu-rayu macam perempuan gile sebab aku memang da sayang kat dia kan. Lagi-lagi, bile mak ayah da tahu. Tapi dia memang reject aku mentah-mentah. Rasa macam loser gile mase tuh..hahahahahha



Dua bulan lepas tuh, aku dapat kabar dia bakal bertunang dengan seorang perempuan ini. Kuang ajar punye mamat. Senang betul dapat penganti. Gali punye gali, dia pinang perempuan itu dua minggu lepas kami clash. Memang mase tuh, aku rase terbakar meluap-luap. Rasa macam kena tipu. Bila aku tanye reason nape mintak clash, dia kate sebab takde jodoh. Yang tak bule blah tuh, dia letakkan semua kesalahan atas bahu aku. Konon-konon, aku tak hargai dia, tak pandai jaga hati dia.. Wakkkk luuuu...



Jadinya, dia pun kahwin dengan perempuan itu. Aku yang tak reti nak mengalah nih, apelagi.. Datang majlis tunang and kawin dia. Siap jadi photographer lagi, aku memang kagum dengan kekentalan jiwa aku mase tuh. Memang ko kuat wahai hati... Syabas beteh... Dari saat aku nampak dia atas pelamin itulah, aku sedar yang dia bukan hak aku. Memang bagus tindakan aku sebab ianya buat aku realize yang kenyataan telah pun terjadi. Dari saat tuh, memang aku campak dia jauh gile-gile. Sampaikan aku rase dah takde ape-ape sisa yang tertinggal. 
Aku bangkit perlahan-lahan..



Btw, Cerita kat atas baru prolog je, keadaan sekarang lain. Setelah 5 tahun, bila aku da berjaya lari dari dia and tukar nombor telefon. Perghhh.. nyaman sungguh hidup aku. Tetibe semalam dia datang mencaca marbakan life aku balik.. Entah dari mane kot dia dapat nombor aku, aku pun tak tahu. Memang dah jenis dia, kalu dia nak, dia akan usaha sampai dapat. Tahniahla wei endingnye ko success dapat nombor aku walau sebenarnya kau loser..hahahahahah



Part yang aku tak bule blah tuh, bila dia cuba balik mengimbau stupid nostalgia tuh. Dia bajet aku tersentuhla.. hahaha.. You talk rubbish. Alang-alang dia tengah angau ni, aku pun ape lagi. Korekla rahsia reason ape dia dump aku dulu. Aku memang tak puas hati bertahun-tahun sebab tak tahu mane silap aku. And now, aku lega sebab aku da tahu and jangkaan aku memang tepat. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan, sendiri mau ingatla beb...



Kau da pilih jalan kau, and now, let me choose my way pulak. Aku tak mahu kau bermimpi sebab mimpi kau akan aku pastikan takkan menjadi realiti sebab aku memang tak hingin langsung kat ko wokeh... Ada isteri, sila layan baik-baik. Wife ko bukan tukun yang senang-senang nak kena tinggal wokeh.. Tak payah nak pikir perasaan aku sebab aku memang dah takde perasaan langsung dekat kau.. Harap maklum.. Full stop.






p/s: Rasa nak halau dia jauh-jauh tapi tak tergamak pulak sebab aku tahu hati dia. Kau loser sebab kau tak nampak permata ini dahulu.. Terpaksa atau tidak, kau berhak buat keputusan. dahulu. Walau keputusan kau bukan kau menyesal sekalipun.. Bubye.. Hati aku bukan untuk kau..

Jumaat, Mei 06, 2011

::Sedih::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 11:20 PTG 0 comments

Assalamualaikum.... 

Sedih.... Aku sedih sebab kau buntal. Kadang-kadang aku terpikir, aku nih kawan baik kau ke? Sedangkan kalau secara logik akal, aku tak nampak dimana baiknya aku dengan kau. Sungguh aku sangat sedih plus kecewa. Aku rasala kan, aku dah buat sehabis yang terbaik untuk menjadi kawan yang terbaik buat kau. Sedangkan kau, kawan baik yang hanya di bibir. 


Cubelah sesekali kau perhatikan ek, setiap kali kita ym, berapa kali kau sebut yang aku adalah kawan baik kau. Tapi cube pulak kau ingat, sepanjang kita jadi kawan baik, ape yang da kau buat untuk aku??? Menjadi pendengar aku yang setia.. huhh.. jauh sekali. Mane ek kau letak hati aku?? Boleh tak kau jawab, kawan baikkah itu kalu kau selalu biarkan persoalan aku tak berjawab?? Kawan baikkah engkau kalau aku amat-amat memerlukan teman berbicara, engkau hilang tapi bilamana kau perlukan, aku dengan redha aje menadah telinga malah cuba untuk menjadi penasihat engkau yang terbaik.


Kawan baikkah engkau, bila engkau suka-suka datang dan suka-suka aje pegi macam kilat. Dan cukup kawan baikkah engkau bila kerap beli jiwa aku dengan ayat-ayat manis kau?? Sebegitu baikkah engkau???



Secara jujurnya, yeaa...kau memang lelaki terbaik yang pernah aku kenal malah kau memang berpotensi untuk menjadi suami yang terbaik TETAPI kau belum cukup terbaik untuk menjadi kawan aku yang terbaik. 




Mungkin da tiba masa, aku kena sedar akan realiti dan bawak diri kerana banyak mana pun aku mencuba, tetap jugak aku menjadi kawanmu yang terbaik walhal kamu tak pernah jua mencuba untuk menjadi sahabatku yang terbaik. Aku doakan yang terbaik untuk engkau kawanku.. Selamat tinggal kawanku...






nota kaki: Walau pahit untuk aku akui, tapi aku harus katakannya..





 

~Workshopgurlz~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea