Khamis, Mac 24, 2011

:: Kisah SI BUNCIT ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 4:48 PTG 4 comments
Assalamualaikum...





Entry ini untuk mengenang masa lalu. Maafkan aku... Hurmmm.... Campur tahun nih, hampir 4 tahun aku single. Aku hidup independent tanpa sesiapa yang bergelar kekasih. Buncit hadir 5 tahun yang lalu, ketika aku berada di tahun tiga masa dekat IPT. Bersahabat baik, bergurau senda. Sungguh aku rindu pada dia. Hinggalah saat nih, namanya tak pernah aku singkirkan. Sebab dia memang istimewa. Dia tak hensem, buncit dan suka menyusahkan aku. Tapi entah nape, dia punye tempat yang istimewa dihatiku. 


Mana mungkin aku lupa akan tawa dan suaranya. Dia hadir betul-betul disaat aku perlukannya. Dia hadir sebagai kawan yang terbaik yang pernah aku ada. Buncit treat aku lebih dari seorang kawan. Masa yang ada tuh, kami abeskan berdua. Aku ingat lagi, member-member sekelas memang gelar kami belangkas. Kalu jumpe buncit sorang, depa akan tanya "bini ko mane" which is bini itu merujuk pada aku. Begitu juga kalu aku jalan sorang-sorang.






 Dulu, Kalu exam, dia nak aku duduk depan dia. Kalu makan, mesti nak duduk sebelah. Kalu buat proposal, nak aku temankan. Kalu lapar, ajak aku kuar. Pegi putrajaya dengan dia. Pegi BJ dengan dia. Masa dia tengah upset karnival yang dia anjurkan hampir tak jadi, dia cari aku.. Susah payah dia, dia hamburkan kat aku.  Sumenye dengan aku.. 


Buncit akan gelak je kalu kawan-kawan dia gosipkan kami.Siap layankan lagi gosip itu. Dia panggil aku 'wife' dia.  Kalau aku takde, buncit akan call and carik aku sampai jumpa semata-mata nak cakap yang dia haus. Korang bayangkan ape perasaan aku mase tuh, dia treat aku lebih-lebih wei. Sampai satu saat tuh, aku rasa aku da jatuh hati padanya. Maunya tak, dia dengan aku hari-hari. Bila dia ada masalah, dia cari aku. Dia tengah hepi pun dia cari aku. Aku cuba tahan perasaan tuh wei, aku cuba. 




Housemate aku bagi aku harapan, depa kata buncit suka aku. Buncit pernah cakap yang dia letakkan aku di tempat istimewa, dekat dengan ususnya.. Aku ingat lagi, dewi pernah marah aku sebab layan buncit baik sangat. Dia suruh aku jauhkan diri dari buncit tapi apalah daya aku. Sebab buncit tetap carik aku. Sampaila satu masa, aku kuatkan hati dengan bagitau feeling aku sebenarnya kat dia. Lastly, dia buleh cakap.


"Maafkan aku, aku anggap kau penolong, pembantu dan kawan yang terbaik pernah aku ada"


Masa tuh, aku rasa nak penampar muka dia. Sungguh aku kecewa sebab aku dah banyak kali ingatkan dia, jangan bagi aku harapan... jangan.. jangan... Tapi dia tetap jugak bagi harapan. Manalah hati aku tak terusik.


Sejak tuh, aku bawak diri.. jauh dari dia. Aku couple dengan 1st couple aku pun sebab dia. Sebab aku rasa, aku kena hargai orang-orang disisi aku. Sebab tuh, aku couple ngan daus. Aku cuba suka dekat daus walau aku tahu payah. Bila aku berjaya, daus buat aku macam tuh pulak. Aku terluka lagi..hahahhahah




Hinggalah aku ditakdirkan berkeje semula disini. Aku jumpa buncit semula. Aku cuba kawal perasaan tuh. Alhamdulillah. aku berjaya.. Tapi buncit hadir semula, walau kali nih dia tak bagi ape-apa harapan. Tapi aku dengan sendirinya merasakan sebegitu. Buncit masih lagi cari aku, luahkan segala masalah dekat aku. Cari aku untuk jadi pendengar setianya. Am i are good listener?? For him, i try my best..


Akhirnya dia jumpe seorang wanita yang dia sayang sangat-sangat. Aku tak tahula jenis ape hati aku nih. Masa buncit cerita segala kisah cintanya. Aku tersenyum dan bagi sokongan. Walau aku benci wanita itu sebab bagi buncit harapan walhal 'wanita itu' sudah mempunyai teman istimewa dalam erti kata lain, dia pasang dua. Tapi buncit tak kisah sebab buncit sangat sayangkan dia. OK.. masa tuh, aku rasa marah. Sebab buncit tak dengar nasihat aku.


Masa raya 2009, kami semua buat konvoi raya reramai. Mase tuh, aku, buncit, kawan-kawan kami termasuk 'wanita itu' join. Bukan niat kami nak pulaukan 'wanita itu'. Tapi kami cukup bebulu sebab 'wanita itu' asik nak berkepit dengan buncit. Bukan kami tak tahu dia da ada pakwe. Pakwe dia baik wokeh.. Siap berdepan dengan buncit lagi, slow talk dan part yang tak bule blah tuh bila dua-dua lelaki ini sanggup beralah sebab tak mahu hati 'wanita itu' terluka. Penting sangat ke hati 'wanita itu', sedangkan hati dua lelaki tuh dah calar balar. Wokeh 'wanita itu', anda sangat bertuah sebab jumpe kedua-dua lelaki yang menyayangi anda dan aku rasa, kau sangat tamak sebab ko nak dua-dua. Ko tamak!!!!



Kerana 'wanita itu', aku lost contact buat kali kedua dengan si buncit. Sebab buncit sakit hati dengan kami sebab pulaukan 'wanita itu'. Pada buncit, jangan carik aku lagi semata-mata nak menangis nak ceritakan yang kau kecewa dengan 'wanita itu' lagi. Kau dah pilih jalan kau kan. Biar aku pilih jalan aku pulak.. FYI, ko masih ada dalam hati aku, walau dalam 5 tahun itu, kau lukakan hati aku berulang kali. Tahniah buat engkau dan selamatlah wahai hati...


p/s: Entry nih sebenarnya dah lama aku nak tulis. Cuma baru kali nih berkesempatan.


Selasa, Mac 08, 2011

:: EMO mood ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 10:33 PG 2 comments

Assalamualaikum...



Entah nape aku rasa sebak sangat dengan kehidupan aku. Dugaan demi dugaan datang seolah-olah aku sangat sabar dan mampu laluinya dengan cemerlang. Sungguh, jiwa aku luka, ada parut dalamnya. Kadang-kadang aku rasa yang hati aku nih dah terlalu terbiasa dengan luka hinggakan ianya menjadi kental. Sebab tuh kot aku tak dapat bezakan yang itu adalah DERITA.


Adakah aku nih terlalu sabar, hinggakan aku anggap setiap derita yang datang itu adalah bahagia. Kalu ikut logik jiwa ni, aku rasa dah lama mental aku bule drop. Aku tahu, Allah itu menyayangiku, sebab itu DIA selalu uji aku.





Terasa, nak sangat aku jerit kat orang-orang sekelilingku, yang aku juga punya hati.. punya perasaan.. Aku juga tahu erti kelukaan, cuma aku selalu menukarnya dalam bentuk yang positif. Last2, ianya jadi luka yang sentiasa ada tapi tak pernah sembuh.. Moga ada hikmah disebalik semua nih. InsyaAllah...




nota kaki: kadang-kadang dada aku terasa mau pecah!!! Chaiyok miss independent..
 

~Workshopgurlz~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea