Selasa, Januari 25, 2011

:: Sayang seorang abang ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 1:43 PG 2 comments
Assalamualaikum....

A lot of things have happened to me recently, need to be patient and be strength.. 
Rabbi Yassir Wala Tu 'Assir, "Ya Allah, KAU permudahkanlah urusanku dan janganlah KAU susahkan ia''


Susah nak terjemahkan perasaan aku sekarang. Yang pasti, aku bimbang kehilangan kasih sayang dari seorang abang. Aku tak punya abang, tapi tidak sesekali aku terasa kesunyian. Kerana aku punyai abang-abang sepupu yang selalu ada tak kira susah atau senang. 






Aku dibesar dan dijaga oleh arwah maklong kerana puan emak berkerja. Bukan aku je, malah adik beradik aku jua. Dibelah siang, hidupku dengan arwah maklong sekeluarga, bila petang or puan emak dan encik ayah abes keje, Mase yang ada tuhla tuk kami sekeluarga. Kali ni, aku nak bercerita pengalaman dengan arwah maklong.


Sumpah.. Aku sangat menyayangi arwah. Terutama adikku yang bongsu. Arwah sangat-sangat baik biarpun dia garang. Disebabkan arwah takde anak perempuan, aku dan kaklong dianggap macam anaknya. Kami dibela dengan baik dan sempurna. Arwah bagi kami cukup makan, pakai dan kadang-kadang arwahla yang hulurkan duit belanja sekolah bila encik ayah terlupa. Arwah tak pernah lupakan kami kalu pegi bercuti. 


Rapatnya kami dengan keluarga arwah, hanya Allah yang tahu. Aku masih ingat lagi, kehilangan arwah betul merampas mimpi-mimpi indah kami sekeluarga. Adik dah macam orang gile. Arwah yang dipanggil 'mak' pergi disaat kami belum bersedia. Ya Allah, rindunya aku pada arwah. 


Tapi aku tetap rasa bersyukur, di sepanjang hayatnya, aku sempat menabur bakti menjaga arwah sepanjang seminggu arwah di hospital. Aku memang anggap dia macam mak, sebab tuh berak kencing dia aku sanggup cuci, sebab dia setanding mak aku. Kalu orang tanya aku, masakan siapa yang paling sedap, aku pasti akan jawab, "Masakan arwah maklong". Maaf mak, tapi memang itulah kenyataannya.


Kata mak, mak anta kami untuk arwah jaga sebab arwah yang beriya-iya. Masa tuh, mak berkerja dan sangatla susah nak cari penjaga yang sudi membela kami. Arwah hulurkan tangan membantu tapi lama-lama arwah jadi seronok sampaikan dia tak bagi orang lain jaga kami. Aku ingat lagi, arwah belikan basikal sebab dia kesian tengok kami asik pandang anak jiran main basikal. Kasihnya arwah pada kami, tak mampu kami bayar balik. Kesian adik, sebab pemergian arwah buat dia berubah. Sangat berubah. Adikla pengarang jantung arwah dahulu.





Arwah maklong ada 3 anak lelaki. Semuanya older than me dan baik-baik belaka. Tapi kami paling rapat dengan yang bongsu dan yang tengah. Angah Ye dan Ata. Tapi sekarang, Angah Ye sakit....sob..sob...
Dia mengalami pendarahan otak lalu menyebabkan dia strok. Sekarang beliau di hospital PPUM di wad Neuro Sains. Keadaannya kritikal which is merisaukan kami semua. Tuhan je yang tahu betapa mulianya hati beliau. 


Takkan aku lupakan jasanya yang sudi membantu aku menyelesaikan yuran pengajian semata-mata untuk aku konvo. Tak setanding jasanya dengan sepupuku yang lain. Mane ade yang sudi membantu beribu-ribu kot. Tapi dia tidak, dia langsung tak berkira, walaupun aku terpaksa bayar secara ansuran. Siap skip-skip lagi. Tapi dia OK jek.. 


Diala jugak anak kesayangan dalam family beliau. Paklong cukup sedih bila tengok angah macam nih.. Cepatla sembuh Ngah. Moga Allah berkati kamu. Moga semangat kamu, Ngah sentiasa kuat. kerana anak kedua nih degil.. Lalu degilla anda dalam mempejuangkan sisa hayat anda. Kerana kami-kami ini masih memerlukan anda. Sungguh kami tidak bersedia.









nota kaki: Adik macam terima tamparan kedua semula. Sebab dia sangat rapat dengan Angah Ye. Moga Allah panjangkan usia beliau, Ahmad Nizam bin Ahmad Razi.. Aminnnn....

Sabtu, Januari 15, 2011

:: Kecantikan itu perlu ke? ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 9:15 PTG 0 comments
Assalamualaikum...

Cantik tuh perlu ke? BTW, setakat ape yang mampu aku rumuskan berdasarkan insan-insan di sekeliling aku. YESSS... Cantik itu perlu. Sebagai contoh, officemate aku ni sangat pilih bulu which is bila kaum hawa yang cantik-cantik mintak tolong, depa dengan senang hati dan pantasnya akan datang hulurkan bantuan. Sangat annoying OKEH... Kadang-kadang aku rasa depa nih macam membodohkan diri sendiri sebab pompuan tuh bukan nak kat dia pun. 









  Sebagai contoh, opismate lelaki aku nih sangat suka tolong pegangkan beg tangan opismate wanita aku. Tolong pi kedai belikan barang. Tolong buangkan sampah. Tolong gerudi bilik (Ok, ini takpe.. Memang perlu pun), Tolong bawakkan laptop, LCD. Tolong belikan makanan dan segala macam bagailah. Padahal dah buta-buta, opismate wanita aku nih da ade special one. Kadang-kadang tuh, dah ada suami pun. Tapi si Opismate lelaki tetap setia gak membantu pada mende-mende yg aku rasa kaum hawa mampu buat sendiri. 



~ ingin menjadi seperti ini ~


Yang Opismate wanita aku nih pun satu, manja sangat. Tahu muka cantik, so.. ape lagi.. gunalah apabila perlu. Kadang-kadang aku terpikir gak, Mr. husband ngan Encik pakwe masing-masing tak jeles ke? Yang tak buleh blah tuh, bile opismate lelaki aku nih suka sangat sentuh-sentuh si opismate yang cantik-cantik nih. Dapat sentuh bahu, or dapat buangkan daun kat rambut depa pun dah macam satu rahmat. Sangat mengada-ngada.


Sampaila ada satu ketika, Opismate wanita yang biasa-biasa jadi bengang dengan sikap macam nih. macam satu sindrom yang melanda opis pulak. Sampaila terkeluar gelaran Sindrom TPCS or in the other words, 'Sindrom Tolong Perempuan Cantik Sahaja'. Nak tergelak pun ada bila ade yang dah mula kechik ati. Tapi nak buat lagu mana, dah memang sikap orang lelaki kat opis macam nih. Kesian pada wanita-wanita biasa.. Ahakss...






Tapi memang sangat tidak adil ok.. Kadang-kadang wanita biasa macam aku nih sangat perlukan bantuan lelaki bila nak buat keje-keje berat. Macam masa admin opis pindah aritu, kalu ikutkan kotak-kotak tuh sangat berat. Tapi opismate lelaki berat sebelah, depa pi tolong wanita cantik dahulu. Nak buat macam mane, dah aku pun tak cantik.. HAHAHHAHAHAH.... Tapi, Do I Care?? Helooo.. i sikit pun tak heran okeh.. Kalu kome tak membantu pun takpe, aku punya kudrat sendiri yang mampu buat keje tuh tanpa bantuan dari kamu-kamu.. Lagipun, masih ada lagi lelaki-lelaki yang macho nak tolong kami nih, pompuan yang biasa-biasa..HIhiHIhihihi..





Tapi sebenarnya kan beauty is in the eyes of beholder. Ada setengah lelaki akan cakap wanita nih cantik, tapi setengah lagi kata biasa je. Ada juga yang merasakan cik awek depa adalah wanita yang tercantik padahal kawan-kawan depa kata biasa je. Senang cite, lelaki akan cakap wanita yang paling dia sayang adalah wanita tercantik yang dia ada. 


Tapi kan wahai kaum adam, cantik macammane pun kaum hawa nih, anda harus nilai hati mereka juga. Semak latar belakang, either depa pembersih ke pengotor ke. Pandai masak or mengemas ke. Yang paling penting, AGAMA. Perempuan yang baik adalah perempuan yang menjaga agamanya. Perempuan yang baik agamanya, maka baik peribadinya, InsyaAllah. Sekian..



nota kaki: Cantik tuh universal. Kalu tingkahlaku baik, automatik akan nampak cantik..kan kan... 

Rabu, Januari 12, 2011

:: Perlu ke CINTA sampai tergadai BODY ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 10:02 PTG 0 comments



Assalamualaikum.....

Entry nih direka setelah aku dengar banyak cite tentang kisah orang perempuan yg sanggup jual maruah diri semata-mata kerana cinta. BTW, aku pelik dengan manusia zaman sekarang. Kenapa perlu gadai segala yg kita ada sebab orang lelaki je ekk.. Rugi tau wahai wanita di luar sana. Kalu anda dah bagi semuanya kat kekasih anda, ape jek yg tinggal untuk si suami nanti. Lainlah kalu da comfirm2 si kekasih tuh bakal suami anda. Sama2la kome rugi..



"Lelaki tukang zina tidak (boleh) berkahwin, melainkan dengan perempuan penzina atau musyrik; dan seorang perempuan tukang zina tidak (boleh) berkahwin, melainkan dengan lelaki penzina atau musyrik. Yang demikian itu diharamkan atas orang-orang mukmin." (Al-Quran,Surah an-Nur: 3)



Aku sebagai kaum hawa, tumpang simpati pada wanita-wanita yg x menggunakan sepenuh akalnya apabila bersama kekasih mereka. Sedarkah kamu wahai wanita, selangkah kamu mendekati zina, selangkah jua kamu mengecop tempat di neraka!!!



Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan.” (Surah Al-Israa’: 32)






Sayang macam mane hebat pun kite pada kaum adam ni, perlu juga kite meletakkan sempadan dan batas dalam pergaulan. Aku sendiri sedar kot yg aku tidakla sebaik mane.. TETAPI... bukan bermakna aku dengan mudah dan murahnya memberi peluang pada lelaki untuk diambil kesempatan. Katalah aku kolot ke ape ke, aku lagi takut akan seksa Allah. Dahla dosa yg ada pun rasa amat berat, nak tambah dosa besar pulak. Ya Allah, aku mohon agar KAU ampuni kekhilafan aku, Lindungilah aku Ya HAfidz.


Bila depa duk cite-cite pasal isu ni kan, dalam otak aku duk berlegar-legar persoalan. Tak takut ke masa berzina tetiba ajal menjemput. Langsung mati dalam keaiban. Allah, ngeri kot..
Aku nih da ckup bersyukur, walau lahir di tengah ibu kota pun, dibesarkan dalam kepincangan mentaliti masyarakat pun. Aku masih tetap aku, yg akan terus pertahankan maruah diri hanya untuk suami. Datangla sebanyak mane kekasih yg nak mintak bukti-bukti cinta pun. Stupid OK...


Pada aku, sgt annoying bile si pakwe duk sibuk-sibuk mintak bukti tanda cinta. Bukti penampar nak??? Tambah lagi kalu bukti tuh adalah dengan menyerahkan jiwa raga. Nonsense gilee.. Kalu kau da sayang sangat kat makwe ko, percaya aje udah. tak payah mintak bukti bagai. Kalu ditakdirkan kome berpisah. Tu tanda takde jodohla.. takkan x percaya Qada dan Qadar pulak???


Plus, Cinta tuh berkait rapat dengan hati. Hati tuh milik ALLAH. Jadi cinta sebenarnya untuk siapa?? Anda ada jawapannya.


Kaum ADAM,
Andai benar, kamu sayangkan kaum hawa,
Lindungila dia.
Jagalah maruah dia.
Nasihatilah dia.
Jangan disentuhi mereka selagi tak terlafaz ungkapan ijab dan kabul.

Kaum HAWA,
Kamu adalah penyeri dunia,
Akalmu senipis bilahan rambut,
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu,
Hatimu pula bak kaca yg rapuh,
lalu kuatkanlah ia dengan iman yg teguh.


Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh pada mengerjakan perbuatan yang keji dan munkar.” (An-Nur: 21).



"Perempuan jahat untuk laki-laki yang jahat, dan laki-laki yang jahat untuk perempuan jahat; dan perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik." an-Nur: 26)



nota kaki: Jasad ini hanya pinjaman, hati ini milik Tuhan.

Sabtu, Januari 08, 2011

:: CINTA BUTA ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 11:17 PTG 3 comments




Assalamualaikum...

Betul ke cinta tuh buta?? btw, cinta sebenarnya x buta. Yang buta tuh manusia. Nape ek.. Sebab cinta, manusia jadi xkisah dengan segalanya.. Ada jugak yg kerana cinta, lupa asal usul diri, lupa kejadian diri. Ada juga yg kerana cinta, lupa dosa dan pahala walhal dalam bercinta nih, ada batas2 yg perlu kita jaga. And now.. sebab banyak batas2 yg da dilanggar, lahirlah anak2 yg dibuang dalam longkang, dalam parit or yg dihantar ke surau2.. Sian baby2 tuh tau..

Definasi 'Cinta buta' bagi aku

1. Cinta itu buta hingga kita jadi x kisah dengan rupa pasangan kita

Yang nih aku puji, walau macamane huduhnya pasangan kita atau gemuknya dia pun. Kita tetap terima mereka seadanya. Yang kita nilai cuma hati, sebab dari hati, wajah mereka jd cantek... Sebelum kita nak judge orang, baik kite cermin diri kita sendiri dulu. Manalah tahu, kot2 kita yg lagi huduh dari depa.. hahahaha... Lagipun, wajah x bule bagi kita makan.. Mula2 memangla tahan beb, tp bile da kawen.. Dapat pulak isteri cantek tp pengotor tahap x hengat.. Hush, berbaula rumah tangga anda... Biar muka x cantek, yg penting hati maaa...

2. Cinta itu buta kalu sanggup serah segalanya

Yang nih aku xsuka langsung.. Nonsense la kan, sebab sayang kena korban everthing.. No way OK.. Lagipun, belum tentu anda akan kawen dengan pasangan anda. Tak rasa rugi ke, mase bercinta dah share 'everthing', mase kawen..tinggal ape jek?? Hurmmm.. xbestnya. Sian lagi kalu ditakdirkan jodoh anda bukan dengan pasangan yg anda sanggup share segalanya tuh. Lelaki mungkin xrugi sangat kot. Tapi perempuan, maruah adalah nilai terbesar dalam hidup anda. So.. keep it OK!!!




3. Cinta buta sampai sanggup buang keluarga

Hurmmmm.... aku x berapa setuju bab nih. Aku sanggup buang kekasih sebab family. Lagipun mak dan ayah aku xde ganti kot. Sedangkan bakal suami kita bule senang2 cari yg lain kalu dia dah muak tapi family mane nak dapat beb. Kalu ditakdirkan family anda xsuka dengan kekasih anda, usahakan sampai depa setuju. Percayalah, airmata adalah senjata paling berguna masa tuh.. heheh.. (sy bercakap berdasarkan pengalaman ek, mak ayah sy yg cair..huhuh)

4. Cinta itu buta sampai sanggup berkorban

Ok.. No doubt. For me, love is blind and i'm willing to sacrifice for his happiness. But, in the good ways. In the other word, Aku sanggup berpisah dengan dia kalu dia tiba-tiba suka dengan wanita lain dan dia xdapat jumpa kebahagiaan dengan aku. Silakan pergi..
Ataupun, dia ditakdirkan jatuh sakit, dan aku, InsyaAllah masih sanggup bersama2 dengan dia selagi diizinkan Allah. (sanggup ke aku??? Terpulang pada individu..hihihi)


5. Cinta itu buta sampai kita sanggup terima segalanya

Jap.. berfikir sejenak!!!
............
..........
.......
......
....
..
.



OK...
Bule diterima pakai TETAPI....
Janganlah kerana cinta, anda sanggup disepak terajang. Sanggup buat kerja yg x berfaedah. Atau sanggup memalukan keluarga and so on. Janganlah kerana cinta, anda sanggup telan bulat2 kata-kata dia (tambah2 kalu dia duk rendah2kan kita). Janganlah sampa begitu. Cinta tetap ada batas ok..


Sekian ENTRY merepek dari aku. Hasil idea dari cerekarama tadi..hohoho




nota kaki: Cinta yang paling AGUNG, adalah cinta pada Allah... Mari Renovate hati yok..

Khamis, Januari 06, 2011

:: SEPI ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 10:33 PTG 0 comments


Assalamualaikum....

Entry kali nih pendek sket sbb mood aku sudah lari.. Cume nk menyatakan yg aku sgt sepi. Btw, on de way pi keje pagi td, aku telah dihiburkan dgn satu lagu dangdut era 80an yg sgt best. Lagu Indonesia... ehehehehe.. Tahniah kat lagu nih sbb mampu buat aku tersenyum seharian, mmg hepi bangat dgn ini lagu maa.... Sedar xsedar, aku duk bergembira je arini sume dsebabkan lagu ni.. yeayyy..

Kalu anda rase mahu jadi seperti sy, sila semak kat youtube ek.. Tajuk lagunye :

Ria Resty Fawzy - Cintaku Sampai

Ke Ethiopia


http://www.youtube.com/watch?v=_H9Qxgga_Z4
http://www.youtube.com/watch?v=5GR1BA-kr1Q

*********************************

Jangankan gunung Fujiyama, puncak Himalaya kuikut kamu
Jangankan ke Kamboja, ke Etiopia kuikut kamu
Kalau kamu memang cinta aku, ke kutub utara aku ikut kamu
Jangan.. jangan.. janganlah kau ragu-ragu sayang
Jangan.. jangan.. janganlah ragukan cintaku
Jangan.. jangan.. janganlah bimbang dan ragu sayang
Sungguh mati aku cinta kepadamu

************************************************

nota kaki: sume org nmpk dan tahu sy hepi. tp sebenarnya sape yg benar2 tahu tentang dalaman jiwa saya melainkan DIA... Rabbi Yassir wala tu 'assir~ Ya Allah Tuhanku, permudahkanlah urusanku, jangan KAU susahkan ia~





Rabu, Januari 05, 2011

:: Perihal LELAKI (Part 1) ::

Posted by wOrkshOp gUrLz at 9:46 PTG 0 comments



Assalamualaikum....

Entry kali nih aku rase mcm nak kupas isu lelaki. Tapi ini hanyalah dari pandangan peribadi aku semata-mata based on lelaki2 yg ada disekeliling aku. Pada yg ada pendapat mereka sendiri, terpulangla.. Sendiri yg hadapi kan.. Lagipun nih negara berdemokrasi, berhak memberi pendapat mereka sendiri tetapi biarla dengan tutur yg elok.

1. Lelaki ini EGO







Secara kasarnya, yes.. memang betul. Nape ek? Sebab sesetengah lelaki nih suka tegakkan benang yg basah even da buta2 dia yg salah or tak berani nak hadapi kenyataan..

Contoh simple:
Si jejaka nih da curang dgn si makwe, tetapi beriya2 duk menafikan skandal yg da tersebar.. Ape kes brader?? Kalu x suka si makwe, sila bagitau dia awal2. Atleast, bulela dia cari tempat berteduh yang baru. xlah si makwe duk terhegeh2 setia kat u. Helooo, ramai lagi lelaki nk tackle dia ok..

Contoh kedua:
Si jejaka nih memang suka kat sorang gadis nih. Tapi xpulak dia berani nak luah feeling tuh kot.. Takut malu katanya. Nonsense gileee.... Kalu anda lelaki, confront la beb. Luah jelah. kena reject ke idak ke yg penting anda da cuba. Kalu si gadis tolak anda, diala yg rugi sebab lelaki se'gentle' anda telah ditolak tanpa diberi peluang.. hish2, cubela lagi. x cuba xtau. Pompuan nih ada sesetengah nye pemalu.. Manelah tahu, kot2 si gadis juga suka kat anda.



2. Lelaki nih kuat BERAHSIA







Yang nih mmg aku pelik.. Kalu pompuan jenis suka pot pet pot pet duk cite perihal dia kat org. Kaum adam nih lain pulak sikapnya. tak abes2 dgn rahsianya. Kalu rahsia besar, xpelah jugak. Nih rahsia pasal dah ada awek, da bertunang and kadang2 tuh duk ngaku bujang. Best ke kalu tahu awak tuh solo molo. Nak test market lagi ke brader. Sudah2 la tuh, sian cik awek dan puan isteri kat umah yea..



3. Lelaki ni DOMINAN

Aku half setuju. Tapi mengikut populasi orang lelaki di sekeliling aku, depa mmg dominan pun. Konon2, dorangla yg paling hebat dan besar. Tapi bila suruh ngaji, terkincit pulak.. Aiseh, pada aku, baik anda dominan dalam menyeru yg maaruf nih. Macam IMAM MUDA. Bila nk suh jadi imam solat jemaah walau safnye sebaris, cepat2la anda angkat tangan. Anda akan buat hati gadis2 cair dgn kewibawaan anda. Tapi buatla dgn ikhlas, jgn duk riak pulak.. x baik wooo..



4. Lelaki suka pandang POMPUAN SEKSI


-sampai berdarah hidung kot..hahahah-


Totally agreed. Kalu pandang gadis cantek lalu.. perghhh.. mata depa x berkelip. Sungguh aku kata, kadang2 rase nak cungkil mata depa nih. Tapi org pompuan pun lebih kurang jugak, cube kalu lelaki ensem lalu, mau cair dibuatnya. HAHAHAHA...
Tapi bab yg aku xberapa berkenan, mata si jejaka nih. Sangat bahaya woo, pandangan depa mcm nak tebus dlm pakaian yg pompuan nih pakai. Salah pompuan jugak, yg pi show off tuh buat ape. Memangla depa amek peluang. Adehhh.. malu bile jalan dengan depa yg bergelar lelaki tetibe ada je si gadis yg terselak kainnya masa nak naik tangga.. Mulala si jejaka duk sebut2 betis gadis yg putih tuh.. (hurmmm.... Patutla Islam menganjurkan kita nisa' nih pakai stokin dan labuhkan pakaian, sbb nak elak pandangan yg sebegini.. Bagusnya Islam)




*********************************

Sekian Entry aku kali nih.. Akan bersambung dalam part yg seterusnya. Tapi bergantung pada tahap kerajinan aku. Aku org yg berkerjaya, jarang ada mase tuk menulis begini. Kalu ada masa lapang pun, aku akan abeskan tuk xtvt2 lain yg lebih penting... Chill beb, will be continue..


nota kaki: Idup nih simple.. Memang byk soklan tp Islam adalah jawapannye. Cume kite nih jek x sedar diri, amek setengah jek, bukan amek seluruhnya.. Sedangkan Islam ajak kite secara ka'fa which is seluruhnya. Aku amat menyedari kekhilafan diri dan akan selalu mencuba yg terbaik semata2 demi MARDHATILLAH. Moga apa yg sedang kami perjuangkan sekarang LILLAHITA'ALA, Allah bantu dan lindung.. Aminn...



 

~Workshopgurlz~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea